Kepentingan Diri vs Keluarga

Assalamualaikum dan hi semua pembaca IIUMC yg budiman. Thanks admin kalau siarkan kisah sy ni. Seperti tajuk, straight to point, kisah sy berkisar dengan dilema kewangan, kehendak dan pengorbanan. Penulisan sy akan campur english sket.

Saya Adam, hujung 20-an, bujang dan bekerja. Sy anak yg tengah.

Adakalanya sy terfikir yg hidup sy ni terlalu banyak mendahulukan / berkorban utk orang lain. Salah ke? Bukanlah nak up diri kata baik sangat. Contoh, sy kini drive kereta salah sorang kakak sejak sy mula bekerja, sbb kakak drive kete husband dia utk kerja. Kiranya sy lah bayar bulan2 sbb gaji kakak dulu tak lah besar mana. If dia byr kereta, sesak juga dia. Win-win situation lah kan ni. Ini tak jd isu pun sebenarnya. Just to clarify the situation. InsyaAllah 2017 ni habis bayar.

Dilema dan ujian bermula disini. kira2 Jan 2014, mak teringin nak beli sebuah barang elektrik yg agak popular dan agak mahal (5 angka!). Oleh krn mak taknak keluar cash byk, mak pujuk sy utk buat kad kredit utk beli benda tu, dan mak yg akan byr bulan2. Hati sy mmg berat sbb taknak nama ada komitmen tinggi, sbb dlm masa sama, nama sy ada personal loan yg dikongsi byr dgn abang. Dah tentu effect DSR utk kiraan sy nak beli rumah sendiri nnt. Akhirnya sy mengalah. Tp muka kelat jugalah. Yelah, dah sampai dkt kedai tu pun. Mak byr bulan2 lebih dari jumlah yg perlu. Ok lah kan. Bayaran selama 3tahun, no interest.

Dugaan sy bertambah pd Oktober 2015, dimana abg bgtau ayah yg baru berpencen 2tahun masih ada hutang 2 kad kredit. Ayah cadang utk abg beli kereta ayah supaya ada duit utk setel kad kredit. Abg tak dpt nak bantu sbb dia baru apply loan rumah, jadi dia sarankan sy yang beli.. Hmm, mcm biasa dlm hati sy mmg reluctant sgt. Tinggilah DSR sy utk beli rumah.. huhu. Tapi apakan daya, sy setuju juga sbb abg dan ayah akan kongsi byr sama. Siapa lg nk tolong ayah sendiri kan? Masa ni hutang kereta ni ada beberapa bulan shj lagi. Ye, kini sy ada hutang kad kredit dan kereta yg bukan 100% sy punya. Buat loan kereta cuma 5tahun sbb taknak lama sgt. Tapi fhm2 lah, bulan2 agak tinggi. Mak tak tahu psl ni sampai skrg ni. FYI, duit epf ayah dah diguna utk support mak buat rumah sewa.

Dugaan tu makin berat bila mulai Mei 2016 ayah dah tak lagi hulur duit utk byr kereta dia sbb mak kurangkan bagi duit belanja bulanan ayah, sbb loan kereta atas nama ayah dah habis. Adik bongsu pulak belajar di U swasta, surely guna byk duit. Pada mak, kereta tu dah setel lah. Saya pernah menjangkakan situasi ni. Mmg terasa juga beban. Aduh. Nak ditambah lagi berat ujian Allah ni, beberapa bulan lps tu abang pun tak mampu nk hulur duit kereta ni sbb ahli keluarga dah bertambah. Pedih, sbb sy tak pernah sangkakan mcm ni. Skrg sy bayar 100% 2biji kereta yang bukanlah milik saya. Habis separuh gaji shj untuk 2 kereta. Belanja lain tak kira lagi. Saya agak tersepit. Mak pula selalu mendesak sy bagi kereta kakak tu kpd adik lagi sorang dan suruh sy beli kereta baru. Aduh.. ikut hati mmg nak, tapi apakan daya..

Oh ye, serentak dengan situasi ni, sy ada apply loan utk beli sebuah apartment subsale pd Oktober 2016. Ikutkan gaji, layak sangat, tapi alangkah terkejut sy bila bank kata komitmen kereta (ayah) tinggi sangat. Tak lepas. Sy sedih sgt. Banker bagi cadangan utk kurangkan baki kad kredit @ tutup personal loan. Saya cerita pada mak, alhamdulillah mak fhm dan dia bg duit lebih utk kurangkan baki kad kredit. Sy pula korek saving utk tutup personal loan. Dalam hati nak je buka cerita pasal kereta ayah tu, tapi takut diluah nanti apa pula jadi kan? Sy telan lah dulu. Pedih mmg pedih. Alhamdulillah loan lepas. Tapi nak byr lawyer, down payment, sangkut jugalah sbb nak saving pun susah..

Bab kahwin? Bohonglah kalau tak fikir. Tapi apakan daya, dgn kedudukan kewangan mcm ni, nak fikir kawin? Huhu. Sy ada berkawan dgn seorang gadis ni, dah lama. Hajat dihati mmg nak berkahwin dgn dia, tp entah kenapa sejak lebih 6bulan lalu dia seolah2 mula menjauh. Dulu rapat juga, selalu berhubung tanya khabar, berkongsi cerita. Sekarang menyepi. Bila sy text, dia reply kadang2. Dia tahu yg sy mmg suka dia dan pernah suarakan hajat hati, tapi jwbnya belum bersedia. Sekarang entahlah, mungkin dia dah bertunang, mana tahu. Dah kena ‘friendzone’ agaknya sy ni. Huhu. Oh ye, dia tak pernah tahu psl citer kewangan saya ni. Mungkin sy perlu lupakan shj bab kawen :(

Berbalik kpd cter asal, baru² ni adik bongsu sy text, tanya saya kalau sy boleh buat loan utk support dia study dlm 20k sbb PTPTN takleh cover full course dia. Katanya mak akan bayar bulan2. Bila sy baca tu, terkejut juga lah. Makin bertambah dilema. Perlukah sy buka cerita sebenar pada mak? Perlukah sy pentingkan diri sendiri? Haruskan sy buat loan utk tolong adik? Sehingga confession ni ditulis, keputusan masih belum dibuat.

Tujuan sy berkongsi ni bukanlah kerana buntu utk cari jalan penyelesaian, tapi lebih kpd nk luah perasaan, dan supaya jd pedoman kpd readers diluar agar buatlah perancangan kewangan dgn baik, jgn berhutang pada yg tak perlu. Kalau ada pengajaran, ambillah. Sy yakin ada orang lain diuji lebih berat dari saya. Semoga Allah memberi sy petunjuk jalan penyelesaian, InsyaAllah. Doakan saya. Tq.

– Adam

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit