Kepada Confessor “Aku Penat”

Assalamualaikum Confessor : Aku Penat (https://iiumc.com/aku-penat-2/).

Saya terpanggil untuk komen atas rasa simpati sama muslim. Apatah lagi bila confessor dalam keadaan burn out. Saya tidak pasti samada respon ini membantu Confessor atau tak. Cuma harapnya dapat kurang beban perasaan Confessor.

1. Umur perkahwinan 5 – 6 tahun banyak sangat ujian. Waktu anak anak kecil, kerja semua belum stabil mana. Orang kata baru nak membina kerjaya. Nak pula hidup bandar besar. Keduanya masih muda, darah masih panas.

2. Si suami mungkin seorang ambitious sambung Master dan berhajat achieve the next stage of performance.

3. Confessor isteri banyak korban untuk suami sebenarnya. Disini kesilapan si suami tidak pandang apa yang telah si isteri buat, korban cita cita, mudahkan urusan rumahtangga dan hati perasaan dengan perangai malas dan tidak mahu membantu.

Confessor kata, kalau bercakap si suami asyik nak menang. Hingga dia banyak makan hati.

1. Sebut pada si suami waktu mood dia ok. Ada perkara nak bincang dari hati ke hati. Tinggalkan anak sebentar rumah mak ayah, kemudian berbincanglah keduanya dalam rumah. Jangan luar rumah. Kerana adegan bincang hati ke hati ini biasanya ramai akan memerhati.
Jangan naikkan suara waktu bincang. Ini akan naikkan lagi egonya.

2. Timbulkan rasa kesian pada puan dalam hati suami. Perkara ini puan lebih tahu, dimana ‘soft spotnya’.

3. Beritahu, apa puan telah korban untuk dia, misalnya berkerja sendiri tak minta belanja waktu dia belajar dulu. Jangan wujudkan suasana mengungkit tapi fahamkan dia yang semua puan buat adalah kerana kasih sayang puan pada dia sebagai suami.

4. Puan ingin sentiasa ada disini dia, jadi isteri yang baik dan ibu yang baik pada kedua dua zuriatnya. Sekurangnya minta suami fikir tentang anak yang masih ada anak anak yang perlu diberi perhatian bukan terus stucked dalam kemelut rumahtangga. Fahamkan dia puan ingin selesai sama sama dengan dia masalah ini agar tidak ganggu tumpuan pada anak dan keluarga berdua.

5. Katakan yang puan kasih pada dia sepenuh hati maka puan tahan semuanya selama ini. Tanya dia, adakah selama ini keperluan dia puan abaikan. Jika ada, puan mohon maaf.

Suami puan, mungkin egonya tinggi dalam masa sama masih struggle mengejar kerjaya impian. Kadang kala boleh lupa akan susah payah isteri. Jadi puan usaha ‘remind’ dia semula tentang kewujudan puan.

Pujuklah dia dengan baik, doa banyak banyak supaya Allah buka hatinya. Bercerai mudah sangat kita sebut, kita syor seperti pakai baju buang. Tapi kita tak tahu apa pula ujian bila menjanda, anak anak dengan family broken. Kita fikir semuanya mudah waktu kusut tapi kita jarang perhalusi apa kesannya jangka panjang. Macamana pun kegembiraan dan jiwanya anak tidak sempurna jika mak ayah bercerai. Melainkan si suami buat satu perkara hingga langgar perintah arak, minum arak, kaki pukul dan main dadah yang beri kesan pada puan bolehlah dipertimbangkan keputusan untuk cerai.

Sebaiknya rujuklah orang lebih arif, lebih tua untuk bincang dengan suami. Mungkin akan mudahnya saya bercakap, tapi saya kira puan juga tidak mahu bercerai sebenarnya bukan? Jika tidak masakan puan masih mencari jawapan pada masalah ini. Puan masih mengharap sinar dalam rumahtangga. Maka pertahankanlah.

Syaitan, akan sentiasa berusaha runtuhkan rumahtangga dalam apa cara sekalipun untuk buka pintu pintu maksiat. Jadi jika mampu bertahanlah dengan agama ajar. Berdoalah sungguh sungguh, baiki amal puan terutamanya solat mungkin ada lopong lopong maka ia hadir dalam bentuk ujian.

Puan boleh amalkan tasbih Fatimah,

Subhanallah 33 kali,
Alhamdulillah 33 kali,
Allahuakbar 33 kali,
sebelum tidur.

Kebaikannya, seperti diberikan kekuatan dua orang hamba esoknya.

Anak puan akan besar, tidak selamanya akan clingy. Bila sudah besar, puan akan mula rasa ada waktu untuk diri sendiri. Ini fasa puan sedang renyah dengan anak. Fasa ini akan berlalu. Jadikan ia momen kenangan susah payah kita besarkan anak. Anak tidak selamanya kecil.

Tapi kita perlu bijak merancang dalam rumahtangga.

1. Jarakkan kehamilan, bukan tolak rezeki tapi untuk kesihatan diri dan emosi si ibu juga.

2. Jika puan ingin berkerja, just do it, kena percaya anak anak dengan orang, tak boleh selamanya pasif. Inilah salah satu punca puan terjerat kerana tidak yakin ada orang dapat menjaga anak dengan baik. Urusan anak kena doa banyak. jangan too protected kelak anak kita perlu juga berdikari.

3. Urusan chores, jangan too perfectionist mahu buat semuanya dalam satu masa. Ikut prioriti, masak, kemas mana mampu dan basuh(mesin auto). Tak perlulah beria nak fullfill expecatation kita waktu bujang. Beria berkemas dalam sudah ada anak anak kecil 2 orang. Adatlah rumah ada anak kecil tak kan dapat berhias bagai. Waktu anak tidur, puan juga perlu rehat, rehatlah bersama. Dan ambil tenaga perlahan lahan selesai mana perlu dulu. Saya akui urusan rumah amat memenatkan. Tapi usahakan mana utama dulu.

Berkenaan anak sekolah jauh, saya terfikir apa tujuan puan pilih sekolah anak jauh sampai perlu naik tren naik grab. Kenapa perlu pilih menyusahkan diri. Sudah tentu puan akan tambah penat, anak penat pasti dia juga akan tambah meregek. Carilah sekolah dekat dengan rumah puan. Jangan terlalu mengharapkan semua perfect ia akan buat hidup kita lagi complicated.

Last, yakinlah, tiada yang dapat menyelesaikan masalah kita, hanya Dia tempat kita bergantung harap. Buatlah solat hajat supaya hati suami dilembutkan Allah Taala. Bukankah Allah Taala yang pegang hati setiap manusia.

Semoga Allah Taala mempermudahkan urusan puan sekeluarga dan semuanya akan selesai dengan baik. Saya mohon maaf jika respon saya tidak menempatkan diri dalam keadaan puan kerana saya tidak akan faham apa puan lalui. Yang lebih tahu Allah Taala.

Jazakallahikhair…

Saya yang simpati,

– Kak Ros

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *