Assalamualaikum dan salam sejahtera warga IIUM Confession.
Mula-mula sekali aku nak minta maaf seandainya apa yang aku luahkan ini akan mengecilkan hati sesetengah pihak terutamanya ibu bapa yang mempunyai anak kecik. Tapi benda ni dah jadi serius dah waktu perayaan ni. Jap aku story sikit.
Raya ke-3 hari tu aku pergi visit rumah kawan aku. Kitorang pun plan la dengan kawan-kawan lain. Ye la, kena plan sebab diorang masing-masing dah ada suami, dah ada anak. Kita ni single, boyfriend pun takde. Memang minta izin mak bapak je la (tu pun kadang-kadang tak mintak).
Ok story time..
Aku namakan kawan aku ni Peah lah ye. Peah dah kahwin, umur muda lagi dan anak dah 5. Meriah ya guys, setiap tahun dia check-in obgyn ward. So, kitorang dah plan dah nak datang raya rumah kawan kitorang, nama dia aku letak Esah je lah. Ok sambung balik..
Long story short, aku dan Peah pergi secara berasingan. Bila dah sampai, Esah menyantuni kami berdua dan aku pun proceed makan kuih muih sebelum makan jamuan yang dihidang oleh Esah dan suami.
Peah pulak, dengan bawak baby lagi, anak bertaburan ya, terus explore rumah Esah. Siap lompat-lompat atas sofa. Sofa baru ya guys. Tu baru sikit ya. Belum lagi lepas makan cookies apa semua tu, terus hyper. Memang bising lah satu rumah. Mana taknya, menjerit sana sini.
Waktu kitorang makan, anak-anak Peah banyak betul kerenah. Sorang makan bersepah. Sorang lagi tak nak makan makanan yang dihidangkan, request nak makan benda lain. Dah jadi satu hal pulak nak kena bermasak waktu tengah sibuk melayan tetamu.
Peah rilek je ye, takde nak cakap “eh tak payah la biar je dia makan apa-apa”. Memang tak ada ya. Dahtu anak buat sepah, Esah yang pergi kutip sisa makanan dan bersihkan. Peah buat apa? Duduk je tengok Esah, macam boss tengok maid buat kerja.
Part makan bersepah pulak, bersepah tu bukan jenis bersepah biasa-biasa. Jenis bersepah tu dah macam buat seni pulak. Dah macam lantai yang makan, bukan mulut yang makan. Lepastu pegang-pegang biskut kuih apa semua tu dahtu letak balik. Dengan tangan penuh air liur apa semua. Baran betul aku.
Aku memang tak nak makan dah biskut rumah Esah. Aku perhati je perangai sorang-sorang. Ada jugak yang kena karang. Esah pulak jenis hati lembut, dia layan je perangai anak-anak Peah. Tapi tu lah, aku nampak Esah macam tak suka tapi Esah ni jenis tak pandai nak sakitkan hati orang.
Peah pulak tengok je anak dia macam tu. Dia langsung tak larang or marah anak dia eh. Dia biar je anak dia buat sepah, lompat sofa dan macam-macam lagi lah takdan aku nak list. Panas pulak hati.
Aku larang anak-anak Peah, tapi buat dek je. Peah pun sama, buat dek je. Macam mana boleh rilek eh? Aku rimas betul tengok mak bapak enabling behaviour mcm ni.
Mana laki Peah? Haaaa. Baik tido dalam kubur je la. Senang. Mana peduli anak dia buat rumah orang macam playground. Dah tu nanti dalam kereta membebel dengan Peah sebab tak larang anak. Eh tu anak kau jugak tau. Sumbangan hasil persenyawaan, bukan hasil dari makmal.
Eh senang cerita laki dia ni memang red flag lah. Aku tau la, Peah pun bukan jaga sangat aib dalam kain. Aku dengar je, malas masuk campur. Belum kahwin kan, mana boleh lebih-lebih. Mintak Allah jauhkan aku dari berjodoh dengan lelaki yang tak reti nak 50/50 dalam rumah tangga.
Lepastu anak dia pergi ambil duit raya budak lain ya. Dia ambik straight dari tangan. Aku jegil mata, tak jalan. Happy ya anak Peah balik ada extra duit raya. Memang nak kena piat telinga ke apa anak Peah ni? Peah nampak tau. Kitorang semua nampak.
Esah buat apa? Esah bagi lagi duit raya kat budak yang takde duit raya tu. Kesian aku tengok. Time tu aku memang dah panas dah. Kalau lah Esah tak bagi hint, memang lebih dari setepek aku bagi kat Peah.
Sebab aku tak tahan tengok perangai anak-anak Peah ni, aku decide nak balik. Aku bagi alasan esok aku kena pergi office awal. Muka aku masih control lagi ya, borak ngan Peah Esah. Tapi mata aku tengok je anak Peah terbalikkan balang biskut Esah. Ya Allah.
Peah bagi hint nak pergi beraya rumah aku, aku terus cakap cuti dah habis. Pastu kena OT sampai malam. Lantak lah kalau nampak jahat or dia boleh sense aku tipu ke apa, kisah pulak aku.
Ok memang biasa lah kan budak-budak. Nakal. Tak kesah lah anak korang nakal ke apa. Sebab masih budak, belum baligh. Common sense pun limited.
Tapi, korang as mak bapak memang tengok je ke anak buat huru hara kat rumah orang? Tak reti nak larang ke? Bukan rumah sendiri tau. Kalau rumah sendiri sukahati hang la nak sepah lagu mana. Nak pecahkan balang pun sukahati kau la. Anak kau kan. Tapi ni dekat rumah orang kot. Kau tak ajar anak kau adab dan budi bahasa ke?
Anak kau dah masuk sekolah kot, bukan bayi lagi. Aku tak salahkan budak-budak, tapi aku salahkan mak bapak budak-budak. Sebab korang hidup lebih lama dari anak-anak korang, dan dosa korang lagi banyak dari anak-anak korang. Sepatutnya korang tahu dan faham sebab korang dah boleh berfikir secara kompleks.
Segala baik buruk akan sesuatu perbuatan, korang yang dah dewasa tu dah boleh fikir dah apa consequences nya. Basic common sense ni, takkan nak tunggu orang lain tegur? Malu lah. Anak dah ramai kot.
Ye memang senang cakap sebab aku takde anak lagi. Memang aku takde anak, tapi aku ramai anak buah kecik dan nakal. Tapi mak bapak diorang dah train diorang untuk behave kalau pergi rumah orang, termasuk lah rumah aku.
Aku pun train diorang untuk behave bila keluar jalan-jalan ataupun pergi rumah saudara mara. Benda ni ambik masa sebab emosi budak ni terhad jadi diorang akan faham certain command saja.
But Alhamdulillah diorang sekarang dah tahu how to behave bila pergi beraya. Takdenya nak sibuk-sibuk panjat sofa bagai. Kalau panjat memang aku ikat dekat pokok pisang.
Untuk mak bapak yang ada anak kecik, tolong ya jaga adab anak masing-masing bila beraya. Orang tak kisah tau anak korang nakal ke apa ke. Tapi kau pandai-pandai la larang anak kau dari menjahanamkan harta benda orang. Ni tak, kau tengok je anak kau buat perangai. Larang cakap “No” pun tak.
Kalau rosak ke pecah ke, kena ganti harta orang. Ganti guna duit atau sama nilai harta yang dijahanamkan. Bukan main cakap “sorry” je. Abah kau sorry-sorry. Common sense untuk tidak menghuru-harakan rumah orang tu datang dari rumah sendiri.
Mak bapak harus ajar anak-anak supaya ada adab. Semua bermula dari rumah. Jangan biasakan anak buat rumah orang lain macam rumah sendiri. Kalau kau dah biasa sangat tak larang anak kau, jangan bawa perangai tu sampai ke rumah orang lain. Kang cakap b*d*h kang, marah. Tapi memang pun.
Tolong ya, pantau anak korang dan jangan jadi enabler. Nanti sampai ke besar perangai tak semenggah. Kita ni dah zaman teknologi tinggi, internet di hujung jari. Kalau dah lost sangat, kau boleh je Google “Cara Memupuk Adab dan Budi Bahasa dalam Diri Anak-Anak”. Senang je, tu pun nak kena ajar.
Ni lah akibat kalau normalisasikan benda yang tak elok. Pastu esok-esok kalau anak korang curi barang rumah orang, kau pulak boleh bagi jawapan “dia tak sengaja la tu”. Eh acik kau tak sengaja. Jangan eh, aku tampo japgi kang. Geram betul aku dengan parent enabler ni.
Maaf lah kalau berterabur tatabahasa aku ni. Sebab masih baran lagi dengan Peah. Maaf kalau ada parent yang terasa dengan luahan aku. Tapi aku cakap apa yang aku nak cakap. Assalamualaikum..
– Cik Bee Yang Baran (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
aku sokong kau. Peah ni spesis tau beranak ja. dah tau anak ramai, kena ajar anak tu dan kena garang sikit. sekarang ni ramai mak ayah muda nak jadi macam orang barat kot. takut nak larang anak.. rumah aku baru ni, abih rosak jam basikal limited edition. nak beli takda dah. geram. jadi gelong jam tu.
HAHAHA aku suka TT ni..lenkali kau tlg sound setepek kat si Peah tu biar dia reti bahasa skett..pastu tu last la kau bwk Peah p beraya rumah org, no more after this..kalau aku pun baran tgk mak bapak perangai camtu..kau yg single pun boleh berfikir & ada common sense..buat malu je kat kami yg dh kawen beranak-pinak ni..to parents out there, if anak ramai, x behave , laki bini pulak x reti ajar anak so just stay at home je la ehh..xyah nk p beraya rumah org sgt..pastu xyah acah2 terpaling tersakiti bila org ckp kau mcm2 sbb kau sendiri pemalas nk didik anak..tu sbb org kata benda basic ni mula dr rumah..biar miskin or x pandai tp kaya dgn adab
Sebagai orang yang selalu juga panggil orang datang makan kita dah boleh expect dia mungkin bawa anak dan semua pun kami terima dan tak akan cakap apa tentang tetamu.
Sebab itu kita tak boleh kecil hati kalau tetamu ada anak kecil tidak datang, cancel last minit, atau even datang tengah dah nak berkemas sebab takde parents nak bawa anak dengan tengah meragam, selalu ada tunggu dulu. Atau datang tunjuk muka je. Sekejap je dah nak balik.
Kalau kita rasa tak suka, atau memang kita tahu situasi akan jadi difficult, biasanya senarai tetamu tu dah filter siap-siap. Sebab itu macam majlis perkahwinan, ada orang beritahu hanya dewasa sahaja. Ada parents anak duduk diam, ada parents bila mereka peluk anak, anak boleh menjerit walaupun duduk diam. Ramai juga yang ikut je, parents makan, mereka makan. Lepas tu letak pinggan tempat yang betul. Salam, cium tangan.
Janganlah parents buat hal lain sengaja tak nak pantau anak semasa beraya. Sebab tak semua orang selesa nak tegur anak orang lain. Lepas tu kalau mak mereka buat mata marah ke buat mimik muka kat situ jangan judge over garang pula. Selalu mak lah, jarang kita nampak ayah buat muka.
Even meragam pun kami sediakan bilik untuk kanak-kanak. Sangat kesian baca kalau yang ada special needs child sebab kita definitely suka berkawan dengan parentsnya, anaknya pun kita suka. After all, hari raya bukan selalu.
Zaman dahulu kala, (zaman atuk nenek) di kampung bila beraya, anak kampung sebelah datang untuk minum air sahaja, lepas tu kita pun beri duit raya, parents mereka tak ikut pun. Nak kata kalau orang suka kanak-kanak, mereka memang dah prepare dengan cara yang sesuai untuk kanak-kanak. Dah tahu dah trip kumpulan ni mereka segan nak duduk dekat kain seprah tu sebab mak mereka tak ikut. Mereka duduk ruang tamu, minum air, kuih makan satu sorang je sebab banyak rumah mereka nak tour.
Takkan keluar dari mulut kita orang ni anak ramai lah begitu begini etc sebab tetamu ni bawa rezeki especially kanak-kanak.
Apapun kalau sampai barang retak, punah rosak memang tak boleh sepatutnya dan parents mesti main peranan.