Kepada Penulis ‘Aku Benci Jadi Mak’

Saya harap confessor ‘Aku Benci Jadi Mak’ (https://iiumc.com/aku-benci-jadi-mak/), sentiasa dalam keadaan yang baik hendaknya. Saya harap confessor sudi luangkan masa sedikit untuk baca luahan saya ini.

Saya memang sangat memahami perasaan saudari. Saya juga pernah lalui perkara yang sama dengan saudari.

Rendah diri, rasa diri tidak berguna, saya selalu persoalkan kenapa saya sahaja yang perlu berkorban untuk suami dan anak anak. Saya sampai di tahap sudah panjat balkoni untuk terjun bersama anak.

Saya memang terlampau fedup dengar tangisan anak saya. Saya tidak bekerja kerana semasa mengandungkan anak saya, prestasi kerja saya sangat menurun.

Saya mengalami alahan yang sangat teruk sehingga boss di tempat kerja menasihatkan saya untuk berhenti kerja.

Saya mengalami kemurungan yang sangat teruk. Setiap hari saya menangis mengenangkan hidup saya yang telah terbuang begitu sahaja.

Sampai saya berfikir adakah tujuan saya dilahirkan hanya untuk berkorban demi orang lain sahaja. Hidup saya memang terasa kosong.

Tidak ada tujuan hidup. Hidup hanya kerana nyawa tidak ditarik lagi.

Sehinggalah satu hari saya memang nekad taknak hidup dalam stagnant phase. Saya kena cari jalan keluar.

Bukan sebab anak dan bukan juga sebab suami. Tapi sebab saya kesian dengan diri sendiri. Saya hilang diri saya yang dulunya ceria, suka bergelak ketawa. Saya berterus terang dengan suami.

Saya ada suicidal thought dan saya terlampau penat untuk menjaga keluarga kami. Barulah suami saya tahu rupanya selama ni saya terseksa.

Suami saya hantar balik ke kampung untuk beberapa minggu. Pulihkan semula emosi saya. Keluarga saya pun tahu dengan keadaan sebenar saya. Semua berganding bahu bantu pulihkan saya.

Selepas insiden saya berterus terang dengan suami, suami saya tukar pekerjaan yang lebih sesuai dengan keluarga kami.

Saya mula aktif mencari pekerjaan semula. Saya juga mula mencari kawan baru untuk dijadikan kawan sembang. Setiap petang saya akan bawa anak keluar bersiar siar.

Depan rumah je pun boleh. Asalkan anak terdedah dengan cahaya matahari. Badan saudari pun akan terasa lebih sihat selepas itu. Buat kawan dengan jiran jiran juga.

Saya rasa saudari juga berada dalam situasi yang sama dimana “me time” adalah satu privilege yang saudari tidak ada.

Saya pun begitu kerana anak saya masih diumur tidak boleh berjauhan dari saya walaupun ayah dia sendiri yang ambil jaga dia. Buat aktiviti bersama keluarga.

Libatkan suami. Banyakkan berkomunikasi dengan suami. Kadang suami mereka terleka dengan masalah kerja sehingga terlupa fizikal dan minda mereka juga diperlukan di rumah. Ingatkan suami saudari selalu.

Akhir sekali, saya betul betul mendoakan agar dipulihkan semula jasmani dan rohani saudari. Semoga saudari kuat dan tabah dalam menempuh dugaan sebagai seorang mak.

Saya sayang saudari walaupun saya tidak kenal saudari siapa pun sebenarnya.

– K (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *