Kepada Yang Nak Kahwin Duda An4k Ramai

Dalam kepanasan sekarang, aku nak meluah pada korang. Aku bercerai dah 5 tahun. Aku ada 4 anak.

Kisah bercerai dan kenapa bercerai tak perlu kupas. Sama je lebih kurang confession isteri isteri malang yang korang pernah baca. Jadi aku da move on.

Anak aku ramai jadi aku tak fikir kahwin lain. Tapi duda aku berkahwin lain.

Aku ok sebab nafkah anak anak tiap bulan dia kasi. Jumlah nafkah yang dipersetujui sebab duda aku hutang aku pun tak bayar bayar.

Aku jenis malas nak serabut. As long nafkah anak- anak dia bayar aku ok walau pun tak la banyak mana.

Aku dah pesan kalau kahwin lain, sila beritahu isteri baru yang dia perlu menanggung nafkah anak anak yang semua masih bersekolah. Aku tak nak ada konflik lepas dia kahwin. Dia kata ok.

Maka kahwin la dia. Aku nak tahu juga how dia kenal bini baru. Dia jawab melalui taaruf selepas kenal melalui portal cari jodoh islamik.

Okla kan sebab dia pilih orang baik baik utk jadi mak tiri anak anak aku.

Tapi konflik timbul. Isteri baru persoalkan nafkah banyak sangat. Aku dah agak da.

Tapi aku memang tak akan berhubung dengan bini baru dia. Aku pesan kat duda aku, benda ni aku dah beritahu awal. Kau kahwin lain pastikan nafkah anak tak culas.

Dia suruh aku faham keadaan dia yang baru kahwin dan isteri baru dia yang masih muda tak faham masalah orang ada anak sebab mereka belum ada rezeki anak lagi.

Nanti kalau mereka dah ada anak, macam mana nafkah anak anak aku?

Aku sekarang mampu bersabar sahaja dan selalu ingatkan diri aku ni yang tak berguna aku nak bergaduh sebab aku da letih bergaduh dengan duda aku dulu.

Bini baru dia pun muda lagi budaknya. Mungkin betul masih tak faham dia berkahwin duda ada anak ramai.

Maka pada adik adik di luar sana, kalau nak kahwin duda anak ramai, tolong tanya bakal suami macam mana nafkah yang dipersetujui dengan bekas isteri dan sila berbesar hati untuk terima duda you ada anak anak kandung untuk ditanggung.

Duda aku pun dah tak spend masa hujung minggu dengan anak anak.

Aku faham sebab mereka baru kahwin tapi aku terangkan pada anak anak mereka kena bersedia walid mereka akan kurang spend masa hujung minggu dengan mereka lepas ni.

Hal spend masa bersama tu aku tak kisah sangat. Tapi hal duit nafkah ni aku tak boleh nak pejam mata. Aku pun salah juga tak buat hadhanah lepas cerai dulu.

Aku harap bini baru duda aku baca ni. Korang berdua orang yang ada pengetahuan ugama yang kuat.

Aku percaya duda aku dan bini baru dia sedia tahu mengenai hukum agama bab nafkah ni.

Kesian anak anak ni kalau walid mereka culas hal nafkah. Aku pun bukan berduit sangat.

Aku luah sini sebab aku tak nak gaduh dengan duda aku.

Aku sejak bercerai, aku tak berjumpa atau bercakap dengan duda aku kecuali mengenai hal anak anak.

Sekian luahan aku. Pada ibu tunggal yang ada pengalaman sama, boleh bantu kasi panduan. Terima kasih.

– Nurul Huda (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *