Assalamualaikum, saudara saudari yang dirahmati Allah.. Perasan tak kebelakangan nie mostly selepas pasca pandemic banyak isu kes cerai dengan pasangan..
Banyak punca antaranya dari segi faktor kewangan, campur tangan dari ibu ayah mertua & menantu dan paling terkini adalah dari pihak ketiga yang semakin menjadi2… Nauzubilahminzalik
Apakah mereka lupa akan ikrar mereka semasa hari akad tersebut? Atau menjadikan perkahwinan ini hanya sekadar melepas nafsu? Atau menjadikan perkahwinan ini hanya sekadar menuntut hak kepentingan masing2?
Akibat dari kes penceraian yang semakin menjadi -jadi nie membuatkan ramai yang semakin risau dengan status perkahwinan mereka yang sekarang adakah akan bertahan lama atau akan menyusul jugak dengan mereka..
Sama laa jugak dengan mereka yang dilema mencari pasangan sekarang atau dengan dalam process taaruf… Mereka laa yang lebih dirisaukan dan paling bnyak memikir apakah pilihan mereka ini adalah pilihan yang betul atau tidak?
Baiklah article kali ni saya hanya ingin sekadar berkongsi kepada mereka yang tengah dilema dalam memilih pasangan mereka dan ciri yang sesuai (sekufu)
Pertama sekali pengertian sekufu itu amat penting… Islam jugak menitik berat akan isu Sekufu nie dalam memilih pasangan mereka.. Dengan isu sekufu jugakla anak atau wali itu boleh melawan di hadapan kahwin untuk dinikahkan secara paksa atau menolak sesebuah perkahwinan itu terjadi..
Sekufu yang selalu geng2 makcik2 dan ulamark facebook selalu cakap macam nie “Owh orang kaya dengan kaya je” atau “Awak degree patut cari yang sama dengan degree” atau “Awak kerja government cari dengan orang government” atau “Awak baik patut cari orang yang baik”…
Bagi pendapat saya pengertian subjektif dalam membuat pemilihan atas dasar tersebut nie tak salah tapi dalam masa sama benda nie jugak tak betul dan lebih kepada pemikiran orang yang kurang berilmu..
Baiklah kenapa saya lebih cenderung mengatakan pemikiran ini adalah pemikiran “kurang berilmu” kerana dengan pemikiran ini akan membunuh hubungan kamu pada masa akan datang. Percayala
Ok see, kita amik point orang kaya dengan kaya… You can see, kalau sejak awal lagi kamu memilih pasangan kamu kerana status kekayaan diaa.. Ask yourself kalau satu hari nanti Allah tarik nikmat kaya tu will you still hang in that marriage?
Honestly bila hati kita dah dijinakan dengan kekayaan for sure when you lost everything and you can’t afford keperluan dia im sure neither you or your partner akan mencari kebahagian (kekayaan) dari orang lain..
Because the first thing yang kamu letak untuk bernikah dengan orang tu adalah kerana status kekayaan dia, so jika diaa tak kaya he/she might not be your priority anymore because you have nothing..
Sama la dari segi education or yang berkerja government, let say kamu kerja sebagai cikgu and berminat seseorang kerana pangkat polis so kalau satu hari dia dibuang atas kesalahan tatertib atau rasuah and status Polis tu dah tak ada will you still love him? Adakah kamu akan malu jika dia tidak lagi berstatus sebagai seorang pegawai?
Saya berpendapat apabila kamu meletakan sesuatu sebagai keutamaan dalam hati & pemikiran kita,ia akan menjadi agak sukar untuk kita lepaskan atau menerima jika sesuatu itu terjadi tidak mengikut seperti perancangan kita..
This is not quote yang saya saja2 bina, it is something yang terjadi dekat saya dan i believe everyone pun pernah rasa bila kita meletakan kepercayaan kepada seseorang melebihi segalanya and bila dikecewakan pasti akan memberi kesan yang sangat dalam untuk kita kan..
Ok hope setakat nie boleh faham la ya apa yang cuba di sampaikan setakat nie. Secara ringkas jika memilih pasangan jangan pilih kerana harta & statusnya kerana itu tak akan kekal. Tapi jika itu kutamaan kamu dalam pernikahan maka ia tak akan bertahan selepas hilangnya title tu.
Ok jadi kalau pemikiran itu salah, apa yang sebetulnya.. Sekufu bagi pendapat saya dan sebahagian dari para orang alim adalah bermaksud dari segi interaksi antara dua individu.. Tak jelas ok saya cuba detailkan lagi..
Dalam sesi taaruf tu cuba kamu berdua nilai sendiri dan IKUT KATA HATI KAMU… Sekali lagi saya kata “IKUT KATA HATI KAMU” bukan kata hati mak ayah kamu atau kawan2 kamu..
Apa yang dirasakan oleh kamu terhadap individu yang kamu tengah taaruf tu.. Apakah dia sehaluan dengan kamu? Adakah dia sependapat dengan kamu? Adakah dia mempunyai ciri2 yang kamu mahukan? Dan paling penting sekali Agama dia?
Baik saya bagi contoh sebuah situasi.. Katakanlah kamu seorang yang kaya raya, tapi kamu lebih cenderung untuk tidak mahu bergaul dengan orang yang kaya raya dan lebih suka hidup bersederhana atau hidup jauh dari suasana kemewahan dan lebih ingin mencari Reda Allah dari perhatian manusia.
Ditakdirkan pulak kamu kenal dengan seorang tukang cuci pejabat kamu dan perawatakan dan ideology dia menarik perhatian kamu. Secara kebetulan akhlak dan ilmu agama dia yang luas buat hati kamu cair..
Dan kamu pun rasa dia la orangnya yang boleh bimbing kamu ke atas reda Allah.. Dan kamu berhasrat nak bernikah dengan dia… Jadi adakah itu ciri-ciri sekufu yang sebenar?
Pada pendapat saya dan orang alim yang lain itu ialah ciri sekufu yang sebenar.. Itula contoh sekufu yang jelas bukan bermaksud kaya kena kahwin dengan orang kaya saja.. Sekufu adalah lebih kepada ciri2 kehidupan yang kita inginkan pada masa depan dengan pasangan kita. Sehaluan dan mempunyai idealogy yang sama dengan kita..
So ikut kata hati kamu, you are the one that decide your future… Ianya penting yang kalau kamu dapat pasangan yang tidak sehaluan dengan kamu,ianya adalah satu redflag.. Jadi kenali pasangan kamu sedalam2nya.. Adakah dia saling melengkapi atau saling memusuhi.. Choose by your own desire..
Kamu nak pilih seorang bini yang kamu idamkan atau memilih seorang bini yang ibu/ayah kamu idamkan… Ataupun seorang suami yang kamu ingin dijadikan ketua keluarga ataupun seorang suami yang ibu/ayah kamu ingin dijadikan ketua keluarga..
Dalam masa sama saya jugak ingin menasihatkan kepada ibu dan ayah di luar sana.. Soal pasangan biarla anak kamu yang pilih.. Jika kamu percaya dengan rukun iman yang ke 6 (Beriman Kepada Qada & Qadar) percayala yang datang ingin melamar anak kamu itu adalah pilihan dari Allah..
Yang dah kenal dengan anak kamu setahun dua tu kalau Allah tak izinkan mereka berkenal maka tak kenal la mereka.. Jika anak kamu ada pilihan mereka biarkan mereka pilih kerana soal hati setiap orang tak sama walau sama dari segi darah daging sendiri..
Jangan pentingkan diri kita sendiri kerana mereka jugak berhak menentukan masa depan mereka sendiri. Sememangnya reda ibu ayah itu penting, tapi reda kita tak akan menjamin masa depan anak2 kita itu indah2 belaka.. Sedangkan dunia ini sifanya tidak sempurna…
Kita hanya perlu mendoakan kebahagian mereka dan mengharapkan yang terbaik dari Allah.. Berhenti mengatur hidup mereka ya,mereka jugak berhak mendapat kehidupan atas pilihan mereka sendiri
Ok harap kepada para pejuang taaruf faham ya dari segi konsep sekufu nie.. Secara ringkas sekufu nie adalah sealiran fahaman dari segi zahir dan batin antara dua pihak dan saling bertolak ansur antara satu sama lain dalam mencapai objektif…
Ok apa lagi ciri yang penting dalam memilih pasangan. Berbalik kepada pandangan islam Rasulullah SAW jugak telah memberi panduan kepada kita dalam memilih pasangan hidup kita.
Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :
“Seorang perempuan dinikahi kerana empat (4) perkara, iaitu : Kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah yang BERAGAMA, nescaya beruntunglah kamu. (HR Bukhari dan Muslim)..
Jelas di sini bagi para bakal suami jika kamu ingin mencari seorang isteri maka utamakan Agamanya.. Tapi bagaiman pulak pilihan untuk wanita yang ingin mencari calon suami dia… Jangan risau ada dalilnya jugak
Di dalam hadith Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda :
“Apabila datang kepada kamu lamaran seorang lelaki, yang kamu redha akan agama dan akhlaknya, maka kahwinilah dia, kerana jika tidak nescaya akan berlaku fitnah dan kerosakan di atas muka bumi” (Hadith Riwayat Tarmizi).. Wahai bakal sang isteri inilah contoh ciri2 yang nabi ajarkan kepada kamu dalam pemilihan pasangan
Alhamdulillah, Islam nie agama yang sempurna.. Dari dalam segi pemilihan pasangan pun nabi dah ajar kita apakah ciri2 yang boleh dijadikan garis panduan untuk kita.. Jelas Agama itulaa yang patut dijadikan keutamaan dalam pemilihan pasangan kita. Jika ada yang masih cuba melawan sabda nabi maka mereka adalah orang yang menentang Rasulullah..
Habistu macam mana kita nak cari orang yang baik akhlak dan agamanya pada zaman sekarang? Dengan maksiat makin berluasa dengan ramai yang solatnya tuggang langgang.. Jadi macam mana kita nak mencari pasangan lelaki/perempuan yang menjaga agamanya..
Baikla simple, cadangan saya nie boleh dijadikan panduan ya bukan dijadikan kewajipan plak.. Belum tentu cadangan saya nie akan menjadikan pasangan kamu jumpa nanti adalah 100% maksum semua yaa.. Hahaha…
Baiklaa saya amik petikan ayat dari Ustaz Wadi Anuar dalam ceramahnya hampir 80% orang islam di Malaysia solat 5 waktunya hancur.. Kenapa saya mention pasal solat? Kena saya tak mention orang yang rajin menderma? Orang yang suka membantu? Orang yang mendapat pujian orang ramai dengan kebaikan dia?
Kenapa saya mention solat.. Kerana benda dalam rukun Islam selepas “Mengucap dua kalimah syahadah” adalah mereka yang “Solat 5 waktu sehari”.. Nak Mengucap dua kalimah syahadah semua boleh tapi nak menunaikan solat 5 waktu sehari adakah semua mampu? Yang saya sebut 5 waktu ya bukan 4 waktu bukan 3 waktu bukan 2 atau 1 atau lebih parah sekali terus tinggal..
Benda paling mudah kalau boleh tinggal apatah lagi pekara paling susah seperti menajaga anak teruna/dara orang di masa akan datang. Macam mana nak cari mereka yang menjaga solat nie, mudah sahaja.. Ianya bermula dari kamu sendiri,rajinkan diri pergi solat di Masjid setiap hari..
Dari situ kamu boleh nampak calon2 pilihan kamu yang mana yang rajin mengimarakan solat jemaah nie.. Kenapa orang masjid kenapa bukan orang yang solat di rumah?
Kamu tanya diri kamu balik.. Kenapa kita nie berat nak solat di masjid tapi mereka yang solat di masjid merasa ringan untuk berjalan.. Tanya pada hati apa yang kita buat di rumah dan apa yang mereka buat di masjid? Tanya lagi pada diri kita, solat bersendirian itu lebih baik ke atau berjemaah itu lebih baik?
Dan last sekali tanya pada diri sendiri kenapa Allah menjemput (hidayah) mereka datang ke rumah dia dan kenapa kita tidak dijemput (tidak diberi hidayah)?.. Kebahagian,kekayaan,kehidupan sebagai i umat islam wajib kita yakin semua itu adalah milik.. Adakah Allah akan mensia-siakan orang yang menjaga hubungan seorang hamba dengan penciptanya..
Dengan solat la yang menghubungkan seorang hamba dengan tuhanya.. Jadi jika solatnya boleh dijaga Inshallah benda baik yang lain akan menyusul.. Tapi zaman sekarang nak jumpa orang muda yang jaga solatnya di masjid agak mustahil… Haha..
Demi Allah beruntunglah mak ayah mereka yang berjaya mendidik anak mereka yang masa muda rajin ke masjid.. Cemburu sangat dengan golongan nie kerana di mashyar mereka la 7 golongan yang mendapat naungan dari Allah.. Kalau anak muda dapat jumpa calon suami/isteri yang suka pergi masjid satu rahmat yang besar dengan zaman sekarang yang serba jahil nie.
Ok itulaa benda paling susah kita nak menilai.. Selebihnya dalam sesi taaruf tu dari segi akhlak dia kamu boleh menilai dengan mata kasar.. Kenal dengan siapa dia berkawan bagaimana dengan mak ayah dia baik atau tidak.. Adik beradik dia.. Itu semua boleh menilai selama dalam sesi taaruf…
Sekali lagi saya pesan walaupun mereka itu menjaga solat dan baik akhlak mereka jugak manusia biasa dan jugak para pendosa.. Mereka jugak masih ada nafsu… Jadi sifat nakal masih ada pada semua orang… Jadi Berhati2 dalam taaruf, jangan sampai telanjur..
Jika benar dia ikhlas ingin jadikan kamu pasangan, dia tak akan sesekali membuat maksiat atau ajak check-in secara paksa dengan kamu.. Jika2 dua pihak bersetuju itu adalah masalah dari keduanya.. Adalah lebih baik ada pihak ketiga dari kalangan belah perempuan jika ingin berjumpa..
Ok Ideology dah, akhlak dah.. Baik selain tu, lihat pada kemampuan pasangan kamu dalam memenuhi kehendak kamu.. Jadi mostly dalam perkahwinan ada gift and take… Selalu kita dengar keperluan nie hanya dari belah pihak perempuan habis tu untuk pihak lelaki nie dapat apa dalam perkahwinan?..
Ok dengar baik2… Dalam taaruf tu,listkan soalan yang penting untuk masa depan.. Contoh soalan nak beli rumah ke sewa? Nak beli motor ke kereta? Ada buat side income ke? Ada penyakit atau tak?
Buat soalan dan tanya kepada pasangan kamu.. Kalau nak beli rumah.. Nak share ke duit bayar rumah tu atau pihak suami mampu sediakan… Makan minum perbelanjaan semua mampu ke pihak suami sediakan.. Semua nie penting dalam menentukan kita sekufu atau tidak dengan pasangan..
Jika kedua2 pihak bersetuju dengan perbincangan mereka Alhamdulillah itu maksudnya kamu sesuai la dengan dia.. Jika ada rasa sedikit terbeban bawak berbincang dengan pasangan.. Kalau rasa tak boleh reda dengan jawapan diberikan undur la diri…
Dengan peredaran zaman sekarang saya faham, memang tak sama macam dulu2.. Mesti akan ada topic kita share2 ya duit rumah lepas nikah nie.. Ianya tak menjadi satu kesalahan pun isu nie,tapi itula agenda feminism nie.. Faham2 laa.. Kalau masing2 bersetuju untuk berganding bahu tak menjadi isu pun benda nie..
Tapi kalau ada pihak yang tak reda maka benda nie akan dijadikan satu ungkitan pada masa akan datang percayala.. Jadi bincang elok2 yaa semua..
Dalam ekonomi tak stabil nie,jangan malu dan segan dengan pasangan anda untuk berbincang isu ekonomi keluarga nie.. Ingat kamu nak membina sebuah ikatan.. Bukan di dunia sahaja kamu akan dipertanggunjawabkan di akhirat jugak kamu akan disoal oleh Allah pasal isu nie..
Akhir sekali pilih laa pasangan yang mencintai kamu dan bukan yang hanya kamu cintakan… Ok saya rasa macam nak perbetulkan sedikit konsep nie..
Bercintalah selepas nikah itu lebih baik, cukup hanya berkenal sebelum nikah adalah lebih baik dan daripada mencari pasangan yang sempurna carila pasangan yang saling lengkap melengkapi.. Cuba pegang konsep nie.. Tapi saya pasti no 1 dan no 2 tu pasti susah kan.. Tapi itulaa sebaiknya..
Oklaa cukup sekadar nasihat saya kepada mereka yang tengah dalam sesi taaruf atau yang mencari jodoh.. Ini hanya sekadar padangan saya kepada pembaca.. Kalau suka dengan pendapat saya,saya nak share pasal isu rumah tangga plak..
Kalau ada yang setuju bagi laa comment dan kata semangat untuk part 2 plak, hehe.. Semoga mereka yang mencari jodoh dipermudahkan segala urusan..
Owh yaa lupa boleh jugak anda amalkan doa nie untuk mencari pasangan (Al-Furqan 25: Ayat 74)..
Sekali lagi maaf ya jika storyline agak messy.. Jika agak messy please let me know.. I will to improve in the next session Inshallah..
– annoynamous people (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit