Assalamualaikum. Saya perempuan. Usia 20-an. Bujang.
Mak bekerja sebagai kakitangan kerajaan gred rendah. Ayah bekerja sebagai pegawai kerajaan.
Mak saya seorang yang kurang bersifat penyayang dan kurang bersifat keibuan. Itu yang menjadikan mak saya menjadi ‘biological wife’ kepada Ayah.
Ayah saya anak yatim dari kecik membesar dengan Ibu tiri. Tidak mendapat kasih sayang Ibu.
Berkahwin dengan mak, keperluan Ayah untuk mendapat kasih sayang Ibu tak terpenuhi.
Ayah curang dan berpoligami.
Saya tidak rasa marah kerana saya sendiri melihat sifat mak yang kurang penyayang dan bersifat keibuan.
Selepas berpoligami, saya melihat mak ‘broken’. Lebih lagi menjadi biological wife untuk ayah. Saya terima keadaan itu.
Saya sendiri sudah dewasa. Saya juga seorang yang kurang penyayang seperti mak. Saya takut nak kahwin sebab takut akan menjadi biological wife seperti mak.
Namun saya menyayangi diri sendiri (self-love), selalu berdoa, dan cuba mengubah diri saya menjadi seorang wanita yang lebih baik dan bersifat penyayang sebab saya tak nak jadi biological wife macam mak saya.
Saya ada pendapatan sendiri alhamdulillah. Saya banyakkan memberi kepada mak sebab ingin memberi kasih sayang kepada mak. Saya menerima mak saya seadanya.
Saya juga menjadi pendengar setia untuk mak saya bercerita masalah rumahtangganya.
Saya sangat berharap dapat menjadi seorang isteri yang penyayang dan bersifat keibuan untuk suami dan anak-anak saya nanti.
Tapi perkara ini bukanlah mudah bagi saya kerana latar belakang keluarga dan cara saya dibesarkan.
Apakah nasihat Tuan Puan kepada diri saya yang ada masalah begini? Tolong bagi nasihat untuk saya menjalani kehidupan dunia ini dengan sebaik-baiknya.
Saya berharap mendapat suami yang juga mementingkan kasih sayang dalam kehidupan seharian.
Apabila bercakap tentang kasih sayang, ramai kurang setuju, sebab kahwin ni hanyalah seks dan duit. Tapi saya percaya akan kasih sayang untuk suami dan anak-anak.
Saya alhamdulillah sekarang tidak memerlukan kasih sayang daripada suami. Cuma saya ingin suami dan anak-anak merasakan kasih sayang saya.
Saya tahu saya perlu berubah. Supaya tidak menjadi seperti sekarang, seperti mak saya seorang biological wife.
Namun sifat saya sama seperti mak saya kurang bersifat penyayang dan kurang bersifat keibuan. Macam mana ini Tuan Puan?
Saya bakal berkahwin beberapa bulan lagi.
– Nia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit