Kepada Wanita Bertudung

Assalamualaikum semua maaf cakap melalui pemerhatian saya, Alhamdulillah nowadays ramai wanita muslim yang bertudung tapi rambut dekat atas terjulur. I don’t knowlah fashion ke apa tapi come on sayang tolong tarik sikit anak serkup ke depan.

Yang kedua you pakai tudung tapi tayang telinga.. Pebendeeeee tu. Nak pakai subang sangat pakailah, tapi pakai tudung dulu then letak subang dekat luar. Bukan keluarkan hujung telinga you. Kalau tak cantik tak payah pakai! Hehe.. Tapi actually boleh adjust kott jangan bagi nampak telinga.

Yang ketiga benda ni paling pebendeee.. You teringin nak pakai turban pun you pakai la inner neck tu. Nak buat tudung tu gaya tocang ke apa ke.. Pakai inner neck. I bukan apa kadang I sedih tengok bila dah telinga you terkeluar plus leher nampak so I jadi confuse dia ni memang pakai tudung ke freehair?

Yang keempat dalam sedar tak sedar. Yang ‘perempuan bertudung’ kena make up ni. Nak tunjuk gambar sebelum dengan selepas makeup, jangan la simply bagi mua (makeup artist) atau cameraman ambil gambar masa leher tengah ternganga atau nampak rambut. Cameraman pun dah tahu client awak bertudung, tolong sangat cari angle yang tak menampakkan rambut atau leher client awak. Kadang di luar bertudung tapi bila tiba muka dalam video ternganga je leher perempuan tu. Video tu pulak nak share pada public. Hmmmm

Kalau perempuan tu buat don’t know juga you buat-buat la tanya dulu ”takpe eh I record you tak cover leher” pastu you buat-buat gelak tak nak bagi awkward hehee. Yang buat tutorial make up.. I suggest lagi cantik you pakai inner neck too. Kadang ada yang mula-mula tuto dia bertudung tapi bila nak ajar sapu highlighter ke contour contohnya, terus selak tudung bg nampak telinga. Adudududu..

Akhir sekali, awak nak cantik-cantik style pergi Muslimah Fashion Show semua okay fine go ahead tapi cover la apa yg patut cover. I bukan nak busybody, I sakit hati tengok orang macam mempermainkan tudung. Sakit hati jangan tengok! No sayang benda tu kadang lalu depan mata nak buat macam mana? I sayangkan you all. I sengaja post general sebab kalau one by one tahuuu I tak mampu. Nak tunggu kawan sendiri tegur silap hari bulan boleh bergaduh dan masam muka. Kita improve diri sama-sama ya. Terima kasih.

-nobodynobodybutyoujengjeng

– Orchid

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit