Kepada Pemandu Sekalian

Terima kasih, admin. Hi, Assalamualaikum readers. Straight to the point. Malaysian Drivers need to change their mind set and Attitude. NOW.

Tuan-tuan dan puan-puan,

1. Traffic Light. Di Malaysia, kita ada “Green Man” dan “Red Man” untuk pejalan kaki. Kalau tengok traffic light tu merah, maknanya berhenti. Janganlah main redah je. Kesian pejalan kaki. Asal nak melintas je motosikal lalu, asal nak melintas je kereta pulak datang. Tiga kali menyala dah “Green Man” tu, melintasnya idok.

2. Signal. Saya faham dan mengerti, tuan puan beli kereta pakej dengan signal. Tak perlu tambah RM3K untuk dapatkan signal. Jadi, apalah salahnya tuan puan gunakan signal tu sebaiknya. Bukan setakat untuk masuk ke simpang, tapi juga untuk tukar lorong. Berapa ramai riders/Abang Motor yang jadi mangsa “dicium” kereta mahal tuan puan hanya kerana tuan puan tak gunakan signal yang ada tu.

3. Cleanliness. Jalan raya tu bukan tempat untuk buang sampah tau. Pengalaman sendiri, memandu dari Utara ke Pantai Timur melalui Grik, depan mata saya, eh ada pulak akak ni bukak tingkap kereta dia, kemudian campak sampah. Nak jadi cerita, melekat pulak plastic pada visor abang motor ni. Nyaris terbabas, akak oii. Tisu, plastic sangat bahaya. Melekat pada visor helmet, windscreen kereta. Nak nak kalau malam. Nauzubillah.

4. Bercinta. Abang dan kakak, jalan raya bukannya tempat bercinta, nak main tarik hidung lah tolong betulkan tudung dengan orang sebelah orang belakang orang tepi orang atas orang bawah. Lepas tu mulalah bawa kereta ke tengah ke tepi. Adui. Ya, hak anda untuk bercinta. Kami tak larang. Tapi hormat juga hak kami untuk mencintai diri sendiri, pulang ke rumah dengan selamat.

5. Guna Telefon. Haa ni lagi satu masalah. Kalau nak OTP dengan sesiapa atau jawab call waktu memandu, guna mode handsfree atau connect pada Bluetooth kereta (kebanyakan kereta ada mode Bluetooth). Yang mudahnya, tuan puan lekat aja phone holder pada windscreen dan buat loud speaker. Baru lah tak membahayakan nyawa orang lain bila tuan puan bawak kereta 30 km/j di atas jalan persekutuan (Had laju 90 km/j)

6. Sabar. Di Malaysia ni, tak semua lurus jalannya tak semua lahir sempurna (Eh. Tertulis lirik pulak). Abang, kakak, kalau dari dua lane menjadi satu, jangan lah kalut ya nak masuk lane kanan. Semua orang nak cepat, bertimbang rasa kay? Janganlah asyik nak cucuk bontot kereta orang je. Dan paling penting, tolonglah jangan guna line kecemasan. Jangan fikir nyawa kita je, fikir orang lain juga ya?

To sum up, kita berubah jom? Kita sama-sama taknak mati katak di jalanraya kan, jadi kita behave okay? Kalau takdir ajal saya di jalan raya pun, biarlah bukan sekarang. Setidaknya, biarlah saya sempat didik anak bangsa kita dulu.

Thank you for lending me your eyes and minds :)

– Kasut Panda

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit