Kepala, Tangan, & Kaki

Saya suka baca ruangan seram dalam page ni. Kali ini saya ingin mencerita pengalaman saya terserempak dgn benda2 ghaib ni.

Kenapa tajuk saya kepala, tangan dan kaki. Itulah pengalaman saya terserempak dgn benda2 ghaib.
Ok sekarang saya nk cerita penglaman saya. Apa yang saya akan cerita mungkin kelakar dan pelik tapi ni mmng betul2 terjadi dalam hidup saya.

1. Kepala
Saya mulakan dgn kepala. Nak diceritakan ia berlaku semasa saya kecil dlm usia lingkungan 6 tahun macam tu. Mase itu kawasan saya itu ada tadika kemas dan saya belajar tadika kemas masa tu tadika kemas kebanyakkan buat dalam rumah. Tadika ni dulu2 terkenal tapi tak tau lah sekarang.

Nak diceritakan ade satu hari itu tadika tu buat hari sukan dan biasalah mereka akan buat luar rumah tadika tu. Semua murid akan keluar dan buat aktiviti sukan. Kira rumah tadika tu kosonglah sebab semua orang keluar.

Saya pun buat la aktiviti sukan apa yang cikgu suruh buat. Lepastu rasa nk buang air saya tanya la cikgu nk buang air cikgu ckp “pergi la masuk tadika buang air” tapi mase tu saya takut nak pergi sorang2 iyelah semua orng dah dekat luar, sebab takut saya ajakla kawan saya teman pergi tandas.

Masa masuk tadika tu tidak ada la rase yang pelik2. Apa lagi jalankan tugas la nk buang air. Mase tu kawan saya tunggu luar pintu tandas. Tengah buang air tiba2 dengar loceng “kling-kling” mula2 buat tak tau je. Lepastu bunyi lagi “kling-kling”. Saya pun bwt tak tau je la. Dah siap buang air saya keluar la tandas. Saya tanya kawan saya ade dengar tak bunyi loceng die cakap ade dengar juga. Lepastu rase seram saya pun ajk la keluar.

Mase nk keluar tu toleh la kt tangga nampak macam ade kepala rambut panjang. Kepala sahaja badan takde mase ternampak tu kepala tu macam nmpk balik kitaorang macam mata bertentang mata. Tibe2 kepala tu terbang menuju arah kitaorang sambil bunyi loceng “kling-kling-kling”. Mase benda tu terbang die terbang btul2 tepat muka saya macam nk langar nampak jelas rupa dia hitam mata merah. Lepastu saya elak la benda tu tembus dinding pastu hilang. Saya dengan kawan saya lari keluar “hantu! Hantu”. Cikgu pun terkejut die pergi masuk tadika tu tkde pape pun. Dorang ckp penat sngt ni sebab tu nampak bukan2.

2. TANGAN
Kejadian ini berlaku semasa saya
Darjah tiga. Waktu malam dalam pukul 9-10 macam itu. Saya bermain Game Boy yang jenis lama yang pkai empat battery. Tengah main game boy tengok lampu dah merah dekat game boy itu kira battery habis la. Saya pun nak pergi beli battery baru saya ambil duit dan tanya bapa saya nak beli battery.

Bapa saya cakap dah malam berani ke keluar malam2 ni. Saya yang tak fkir panjang cakap berani iyelah tak puas main battery habis. Bapa saya pun bagi la beli. Saya pun keluar rumah depan rumah saya adela macam kampung skit dengan pokok besar dan gelap depan sikit ade kedai runcit. Saya jalan la sorang2 rse seram jugaklah demi game boy saya beranikan diri.

Dah sampai kedai runcit tu die ckp battery dah hbis. Lepastu die ckp kedai runcit yang hujung tu ade tp jauh. Kebetulam ade pak cik saya kenal die temankan saya pergi kedai runcit yang jauh tu. Saya pergilah dengan dia. Dah sampai kedai runcit tu saya beli battery rase seronok sangt dapat battery.

Semasa nak blik tu ikut jalan lain
Ikut kawasan perumahan orang cina sebab pak cik tu suruh ikut jalan lagi dekat dengan rumah. Saya pun ikut semasa tengah jalan pak cik tu ckp ikut kiri saya tak nak sbb ade anjing saya dengan anjing phobia sikit walaupun kena ikat. Saya cakap tkpe straight dah smpai rumah pak cik tu pun cakap ok. Kami berpecah dan saya sorang2.

Semasa saya jalan sorang, kiri kanan kawasan rumah orang cina dan ade satu pokok besar dekat situ. Semasa nak lalu delat pokok tu tiba2 keluar tangan macam nak tangkap kepala saya sebalah tangan sahaja dekat pokok tersebut sambil menjerat dengan kuat sangat sampai hampir pekak telinga belah kanan saya. Saya dapat elak dan nampak dengan jelas tangan makhluk tu. Tangan tu warna hijau dan berkedut2 macam tangan orang tua. Saya ape lagi lari la sekuat hati smbil toeh berlakang tak nmpk apa2 dekat pokok tu.

Sampai rumah saya gegar pintu rumah “buka, buka” pastu bapa saya pun buka pintu cakap kenapa ni. Saya diam dan tercerita apa yang terjadi kerana takut sangt.

3. KAKI

Ini yang terakhir kejadian pelik saya alami. Kejadian ini berlaku di rumah saya sendiri. Cerita dia bergini mungkin ini cerita kelakar atau geli bagi korang. Tapi apapun saya nk cerita juga.

Waktu itu subuh saya bangun dari tidur dan rasa nak terkencing. Disebabkan saya ni penakut sikit saya ajak adik saya temankan saya pergi tandas dan kebetulan die pun nak kencing. Adik saya pun takut masa itu dan semasa menuju ke tandas saya tak buka luas pintu tandas itu dan terus kencing dekat pintu tandas sebab terlalu takut. Sambil kencing dekat pintu tandas saya pandang bawah dan nampak kaki terkeluar dari pintu dan air kencing yang saya kencing dekat pintu itu terjatuh atas kaki hantu itu. Saya tengok kaki itu berwarna hitam berdarah2 bernanah, dan kuku panjang. Saya macam blur2 mase tu ckp kaki sape tu dekat adik saya. Adik saya “Tu kaki hantu” terus lari pngil kakak ckp ade hantu dekat tandas. Die pun takut2 buka pintu tandas lepas buka pintu tandas tkde sape2 dalam tandas itu.

Itulah pengalaman saya dengan benda ghaib ni. Kepala, tangan dan kaki. Harap jgn jumpe badan sudah hehe

– Suka cerita seram

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit