Kepada Mak Bapak Enabler Semasa Hari Raya ll

Untuk part I, (https://iiumc.com/kepada-mak-bapak-enabler-semasa-hari-raya/).

Assalamualaikum dan hai semua.

Haaa Cik Bee yang Baran (masih lagi baran ye) datang meluah lagi. Kali ni lebih kepada memberi respon terhadap komen-komen yang positif dan negatif.

Yang negatif tu maksud aku yang komen aku single belum ada anak senang cakap la apa la pungpang2 la. Haaaa. Acik, hang tunggu sat. Yang tanya aku ni pernah confront Peah ke tak, haaa ni aku nak cerita panjang lebar.

Kepada yang komen positif dan sangat memahami, terima kasih. Kepada yang menyeru geng single untuk menegur mak bapak yang enabler macam ni, ya puan saya sahut seruan anda!

Tahniah juga aku ucapkan kepada mak bapak yang ada high common sense bila menjelang hari raya ni. Yang faham kerenah anak, yang reti cakap “No”, yang berani jerkah anak bila anak buat onar.

Bab air muka budak tu, ada cara menegur tanpa perlu menjatuhkan air muka anak. Namun, lain mak bapak lain parenting skills.

Yang terpaling lembut tu jangan lah korang judge parent yang jenis garang macam singa. Parenting method ni lain-lain, asalkan tidak memudaratkan sampai anak tu langsung tak nak dengar kata atau patah riuk anak tu kau kerjakan.

Benda macam ni, tak payah tunggu kahwin tau untuk ada common sense. Senang cerita la, orang dewasa kalau bersepah pun kau bising, inikan pulak mak bapak budak yang biarkan anak-anak dia buat sepah kat rumah orang.

Kepada parents yang beri anak diorang gadget, tu aku tak nak komen. Sebab kita ni berada di tahun 2025, bukan 1995. Gadgets for kids are relevant as long as you know when to stop.

Aku memilih untuk melihat dari sudut positif bila berkenaan pemberian gadget dengan anak-anak. Kita pun dok main phone je depan diorang, memang diorang curious lah nak tahu.

Macam kita jugak la, awal-awal discover internet social media apa semua, handphone lekat memanjang kat tangan. Budak-budak pun macam tu jugak la, tengok Cocomelon apa semua tu. Kalau tak nak anak korang main gadget, korang jangan lah main phone depan diorang. Easy.

Walaupun ada kajian berkenaan isu gadget ni, aku percaya ada mak bapak tahu macam mana nak handle supaya anak diorang tak addict ngan gadgets. Biarkan je kalau orang kecam korang bagi gadget kat anak.

Yang patut di kecam ialah parent yang bagi gadget kat anak 24 jam sebab diorang busy memanjang pastu sibuk nak buat hal sendiri, tak nak di ganggu anak dan seterusnya mengganggu bonding time family.

Kepada acik yang cakap aku kawan dia, aku ajak dia beraya, pastu dahlah single pastu pungpang2 cakap, baca baik-baik apa aku tulis ni. Aku tak payah mention nama lah, pandai-pandai lah korang tengok komen kat post asal.

Plan beraya rumah Esah, bukan aku yang ajak ya. Esah yang jemput, Peah yang initiated the plan nak pergi sama, pasti barulah kitorang sama-sama planning timing nak pergi dan sebagainya. Kau cakap kenapa aku yang single ni tak tolong dia handle anak-anak?

Maaf ya acik, sebab aku datang nak beraya rumah Esah. Bukan nak tolong dia jaga anak dia sementara dia bersenang-lenang dan tengah tak busy. Dia datang beraya dengan suami, sepatutnya suami dia yang jaga anak-anak dia.

Dah kenapa aku pulak yang kena handle anak-anak Peah? Aku ni suami jadian dia ke? Aku perempuan tau. Kalau dia tengah sibuk bawak baby ke apa ke, aku tak kisah nak step up and tolong.

Before this selalu je aku tolong dia tengok-tengokkan anak dia kalau kitorang pergi jalan-jalan sebab suami dia tak ada. Sebab tu aku cakap aritu, laki dia elok tido je dalam kubur tak payah bangun terus. Nak cakap aku takde hati perut, sukahati kau lah acik. Yang pasti, tu tanggungjawab suami dia, bukan aku.

Ni tak, baby dia pun Esah juga yang tolong pegangkan. Peah pulak duduk je bersandar. Laki Peah? Main phone kat luar rumah sambil menyumbang kepada penipisan lapisan ozon bumi. Still nak cakap aku pungpang2 ke?

Jangan sesekali eh kau meletakkan tanggungjawab suami kau ke atas kawan kau just because kawan tu SINGLE. Eh takde maknanya. Kau ingat orang single tak busy ke?

Kepada yang bertanya aku ada confront Peah ke tak, jawapannya adalah PERNAH. Dalam circle aku, mulut aku kalau menegur memang takde filter. Memang berdesing lah kau kalau kena bebel ngan aku. Kalau jenis yang cepat koyak memang tak boleh lah kena tegur aku.

Aku tak mencarut ke apa ke, but aku tegur guna fakta. Same thing applies to Peah. Sebelum ni aku selalu tegur anak-anak Peah directly kalau diorang menjerit tak tentu hala or sepahkan barang kat rumah aku ke apa. Tapi tak jalan ya.

Paling latest, pokok bunga aku jahanam dan dinding rumah aku kotor. Waktu tu Peah dan anak-anak diorang lepak makan kat rumah aku. Dah tu lepas diorang balik, aku tengok pokok bunga aku dah botak dan dinding aku penuh dengan tanah. So aku tengok cctv, memang anak Peah yang buat.

So next day, aku komplen direct kat Peah pasal anak dia rosakkan bunga aku dan conteng dinding rumah aku, dan dia buat tak tahu je. Dia nampak apa anak dia buat, tapi dia tak larang. Aku tanya kenapa dia tak tegur anak dia?

Peah jawab, “ala, budak lagi..” Takdenye aku ni nak cakap belakang-belakang ya kak, not my style. Luahan ni aku buat SELEPAS aku decided tak nak tegur sebab aku dah pernah tegur dia lebih dari tiga kali. Tapi, tak jalan.

Aku tahu dekat rumah sendiri pun Peah biarkan je anak dia macam tu. Aku tak nak cerita keadaan rumah Peah macam mana. Mana yang faham, akan faham. Cuma jangan lah ajar anak buat sepah kat rumah orang lain. Ajar anak sepahkan rumah sendiri je cukup la.

Peah ni ada peel, dia akan tunjuk muka kalau dia tak suka kita tegur dia atau anak dia. Tapi peduli apa aku? Nasib baik aku tegur tone yang masih boleh diterima akal waras tau, kalau aku tegur guna suara cikgu disiplin, memang dia ajak putus kawan.

Aku ada this one mindset yang tak semua orang suka kita tegur or marah anak dia sebab tu darah daging dia, so orang lain tak berhak marah anak dia melainkan dia sendiri. So, aku kena set limit untuk anak kawan-kawan aku. Sebab bukan darah daging aku. Plus tak semua orang suka kita marah anak orang.

Untuk kes Peah, aku dah on the way give up nak tegur dia dan anak-anak dia sebab aku malas nak handle emosi dia lepas dia tunjuk muka. Penat. Aku penat nak raise awareness berkenaan common sense dengan orang yang refused untuk ada common sense.

Secara konklusinya, aku takkan tegur Peah dan anak-nak Peah lagi sebab aku dah tegur lebih dari tiga kali untuk pelbagai situasi yang berbeza. Lepasni kalau ada yang aku nampak macam melampaui batas, memang aku sound terus tanpa fikir air muka sapa-sapa dah.

Kepada yang dah berkahwin, jangan jadikan kawan-kawan korang sebagai maid tak rasmi korang. Attitude macam ni bagi aku agak biadap ya. Anak tu amanah Allah, korang laki bini jaga lah sebaiknya waima sekadar beraya di rumah orang sekalipun.

Bagi aku agak memalukan jika orang luar yang terpaksa menegur anak korang instead of korang sendiri. Anak korang adalah tanggungjawab korang laki bini. Dalam sijil kahwin tu nama korang dua je, takdenye nama kawan korang yang perlu jugak nak bertanggungjawab nak jaga or tegur anak korang.

Rasanya tu je kot aku nak cakap. Untuk update terbaru selepas beraya rumah Esah, aku still decline call Peah untuk datang beraya ke rumah sebab aku tak nak hadap situasi ni.

Kalau ada yang cakap aku jahat pun jahat lah. Malas nak fikir. Aku pun manusia biasa dan aku ada limit. Jika disebabkan hal yang satu ini menyebabkan 10 kebaikan yang aku buat dilupakan, aku okay je.

Peringatan sekali lagi kepada yang sudah berkahwin dan beranak pinak, kawan single anda bukan maid tak rasmi anda. Jangan biadap.

Assalamualaikum dan selamat hari raya.

Cik Bee yang Masih Baran..

– Cik Bee yang Baran (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Saya pula ada mindset kalau parents budak tu pun buat tak kisah je biar je budak tu buat sukahati, ingat budak tu nak dengar ke cakap orang2 luar bila kita tegur bagi nasihat? Kot nanti dia jawab “Eh mak ayah saya OK je, acik pakcik lak yang susah” Eh budak ni

    Si Peah tu masih duk call nak datang beraya? Haa cakap terus terang je sis yang sis taknak dia beraya sebab nanti habis jahanam rumah sis dikerjakan anak2 dia nanti macam hari tu punya kejadian bunga rosak dan dinding kotor. Dia nak ganti ke kalau ada barang rosak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *