Kenapalah Aku Malang?

Warning. (Apa yang aku tulis ni bukan mengutuk lecturer tapi menceritakan tentang apa yang jadi dekat aku).

Aku kena tulis macam ni sebab sejak kebelakangan ni aku tengok pembaca cuma suka baca tajuk dan baca beberapa perenggan sebelum baca penutup lepastu terus komen kata confessor tak guna.

Jika anda salah seorang dari apa yang aku kata ni sila muhasabah dan semak balik diri anda. Ini page confession jadi sesiapa boleh tulis, anda tak dipaksa untuk baca tapi anda tak digalakkan untuk mencaci dan mengecam mana2 confessor sekalipun.

Aku terpaksa confess dekat sini sebab aku geram dah ni. Lecturer kan suka buat exam, test dan quiz secara online.

Semua orang tahu benda tu, semua orang alaminya dan semua orang tahu cons nya apa mcm lambat loading dan sebagainya. Aku nak cerita tentang apa yang jadi dekat aku.

Memanglah lecturer kata siapa yang tak boleh hantar sebab masalah sistem boleh hantar dekat email dia. Masalahnya aku tak tahu kenapa nasib aku malang sangat.

Permulaannya macam ni. Bila dah siap semua, aku pun scanlah file tu dan pdf kan dia. (Tunggu beberapa minit). Tunggu dia loading, upload dan lepastu aku rename kan file tu.

Dari situ aku bluetoothkan dan hantar ke laptop (tunggu beberapa minit). Dalam tempoh ni semua, masa masih cukup.

Lepas dah transfer dekat laptop, aku pun cari2 manalah pergi file yang aku send tadi. Cari punya cari, detik berganti detik, aku pun dah mula berdebar dan terketar2 tapi masih ada baki 2 ke 3 minit.

Bila dah jumpa file yang aku RASA ‘betul’ tu kan, aku pun send dekat gmail lecturer tu sebab dekat student portal tu lembab. Tapi kelembapan tu bukan jadi di student portal je tapi nak jadi juga di gmail.

Tapi hati aku kata takpelah, lambat2 pun cuma baru seminit. Rupa2nya bukan file yang betul tapi file yang ‘berpura2 berlakon’ macam betul. Maksudnya file nama sama tapi isi dalamnya lain. Stress aku masa tu mencari jalan penyelesaian.

Kali pertama aku hantar tu aku tersalah hantar file yang lain itupun dah lambat seminit. (Kesalahan pertama). Kali kedua aku hantar tu baru file yang betul tapi file aku tu tak ada nama. Maknanya isi betul tapi file tak ada nama. (Kesalahan kedua).

Dan aku pun hantar file yang tak bernama ni lambat 4 minit sebab tunggu loading (Kesalahan ketiga). Yang paling teruknya ialah aku tak jawab pun soalan tu semua sebab tak sempat buat (Kesalahan keempat).

Aku bukan setakat hampa tapi aku lebih kepada geram dan malu. Kalau nak ikutkan hati memang nak je tak hantar langsung tapi nanti dia pelik pula sebab macam aku malas sangat tak buat langsung. Soalan tak susah tapi tangan aku dengan otak yang lambat.

Dah tu laptop lambat, yang buat geram tu ialah semalamnya dan sejam sebelum tu dah test laptop, test hantar dokumen dekat gmail tapi semua okay dan tak lambat pun. yang lagi geram tu ialah aku tiada masalah internet langsung. Lagipun aku duduk di bandar.

Tak tahu nak kata dugaan apa ni. orang yang tak tahu apa2 mungkin akan kata aku tak usaha dan bagi alasan. Aku tahulah aku patut minta maaf dan minta belas ehsan lecturer aku tu tapi dia pun dah siap mudahkan dan bagi peluang student hantar di gmail dia.

Cuma aku je yang terlebih malang, tetap tak dapat nak buat dan laksanakan. Ini bukannya nasi sudah menjadi bubur tapi nasi aku dah basi dan beras aku pun dari padi yang rosak.

Tak ada apa yang dapat aku katakan selain teramat2 GERAM dan HAMPA, sedih tu tiada pun sebenarnya. Kalaulah malang boleh dilihat sekurang2nya aku tak payah susah2 nak stress, takut dan berdebar2. Malangnya, MALANG itu sendiri tak berbau.

Kepada pakar IT, pakar software, guru2, pensyarah2, sahabat handai, sanak saudara dan sesiapa pun ketahuilah kami pelajar2 ni ataupun anda yang bukan pelajar sekalipun tapi pernah mengalami situasi yang sedemikian,

Dan tak kiralah umur anda tu berapa yang KAMI YANG MALANG ni tak minta pun jadi malang.

Kami bukannya tak usaha tapi benda tu dah jadi. Kami tak minta simpati tapi jangan mengecam dan mengeji. Jangan kecam dan keji sesiapa pun yang confess di page ni. Itu sahaja.

Kalau anda baik hati dan ada jalan penyelasaian atau nasihat, bolehlah komen supaya aku rasa lega yang bukan aku seorang je yang malang. Untuk pengetahuan ini bukan malang aku yang pertama kali.

Aku banyak lagi malang dalam sudut yang berbeza2 walaupun bukan sudut pembelajaran dan pendidikan sebab tu aku tahu susah peritnya hidup ni.

Kalau ada orang luah, aku akan dengar dan baca je tanpa kritik apa2 melainkanlah kalau confessor tu menyusahkan hidup aku.

Hakikatnya semua confessor adalah manusia yang nak cari sumber untuk luahkan masalah dia semata2.

Anda semua tak patut kecam dia sebab anda tak kenal pun dia. Tak tahu hati budi dan perasaan dia macam mana. Apa yang dia luahkan tu tak menggambarkan diri dia yang sebenarnya pun.

Pada semua confessor yang sentiasa malang, dilanda kesusahan, dihina, dikeji, dikecam, di salah ertikan. Ketahuilah kami memahami dan baca confession anda tapi kami tak komen sebab kami pun takut di kecam juga. Chiao.

– Si Malang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *