Hai. Harap admin publish sebab penat aku taip. Terima kasih
Aku nak kongsikan cerita atau nasihat aku berdasarkan pengalaman sendiri. Aku seorang pelajar ipta dan pernah menjalani intern di sebuah tempat. Pertama kali aku intern, aku memang takut sbb situasi baru. Untuk pengetahuan semua, aku seorang yg introvert. Pemalu, pendiam dan over thinking (pada permulaannya, sekarang tidak lagi sbb pengalaman intern ni mengubah aku hehe).
Okay straight to the point, untuk yg bakal menjalani intern di mana2 tempat. Jangan jadi mcm aku!
1. Kau perlu bergaul dengan semua staff.
Staff di situ kebanyakkan lebih tua dari kau. Kau jangan pemalu pendiam sangat mcm aku. Mula2 masuk tegur kenalkan diri dulu dan senyum. Jangan lah staff tu yg tanya nama kau dulu. Bergaul dengan mereka. Macam aku dulu, tak tau la kenapa aku pi duduk belakang almari hahaha. Mereka duduk kat depan. Aku duduk kat belakang. Hm apa la masalah aku dulu murung bila teringat
2. Jaga tingkah laku dan attitude
Dah aku kata suruh bergaul, jangan over pula sampai orang menyampah. Ikut keadaan lah. Bergaul tapi tetap jaga attitude. Hormat mereka. Mcm kawan aku, tak hormat langsung. Duduk atas meja, menyanyi, sendawa. Orang pon menyampah tau tak walaupun dorang tak cakap depan. Tahu tak anda semua bahawa staff ni semua perhati jer perangai korang ni. Mcm mana aku tahu? Sbb time tu aku ada senyum dengan seorang lelaki ni, kecoh staffs satu department ni mengusik. Sejak haritu aku berhati-hati nak buat apa sahaja hahahaha
3. Jangan mengata (macam sajat pula eh)
Biasa lah dalam satu department, umpat keji tak puas hati perkara normal. Politik kerja. Tapi kau sebagai student, kau jangan tumpang sekaki. Jangan kau menambah serbuk rempah kari pula. Angguk mengiyakan pon tak boleh! Kalau boleh elak, kau elak. Kalau tak boleh, kau dengar je la sambil senyum je la. Mcm aku dulu, aku terluah perasaan tak puas hati psl satu staff ni kt kakak staff fav aku. Aku ingat dia baik lah bole simpan rahsia. Sekali dia cerita kt semua. Serik oiii. Sejak tu, aku jaga kata2 aku
4. Jangan takut sangat. Ni paling penting!
Contohnya bila staff suruh buat kerja tu, kau buat je laa. Ni tak, kau takut. Tak nak buat. Jangan la tunjuk takut sngt. Takut salah? Biasalah salah kau tu student lagi. Bukan staff tetap. Salah proses pembelajaran. Ni tak, semua kau takut. Buat ni takut. Buat tu takut. Akhirnya kawan kau yg buat. Kawan kau yg semakin mahir. Dia dapat ilmu & pengalaman. Kau la mundur rugi je melopong menyesal kt situ.
5. Jaga batas antara muhrim
Aku intern dalam sebuah department yg perlu sentuh orang. So bagi staff2 kat situ, mereka dah tak kisah dah sentuh2. Malah cakap perkara lucah pon tak ada rasa apa2. Sebab terbiasa dah tengok setiap hari. Memang biasa la ada staff lelaki yg gatal. Kalau boleh elakkan. Tapi in case untuk belajar, kau hadapi lah. Mcm aku, aku terlalu insecure dengan staff gatal mcm ni. Aku takut lah sbb mereka memang pernah la dekat2 sentuh2 aku. Gurau lucah dengan aku. Aku jenis cool je. Aku buat tak kisah je padahal insecure juga beb. Nak jadi cerita si staff gatal tu ajak pergi buat kes. Aku memang nak pergi laa sbb rare case. Tapi aku takut la pergi berdua dengan dia. Dia staff gatal paling creppy. Tapi hensem juga hahahaha ceh sempat lagi. Dia tengok aku dengan kawan aku. Last2 aku tak pergi sbb aku larikan diri hahaha bodoh. So kawan aku yg pergi. Kawan aku yg dpt ilmu baru. Hm aku yg menyesal sbb tak dapat ilmu baru. Padan lah muka aku. Si staff ni gatal tapi cara ajar dia sangat bagus. Yg pelik nya dengan kawan aku dia tak gatal pula. Aku tanya kawan aku, staff tu ada menggatal tak. Dia ckp tak ada hm. Dia tak pernah sentuh gurau apa dengan kawan aku. Kawan aku ni jenis muslimah tudung labuh nerd sikit. Mungkin sbb tu la kot. Tapi aku pon tak ada lah pakai tudung singkat. Tudung labuh bawah dada juga tau
6. Jangan dengar cakap kawan kau
Okay, ni penting! Jangan sesekali dengar cakap kawan kau. Kalau kau rasa kau betul, buat je apa kau rasa betul. Macam aku, aku nk buat mcm ni. Tp kawan aku kata salah. So, aku ikutlah cara kawan aku. Last2 cara dia salah. Ketua department datang. Aku memang cuak dah. Nasib baik ada abg staff geng aku ni backup aku. Dia marah kawan aku tu. Dia nasihat aku supaya jangan ikut orang. Kita dah belajar, kita tahu apa yg kita buat. Percaya kat diri sendiri.
7. Jangan overthinking insecure melampau
Cepat grab peluang. Jangan overthinking sangat kalau jadi apa ke. Kau buat dulu. Cuba dulu baru tahu apa akan jadi. Nak overthinking mcm aku dulu dah kenapa? Kau bukan Allah nak ramal apa yg akan jadi pada waktu hadapan. Kau cuma perlu yakin & grab ilmu sebanyak mungkin. Salah tak salah belakang cerita. Lagi2 yg intern sekali tu je. Kalau kau tak grab time tu, kau rugi lah. Bukan nak dapat ilmu tu lagi! Marah ni marah. Marah dengan diri aku dulu hahaha
8. Jaga penampilan diri
Jangan selekeh. Baju tu iron laa. Bagi kemas. Selalu tersenyum. Selalu tegur wish staff morning ke etc. Banyak kan bertanya. Tanya la staff tu. Sesetengah staff selagi kau tak tanya selagi tu dia tak ajar. Mcm aku, aku tengok jee. Sekali staff tu cakap “awak tak nak belajar ke?” Aku cakap mestilah nak. Staff tu cakap kalau nak tanya lah mcm mana nak buat ni. Buat itu. Jangan berdiri belakang je. Tanya je apa kau nak tanya. Jangan takut.
Sebenarnya banyak lagi aku nak share. Tapi dah panjang ni. Terima kasih sbb baca kisah tk seberapa ni. Srs best time kau intern. Seronok gila time tu. Pengalaman tu bermakna. Nasib baik aku ada intern lagi. Tak akan aku ulangi kesilapan lalu. So good luck kepada intern students!
– Budak intern
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit