Assalamualaikum semua, aku memulis kat sini untuk meluahkan pandangan dan perasaan pada anda anda yang bergelar seniors dan bakal menjadi seniors di alam pekerjaan. Aku sama seperti semua lepasan universiti, memburu kerja ke sana ke sini dan memasang impian untuk mendapatkan kerja yang diimpikan. Aku turut menganggur dalam jangka masa yang agak lama sehingga aku diterima kerja di sebuah syarikat ni. Bersyukur sangat sebab rezeki kerja yang tuhan bagi dekat aku ni hampir dengan rumah boleh aku ulang alik tinggal dengan orang tua. Ini paling best mengenai rezeki kerja aku.
Aku diterima kerja di syarikat ni tanpa diduga sebab aku apply jawatan lain tapi aku ditawarkan jawatan yang lebih baik. Macam macam cara aku cari kerja dan percayalah, cara ketuk pintu and drop resume sangat berkesan dan lebih syarikat perasan permohonan korang dan dengan cara tu lah aku dapat kerja. Kerja semua ok walaupun susah sebab lari bidang sehinggalah senior-senior mula menunjukkan taringnya. Bertambahlah susahnya kerja aku.
Bagi aku, aku tak kisah gaji sikit ke tak berbaloi ke, kerja penat ke banyak kerja ke tapi satu yang yang aku kisah ialah suasana tempat aku bekerja. Aku dah bersedia dengan situasi ni walaupun aku takde pengalaman kerja sebelum ni, tapi melalui pembacaan mengenai realiti alam perkerjaan membuatkan aku dah bersedia dengan apa pun yang aku akan hadap. Terutamanya hubugan dengan rakan sekerja terutama senior. Aku ni nampak mudah dibuli, tak tegas, lembut, “budak baik” sebab tu aku sering dibuli, dimarah-marah sesuka hati, dituduh buat salah yang bukan aku buat dan lain-lain. Dengan senior tu kena marah, senior satu lagi jadi batu api, dengan lagi seorang asyik membahan. Selain verbal bully, aku pun ada juga kena buli “gurau” fizikal oleh senior, di tampar-tamparnya badan aku, ada sekali tu kotak kosong dia hempas belakang aku. Senyum je. Katanya kalau tak boleh bergurau masuk hutan. Kita pula yang disuruh masuk hutan. Sedih!
Sampai satu masa setelah dua bulan aku kerja aku dah tak boleh biarkan diorang buat aku macam tu dan kemarahan aku meletup. Tahap kesabaran aku ada hadnya juga, walaupun aku tahu aku ni junior je, tapi senior, perlukah membuli? Aku punyalah jaga attitude aku jaga hati senior semua, daripada seorang yang introvert aku ubah diri aku jadi seorang yang mudah mesra semua sebab nak ambil hati senior dan senyap bila dimarah, mengaku silap kalau aku buat salah, tapi senior ambil kesempatan pula. Ini tak boleh jadi. So sekarang lain pula jadinya. Senior tadi dah tak tegur aku, tak layan pertanyaan aku jadi susah aku nak buat kerja. Aku dah minta maaf tapi macam tu lah, ego seorang senior. Sangat tak professional.
Bagus juga aku melawan, kadang-kadang jangan jadi lemah sangat biarkan diri dibuli. You must stand for your right. Aku dah puas kena maki masa sekolah semua tu buat aku jadi kurang mesra dengan orang. Inilah hakikat aku jadi introvert. Personaliti lembut aku jadi bahan buli. Apa ingat aku lembut aku tak takut melawan? Bila melawan dikatanya menjawab tapi masalahnya cara dia yang tak betul. Sekurangnya hormat lah aku sebagai rakan sekerja. Sama-sama cari rezeki. Tunjukanlah teladan yang baik dan professional sebagai seorang senior. Aku jadi hilang rasa hormat bila masuk bab buli ni. Aku mengharapkan suasana kerja yang aku tempuhi penuh professionalisma tapi jadi sebaliknya. Aku perlu jadi kuat untuk bertahan. Jangan kata gen Y manja ye kalau gen anda yang tak tunjukan teladan yang baik. Tak semua gen Y manja, aku ni berdikari, aku gigih belajar dari bawah tapi satu sahaja aku harap jangan membuli. Tahu batasan bergurau. Jangan dibandingkan aku yang baru mula kerja ni dengan orang yang dah lama kerja situ. Junior datang nak belajar, ajarlah elok-elok. Elakkan sentuh perkara sensitif. Nasihat aku pada junior, jangan beritahu gaji anda pada senior kalau dia tanya.
Ya aku sedar itulah realiti alam pekerjaan, aku boleh je hadap situasi aku ni. Welcome to real world? Selama aku hidup ni aku bermimpi ke? Tak perlu alam pekerjaan untu kenal real world, ada budak kecik real world dia lagi dahsyat. Takde orang yang suka dibuli .. semua orang nak kerja dengan gembira, kan?
– Junior
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit