Kenduri Kahwin – Hala Tuju Duit

Salam semua.

Saya bakal kahwin in shaa Allah bulan 7 2017. Seperti sesetengah pasangan lain, saya selalu baca and hadam semua yang berkaitan perkahwinan. Semua saya baca. Normal la kan, risau tu semua, preparation nak jadi bini orang. Saya selalu baca komen kat fb ni regarding kahwin dan kenduri. Banyak article pasal hantaran. Seperti yang semua tau, sangat ramai argue/bertekak pasal kenduri kahwin.

Hantaran. Saya tak faham, ramai argue pasal hantaran kat fb. Saya nak tau, korg/diorg ni bila bab hantaran, contoh la korg plan nak bagi atau pihak perempuan minta 10k, amount tu korg nak kena bagi sedepuk cash ke? Pastu kalau korg bagi sedepuk, korg simpan sejak bila? Bila korg bagi? Time nikah? Tunang? Ataupun bila2 pun korg boleh bagi, takde tetap tarikh ke apa?
Ataupun org yang bakal kahwin ni anggap 10k tu duit yang ‘telah dibelanjakan untuk tujuan kenduri seperti dulang hantaran’ tu semua? Kalau mcm ni, korg kira as beli itu ini bla bla cukup 10k dah takyah fikir apa dah?

Sorry, sebab confused sebab ramai gila argue pasal hantaran. Saya jujur la, saya takda kerja tetap, ujian saya susah dapat kerja tetap. Tapi saya tolong mak jual nasi campur kat kedai, dapat la rm20 sehari kadang2 tak dapat sbb sale takda (kedai buka 24 hari sebulan). Lelaki gaji 2k, tanggung kete, parents dia dan bil rumah. Saya dapat simpan 300rm sebulan and pihak lelaki simpan 5-700rm sebulan. Family saya tak minta hantaran, nak bagi berapa bagilah. Kami buat 1 kenduri untuk 2 pihak, catering untuk 1500 org makan (penting; jemputan lelaki 200, saya 500. Penting: saya kenduri pertama dlm fams saya, lelaki kenduri last dlm fams dia).

Cara kami prepare kahwin, beli & booking apa yg patut dari awal, beli segala jenis dulang hantaran untuk 2 pihak tahun ni (2016). My family dan family pihak lelaki cuba usaha sama2 untuk bayar catering (sahaja) sbb ni kenduri 2 pihak (penting: saya kl dan lelaki n9, kahwin kat dewan di kl, maknanya hanya ada kenduri kecil di n9 untuk org kpg). Duit yg kami simpan akan guna untuk segala preparation. Pihak lelaki banyak support saya and saya tak pernah minta duit hantaran dari dia. Tak ada istilah bayar sedepuk atau tetapkan hantaran berapa pun. In shaa Allah semua okay ada la rezeki nanti.

Yang saya nak tau, kenapa ramai yg argue about duit hantaran? Ramai yg anggap benda tu bayar sedepuk ke mcm mana? Ke saya yg naif tak tau apa2? Saya rasa kalau buat mcm saya in shaa Allah cukup. Planning dari awal apa nak beli, apa nak bayar. Beli sikit2. Contoh: kalau bulan ni pihak lelaki tak beli pape, dia simpan untuk bulan depan- beli mas kahwin/gelang emas, sy pula bulan ni booking photographer, bulan depan sy boleh beli hantaran 3-4 dulang ataupun beli doorgift. Kad kahwin saya order 300kpg rm120 sbb nanti takde org yg simpan kad tu buat frame lg2 skrg ni boleh whatsapp je and fb je. It work that way for me. Korang? Mcm mana korg belanja duit korang?

– Pihak perempuan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit