Kepercayaan Syirik Yang Orang Islam Percaya Dalam Takdir

Aku tulis artikel ini ialah ingin menulis dan meluahkan perkara yang salah umat Islam mengimaninya iaitu meramal takdir dan perjalanan kehidupan seorang Muslim.

Banyak aku tengok orang tulis status dan update di Facebook, Thread dan X tentang ramalan perjalanan dan takdir seorang Muslim lagi-lagi tentang kes penceraian Artis, selebriti dan orang biasa.

Antara status yang aku lihat mereka akan ceritakan tentang “7 years marriage”.

Sekarang inilah yang paling famous. Sedangkan ia terang-terang menulis tentang ramalan kehidupan dua insan suami dan isteri dalam alam perkahwinan dan berumah tangga.

Sedangkan perjalanan takdir hidup dan mati manusia dari dia lahir, membesar, berkahwin, bercerai dan kahwin lagi sehingga mati yang berhak menentukan ialah Allah sahaja bagi seorang Muslim.

Makhluk yang berhajat kepada ramalan makhluk ialah seperti orang kafir yang menyembah berhala yang dibina oleh manusia, menafikan iman mereka kepada Qada’ dan Qadar menyebabkan rukun iman mereka tertolak satu.

Qada’ dan Qadar hanya ditentukan oleh Allah. Perjalanan seorang manusia hanya ditentukan oleh Allah.

Makhluk tidak berkuasa atas makhluk melainkan dukun, bomoh dan ahli sihir yang menggunakan ramalan para iblis dan syaitan untuk tidak mengimani Qada’ dan Qadar Allah.

Antara yang popular ialah kepercayaan penentuan takdir hidup seorang manusia dalam bentuk warna, tahun, bulan, tarikh, binatang dan alam.

Apatah lagi ia telah digunakan oleh orang Islam sendiri dan menolak Qada’ dan Qadar Allah.

Benda ini sangat famous dikalangan penceramah motivasi kita di dalam negara ini Malaysia dan digunakan secara meluas dipanggil ilmu metafizik.

Disebabkan namanya metafizik dan moden bukan digunakan oleh dukun dan bomoh kampung. Maka ramai orang islam berbondong-bondong mengimaninya.

Jelas-jelas sesiapa umat Islam mempercayainya dan mengimaninya ialah syirik yang jelas lagi terang dan nyata.

Qada’ dan Qadar hanya ditentukan oleh Allah.

– Cari diri sendiri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *