Kepentingan Merancang

Salam semua pembaca, baru terbaca confession mengenai merancang anak. Ya merancang itu penting dan perlukan ilmu juga sebenar nya dan saya nak share bagaimana saya merancang keluarga dan anak-anak saya.

Umur saya sekarang 36 tahun anak 4 orang berumur 12, 9, 6, dan 3 tahun. Setiap anak saya semuanya jarak 3 tahun.

Memang dari awal-awal mendirikan rumah tangga saya dah cakap kat suami saya nak anak setiap 3-4 tahun tak nak rapat-rapat dan Alhamdullilah suami faham dan ikut kan saja walaupun masa tu dia tak berapa faham.

Saya berfikiran begitu sebab melihat keluarga sendiri yang adik beradik yang rapat-rapat selang setahun seramai 7 orang. Keluarga kedua belah mak ayah saya pun sama anak ramai dan rapat-rapat, paling ramai 11 orang tanpa kembar.

Sebab mak ayah anak yang selepas no 7 ke atas jadi saya yang masih berumur 15 tahun dah lihat ramai sepupu yang kahwin awal dan muda, anak rapat-rapat dan ramai juga.

Anak ramai dan rapat ni tak berapa best sebenar nya sebab mak ayah tak ada masa nak tengok anak-anak dengan teliti sebab terlalu sibuk dengan banyak urusan lebih-lebih lagi yang bekerja.

Mak ayah saya dulu kedua nya bekerja sebab kewangan tak mencukupi nak tanggung kami adik-beradik seramai 7 orang ni.

Makan minum memang la cukup tapi kasih sayang dan perhatiam tu kurang. Dan anak yang paling sulung la paling kena bekerja keras jaga adik-adik yang masih kecil.

Lagi saya juga melihat, mak, mak cik dan sepupu yang beranak ramai ni memang tak ada masa nak jaga diri sendiri.

Dapat suami yang membantu ok la dapat yang mengharap isteri saja buat semua memang penat. Bila tiada masa untuk diri sendiri jangan kata rupa dah serupa bibik datang pula stress. Saya tak nak jadi begitu sebab tu dari awal saya merancang betul-betul.

Selepas mendapat anak pertama dengan kelahiran normal, habis berpantang 44 hari saya terus makan pil perancang.

Sebelum itu saya dah cari maklumat baik dan buruk setiap kaedah, tanya misi, baca pamplet, baca info kat website kaedah mana yang paling sesuai dengan saya. Bagi saya pil paling senang cuma kena berdisplin makan setiap hari.

Tips paling senang makan setiap malam sebelum tidur dan simpan dalam purse. Kalau malam tu terlupa esok nya bila teringat terus saja makan, kalau tengah bekerja konfirm tak miss sebab purse kita selalu bawa kan.

Kaedah yang lain saya tolak sebab, kalau IUD saya kena check benang selalu terutama selepas bersama sebab ada baca and pernah terjadi walaupun tak kerap, IUD boleh hilang, kalau cucuk saya nak kena datang klinik setiap 3 bulan,

Kondom kami berdua tak selesa nak gunakan nya dan implant pula jangkamasa nya panjang 5 tahun dan bayaranya mahal berbanding kaedah lain.

Kalau nak buang sebelum 5 tahun rugi pula jadi implant sesuai untuk yang nak jarakkan anak selepas dapat anak bongsu atau berpotensi untuk dapat komplikasi yang teruk.

Contohnya ada seorang rakan sendiri yang disyorkan doktor untuk pakai implant sebab selepas kandungan ketiga,

komplikasi daripada darah tinggi yang dia dapat semasa mengandung anak pertama semakin teruk sehingga dia mendapat sawan ketika kandungan 32 minggu sehingga dia terpaksa dibedah segera.

Sebenarnya rakan saya tu degil tak nak merancang selepas anak pertama walaupun telah dinasihatkan doktor, suami pula tak bagi merancang katanya tak nak tolak rezeki tapi tak tengok kondisi si isteri.

Selepas pembedahan rakan saya tu kena masuk icu selama 3 hari dan selepas tu baru la dia laki bini setuju nak ambik implant tu. Selepas nyawa hampir tergadai baru nak fikir perlu merancang atau tidak.

Balik semula cerita saya makan pil, mula-mula saya makan pil yang klinik berikan, misi kata ada komplikasi juga sebab pil ni pil hormon, ada orang tak serasi.

Pil ada banyak jenis and macam-macam brand dari yang murah RM10 sehingga RM70. Kalau ambil yang klinik punya percima saja. Saya mencuba dua jenis pil dari klinik dan keduanya tak sesuai.

Pil pertama saya dapat ruam dan gatal-gatal diseluruh badan. Yang kedua pula berat badan naik mendadak dan tumbuh banyak jerawat kat muka.

Kemudian seorang rakan syorkan sejenis pil yang boleh dibeli di farmasi nama ubat tu Yasmin,harga masa tu RM45-50 agak mahal tapi saya mampu beli sebab saya bekerja.

Pil tu sesuai dengan saya badan maintain dan muka,kulit jadi makin cantik. Tapi ada orang tak sesuai juga jadi kena try and error dulu tengok mana yang sesuai.

Ada orang yang ada penyakit kronik tak sesuai ambil pil atau hormonal method contoh ada sorang kawan yang ada darah tinggi dia ambil pil menyebabkan darah tinggi dia makin naik jadi doktor sarankan ambil yang bukan hormonal seperti IUD atau kondom.

Hormonal method ialah pil, suntikan dan implant.Kena jumpa doktor dulu check kesihatan dan tanya kaedah mana yang sesuai untuk anda.

Kaedah hormonal kena pantang bersama 24 jam atau lebih sebab nak ubat tu berkesan dulu, ni misi pesan pada saya jangan lepas makan ubat atau cucuk untuk kali pertama terus bersama, ubat tak sempat berkesan perut dah ada isi dulu pula.

Saya makan pil ni sehingga anak yang ketiga. Ada orang kata kalau makan pil nanti anak seterusnya susah nak lekat.

Tapi untuk saya bila saya berhenti makan saja bulan depan nya terus melekat, mungkin saya subur sangat atau kesan sampingan ubat tak menjejaskan kesuburan. Ya kita merancang tapi yang menentukan tu Allah, tapi dengan niat yang baik Insyaaallah akan dipermudahkan.

Tujuan saya merancang sebab nak berikan yang terbaik untuk anak, susu dan keperluan terbaik serta perhatian yang secukupnya. Sebulan saya memperuntukan kos susu dan pampers RM300-400 sebulan.

Ada orang kata “mahalnya susu, pakai susu apa tu sampai 300 sebulan, susu anak aku tak sampai pun 100.” Bagi saya, kalau kita mampu kenapa tak nak beri yang terbaik untuk anak.

Saya bukan memandang rendah orang yang beli susu murah ikut kemampuan, tapi ada saya lihat pakai kereta lagi mewah dari saya tapi belikan anak susu pampers murah saja sebab nak jimat.

Saya pakai kereta 2nd hand tempatan saja sampai sekarang walaupun saya mampu beli honda sebab bagi saya keperluan anak lebih penting.

Susu murah dan mahal tetap susu juga cuma susu yang mahal sedikit ada kelebihannya. Dan paling terbaik tentulah susu ibu.

Susu tepung saya mulakan untuk anak-anak bila berumur 8-9 bulan atau setahun bergantung pada penghasilan susu badan masa tu dan selepas mereka mula makan solid food, kerana masa tu susu badan dah mula berkurangan.

Oleh kerana saya bekerja saya memerlukan pam susu dan saya memastikan saya akan pam susu setiap 2-4 jam sekali, selain untuk dapatkan bekalan untuk hari seterusnya ia juga untuk mengekalkan penghasilan susu setiap 2-4 jam.

Dan ini juga memerlukan kos, plastik dan botol untuk simpan susu. Semua ini memerlukan usaha dan kos, saya boleh buat semua ni sebab saya cuma perlu fokus untuk keperluan seorang anak sahaja pada satu masa.

Bila abang atau kakak dah berusia 3 tahun kos susu dan pampers tadi boleh diberikan kepada adiknya pula. Sebelum adiknya lahir ada masa setahun untuk beli keperluan adik baru guna kos susu pampers tadi.

Kat sini kita dah jimat kos, bayangkan kalau adiknya rapat, dalam setahun dua perlu tanggung keperluan susu pampers dua anak, kos keperluan jadi berganda.

Jadi samada saya perlu gandakan kos susu pampers atau kurangkan kos dengan bahagi dua,iaitu beli susu pampers yang lebih murah. Itu kalau dua anak tahun depan keluar lagi 1 pula..kos jadi lagi berganda.

Kena kira tanggungan kos tu lagi 3-4 tahun. Memangla orang kata anak tu rezeki tapi rezeki tu datang dari mana untuk anak-anak tu. Kena faham mana lebih penting kuantiti atau kualiti. Kalau mampu kaya raya lain cerita la.

Selain kos susu pampers kena kira kos pengasuh pula kalau ibu bekerja. Purata kos pengasuh area luar bandar 250-300. Anak yang dah berumur 4 tahun ke atas dah boleh hantar ke taska dan ke sekolah.

Kos pengasuh boleh dikurangkan dan pengasuh pun tak pening nak tengok ramai budak. Anak saya yang sulung dah darjah 1 semasa adik yang ketiga lahir dan no 2 kat taska jadi saya cuma hantar sorang saja ke pengasuh.

Selain dapat merancang masa dan kos untuk anak-anak, jarak 3 tahun tu sangat membantu kita nak turunkan berat badan.

Berat badan mudah nak kembali ke berat asal dalam masa 3 tahun tu. Cuba dapatkan berat asal atau turunkan berat sebanyak yang boleh sebelum mula untuk mengandung lagi.

Ini membantu kita supaya berat akan datang tidak naik begitu banyak atau susah nak turun selepas itu. Berat saya kini 55kg dengan tinggi 158, bmi 22, sedang elok saja.

Sebelum kahwin berat saya 45kg selepas 4 anak naik turun, naik turun jadi 55kg, secara purata setiap anak tinggalkan berat 1-2 kg.

Jangan kata berat saya tak naik banyak semasa mengandung, berat saya jejak 70kg masa mengandung, naik lebih 20kg daripada berat asal. Selepas bersalin berat saya jadi 65-68kg, dengan diet, penyusuan ibu berterusan, senaman ringan setiap minggu berat boleh turun sikit sedikit.

Bahagian ni kena ada bantuan suami la untuk tolong jagakan anak kalau nak pergi bersenam, biasanya saya mulakan selepas anak berusia setahun sebab masa ni anak dah besar sikit senang suami nak tengok kan dan masa ni anak dah mula makan tak perlu nak menyusu setiap 2-4 jam.

Ada masa 2 tahun tu nak fokus untuk turunkan berat badan. Saya ikut cara ni dengan cari bacaan online saja. Tak silap blog model barat, masa tu suka tengok model Victoria Secrets, badan cantik dan kekal awet muda walaupun dah beranak beberapa kali.

Diaorang ni memang amalkan diet dan senaman yang ketat untuk dapatkan balik berat asal, ye la kontrak model kan, tapi saya jadikan sebagai inspirasi.

Dapatkan berat ideal sebelum mengandung semula katanya dan ia sangat membantu untuk kandungan yang seterusnya. Kalau setiap tahun mengandung dan beranak memang tak ada masa la nak buat semua ni badan pun makin besar dan besar.

Ini saya lihat sendiri pada kawan sepejabat. Umurnya muda 5 tahun dari saya sekarang ni tengah mengandung anak ke 5 dan dia baru saja kahwin 7 tahun.

Sebelum dia kawin badan dia elok saja macam saya sekarang dah jejak 100kg, selalu saja dia mengeluh setiap kali nak lunch sama-sama, nak diet tapi tak boleh anak tengah menyusu, lepas tu mengandung lagi, ulang-ulang selama 6 tahun.

Muka pun dah nampak makin tua sebab tak cukup tidur berpanjangan nak belek muka pun tak sempat.

Bila saya tanya kenapa tak merancang katanya suami tak bagi sebab nak anak lelaki, anak-anak dia yang sedia ada semuanya perempuan, sampai kami semua doakan anak yang bakal lahir ni lelaki kalau tak mau tahun depan mengandung lagi.

Dia cakap kos susu pampers sebulan jejak 700-800 untuk sebulan itupun dah paling murah dah katanya. Belum kos pengasuh 900 lagi. Sampai dia kena cari duit tambahan untuk tampung kos.

Kat sini saya pelik si suami tak mampu pun nak provide keperluan secukupnya tapi ada hati nak anak ramai.

Kesian isteri sejak kahwin tak pernah cukup rehat dan dia bernasib baik tiada sebarang penyakit kronik setiap kali mengandung cuma masalah hb rendah.

Pernah dia bawa anak yang kecil sekali umur 9 bulan, selsema teruk sampai nafas berbunyi, bila ditanya kenapa tak bawa ke klinik cepat katanya takda masa, tak perasan pun selsema tau-tau dah teruk baru nak bawa ke klinik.

Dia selalu ambil cuti kecemasan, anak selalu demam dan masuk wad sebab semput, bergilir-gilir,lepas anak no 2, no 3 pula lepas tu no 4 pula. Saya cuma fikir dia tiada masa nak perhati anak-anak dia. Saya tak nak jadi macam tu kesian anak-anak tak cukup perhatian.

Yang ramai anak berderet badan maintain,muka cantik anak terjaga anda memang hebat sebab boleh uruskan semua tu sendiri. Macam saya semuanya saya rancang betul-betul. Saya dah ikat peranakan (BTL) selepas lahirkan anak ke 4 sebab dah jalani pembedahan 3 kali.

Anak pertama saja saya dapat kelahiran normal, no 2 sebab baby lemas, no 3 sebab kedudukan bayi songsang dan no 3 automatik kena bedah la sebab dah dua kali bedah dan bila doktor cadangkan BTL saya terus setuju.

Suami pun sama setuju senang tak banyak bunyi dia kata ikut saya la sebab yang mengandung dan beranak bukan dia.

Mujur dapat suami yang memahami, bagi saya keputusan nak tambah anak biarlah pada isteri sebab isteri yang penat menghadapi semua sekurang kurangnya 3-4 tahun dari start mengandung untuk seorang anak. Itupun ada juga orang kata awalnya ikat.. muda lagi boleh beranak lagi, sayangnya..

Ada pula cakap tak takut ke laki cari bini lain sebab dah tak boleh beranak dan paling tak boleh hadam ada yang cakap kalau laki ko dah tak ada nanti ko tak boleh kahwin lagi sebab dah mandul.. tak tahu nak jawab apa terkejut dengar.

Tapi bagi saya biarlah apa yang orang nak cakap yang penting biar kita sendiri yang tentukan, kita saja tahu tahap kemampuan kita.

Anak 4 untuk zaman sekarang dah sedang elok kereta pun muat lagi isi itupun tak dapat ikut saranan kerajaan letak seat kanak-kanak sebab tak muat space kalau tambah anak lagi dah kena sumbat macam sardin pula nak tukar mpv belum mampu lagi, dalam perancangan kalau kewangan mencukupi akan datang.

Ramai kawan-kawan kalau berjumpa kata saya awet muda tak banyak berubah makin cantik adalah, nampak macam awal 30an bukan lewat 30an, bila kata anak 4 ramai tak percaya,

Bukan saya nak bangga tapi bila merancang kita ada masa untuk diri sendiri juga macam mana nak kekal cantik kalau setiap tahun asyik beranak bila badan membesar dah tak cantik si suami kalau tak kisah tak apa ramai suami mula pandang perempuan yang lebih cantik pula.

Tak semua tapi selalu dengar orang mengadu macam tu. Nak merancang ni paling penting dapat kerjasama suami kalau sama-sama bersungguh senang nak buat.

Last sekali merancang keluarga dan anak secara tak langsung dapat merancang kewangan keluarga juga dari segi kos dan masa, bapak tak pening duit tak cukup mak pun tak pening tak cukup rehat.

Nak berkeluarga kena ada ilmu dan kalau boleh sebelum kahwin bincang dengan bakal suami perancangan 10 tahun akan datang bukan perancangan majlis sanding semata mata.

Yang nak cari bakal suami tu boleh la soal selidik tanya anak nak berapa, tanya pasal merancang, penting ni tau jangan nanti dah kawin tak berhenti mengandung dan beranak setiap tahun.

Ada terbaca komen sorang lelaki ni katanya memang dah tanggungjawab perempuan kena beranak kan, beranak saja la..

Kalau suami boleh tolong jaga anak malam-malam, tanggung semua kos dan setia tak apa la ni sebaliknya memang buat bini macam lembu saja la.. ok la semoga coretan saya ni dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang nak merancang, sekian..

– Miss N (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *