Assalamualaikum semua & terima kasih admin sudi share cerita saya di sini.
Saya mulakan dengan urusan kerja suami dengan seorang lelaki di satu tempat tetapi lelaki ini sibuk & meminta isterinya yang bekerja di department yang berlainan tapi 1 company membantu suami ku yang aku namakan P (PENYONDOL).
Apabila mereka berhubung atas dasar perlukan bantuan kerja pada bulan 12 2022, suamiku & P ini hanya kawan tetapi apabila bulan 5 2023 bermulanya pertanyaan P “awak dah makan pagi?, kalau belum mari saya temankan” jeng.. jeng..
Suamiku yang lapar pada masa itu, membuka “ruang tersebut” iaitu melayan.
Setelah menginjak ke bulan 5, suamiku juga semakin berani & gatal dengan layanan P memulakan ayat “Assalamualaikum Sayang…” berbungalah hati P & P yang seadanya gedik memberi respon yang amat baik.
Pada Hari Raya Aidiladha, P dengan berani menjemput suamiku datang ke tempat kerjanya untuk menjamu suamiku makan.
Aku yang sentiasa percayakan suami dengan ayat suami “abang nak pergi ke jemputan kawan2 lelaki sempena raya ni”. Aku tak pernah curiga sikit pun sebab suamiku memang tak pernah buat sesuatu yang mencurigakan selama ini.
Di jamuan tempat kerja P masa hari sambutan Aidiladha tersebut, P dengan berani mengambil gambar suamiku dari dekat, mereka berdua duduk semeja. Korang rasa??..
Untuk apa ya ambil gambar suami orang.. Bukannya ambil gambar secara beramai-ramai… Hahaha.. Ya takkan jadi ramai sebab P bekerja pada hari itu & ada yang tidak bekerja… Mereka berseronok berdating di department tersebut.
Bermulanya episod P mula memberi bekalan makanan untuk kami sekeluarga, aku tak pernah bersangka buruk sebab aku yakin yang aku takkan disihirkan di negeri kelahiran suami aku sendiri (kadar perceraian paling tinggi di Malaysia)
Tetapi ternyata aku silap sebab P jenis tetap mahu dapatkan apa yang dia nak. Kami sekeluarga akan gatal2 satu badan apabila makan makanan yang diberi P tetapi suamiku akan kemaruk angau. Sengih bodoh macam kerang busuk.
Masuk bulan 7 2023, bermula episod kehangatan cinta mereka memberi hadiah antara 1 sama lain tidak berhenti-henti. Bergambar berdating dalam kereta bertempat di parking tempat kerja P.
Tak cukup gambar tangan, semakin berani ambil gambar suami ku dari arah belakang siap bervideo lagu untuk dimasukkan dalam tik tok. Penuh lagu “aku mencintaimu sampai kapan, sampai kita menutup mata”.. Weiii perghhh.. Jiwang sesangat.
Masuk bulan 8 semakin berani, makan pagi di kedai2 bercermin berdekatan rumah & tempat kerja P, makan tengahari pula di tempat kerja P, Ayat P ialah “baby ceritakan masalah pada sayang, sayang ceritakan pula masalah pada baby”..
Suamiku dah tak dak malu & yang bestnya mereka berlakon seolah-olah tak ada apa semasa berjumpa suami P di department tersebut. Macam cerita Korea “the world of married”.. Kesian suami P, sepatutnya dia sedar lebih awal.
Masuk bulan 9-10, suamiku dah mula tinggikan suara, makanan dari P tetap diterima terutama rendangnya yang tidak kira hari raya pun dibuatnya.
Apabila aku nak makan asyik basi pada masa itu tetapi tetap sedap buat suamiku sehingga aku terpaksa sorok buangkan sebab basi bukannya sebab dah kantoi.
Allahuakbar aku sangkakan lelaki yang bagi tetapi P yang masakkan. Dia punyalah asyik bagi makanan macam aku ni tak masak pula dah.
Masuk bulan 11… 20/11/2023, di mana whatsapp2 gatal mereka berdua kantoi apabila suami ku sakit, sebab nak kahwin tapi sayangnya suamiku tergila-gilakan isteri orang. Luluh hatiku membacanya & aku memulakan siasatan.
Hari pertama kantoi, suamiku hanya cakap “kami hanya kawan, aku emosi berlebihan & overthinking macam2”. Sama juga P apabila aku menghubunginya “saya tiada niat, kami hanya berjumpa apabila ada urusan penting”.
Lawak lah.. Urusan pentingnya ialah “ambil gambar”.. hahaha. Tetapi P tetap meratap merindu dalam tik tok tidak sepertimana yang dicakapnya kepada aku yang mereka “hanya kawan”.
Hari kedua kantoi, mata aku dah bengkak, Allah makbulkan doaku dengan cepat dimana dpt bukti mereka berwhatsapp & mesengger “Kenapa B?… ” bersayang berbaby.. hari2.. fikir logiklah…..
Suamiku menyatakan yang dia hanya “suka-suka” & macam biasa play victim memarahi aku kerana bercakap kasar dengan P sedangkan aku hanya memberi nasihat dalam nada suara yang tinggi..
Lah, kacau rumahtangga orang kot.. Takkanlah aku nak bercakap macam pengacara nona.. Play victim P ni juga boleh tahan sampai suami P menyatakan yang aku salah faham. Diaorang berdua ni dah diberi makan lauk rendang berzaman weii.. Apa P cakap memang percayalah.
Hari ketiga kantoi, suamiku tak sangka yang mata aku masih bengkak, tak bercakap macam selalu & aku termenung jauh.. Sangat jauh.
Hari keempat kantoi, dengan izin Allah terkeluar pengakuan dari suamiku tentang semua pemberian hadiah2 antara mereka (macam budak sekolah nak bagi surat hadiah sepanjang tahun).
Suami P menelefon aku & menyatakan yang suami ku & P hanya kawan. Hahahah.. Aku memberitahu suami P… “mari kita semua berjumpa serampang 4 mata & kita tengok mereka berjoget hendak memberi jawapan setelah 1.. 1… bukti saya tunjukkan nanti”.
Terus terdiam suami P & meminta masa akan hubungi aku kembali.
Selepas seminggu, suami P mendapati yang kami berdua ditipu bulat2 apabila suami P berjaya menyamar menjadi suamiku & kantoikan P. Sehinggakan suami P yang mendapat bukti2 dari P sendiri. Bodoh juga si P ni. Pandai buat tak pandai simpan.
Sudah berada di penghujung bulan 12, kekantoian mereka hampir sebulan berlalu walaupun aku dapati suamiku tidak menghubungi P tetapi P tetap postkan dalam media social “aku rindu” “kita jadi kenangan” “aku rindu” “sampai bila kita harus begini”.. uweekkk
P pernah menyatakan dia tak boleh melupakan suamiku, akan simpan semua kenangan & akan tunggu suamiku 1-2 tahun lagi untuk mereka berhubung kembali walaupun masih bersuami & janjinya tetap akan menjaga keluarga.
Perghhh memang perempuan jalang lah P nihhh…
Aku tak mahu membuat aduan pada company mereka sebab sudah pasti P akan dipindahkan tempat & akan menyusahkan ibu, suami & anak-anaknya. Aku masih boleh fikir tentang kesusahan yang bakal ditanggung oleh orang sekeliling P.
Untuk aku Allah nak aku merintih kembali dalam tahajjud yang dh lama aku tinggalkan. Isteri ni buat macam mana baik sekalipun apabila curang tu pilihan suami, isteri tetap akan nampak buruk.
Penyondol tetap penyondol ya. Memang dah ada dalam darah daging mereka walaupun mereka ni bercakap lemah lembut, menghormati orang tua, tunjuk belas kasih sebab hormat sampai boleh buat menantu 10kali lah kiranya..
Semoga menjadi pengajaran buat semua isteri & suami agar tidak leka & letak 100% kepercayaan pada pasangan masing-masing. Bukan nak tunjuk yang kita hebat jaga pasangan tetapi HARAM tetap HARAM.
Terima kasih,
– Libra women (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Adik
Selagi mereka belum melampai batas
Akak harap adik bersabar
Tapi simpan semua bukti
Sementara itu
Jika betul termakan benda kotor
Bawak pi berubat
Semoga Allah mudahkan urusan adik