Assalamualaikum dan hai geng. Aku Weirdzz_Human. Kalau korang pernah dengar nama Weirdzz_guy itu adalah aku. Aku dah tukar nama.
Ok aku tak nak cerita panjang, aku cuma nak cakap dekat korang yang aku bukan bad mood sangat pun cuma aku tak nak bad mood.
Aku suka santai-santai, dan aku tak suka tunjuk yang aku bad mood. Aku agak sedih jugalah.. Aku mentah lagi.. 2021 ni umur aku baru 20 tahun.
Dan aku masih bergelut dengan masalah yang dari dulu mengkongkong aku untuk buat apa yang aku suka. Iaitu, masalah phone. Ialah, aku selalu dapat secondhand saja.. Dapat baru pun baru sekali..
Waktu birthday aku yang ke-17 tahun itu pun samsung galaxy ice. Aku tak nak la pilih yang mahal-mahal sebab aku tak nak menyusahkan mak ayah aku.
Kalau tak aku pakai lenovo lama atau nokia 3.3 sekupang saja… korang paham tak? Paham kan?
Ala, nokia yang keras dihempap batu tak akan pecah tu.. Hahahaha.. Tu ah.. tapi disebabkan aku dok asrama, mak ayah aku beli la phone baru untuk aku..
Senang nak berhubung and buat keje.. And then masa aku 18 tahun, aku dapat phone secondhand.. Kakak aku punya..
Sebab dia dapat phone free bayar RM1 sebab dah lebih 2 tahun pakai umobile.. So, phone aku samsung ice tu aku still pakai tapi jarang.
Lepas tu adik bongsu aku pegi bagi rosak.. Terhempap skin, flat the flash, laju kene lantai.. Dah.. Tak dapat diselamatkan.. Nak baiki kene bayar sampai RM200.. hmmm..
Aku simpan saja la phone ice aku tu buat kenangan.. Ialah, hadiah birthdaykan.. Buat muzium sajalah dalam almari aku tu.. Hahahaha.. And disinilah bermulanya kenapa aku bad mood tapi acah tak bad..
Phone secondhand yang aku pakai dari umur 18 tahun 2019, sampai la sekarang umur 20, tahun 2021. Isu dia tetap sama iaitu memori full..
Aku dah tak tahu nak buat apa dah.. Banyak benda dah aku buang.. Sampai yang penting-penting pun aku dah padam and backup.. still penuh..
Ialah, dengan study aku lagi, dengan business aku lagi.. (hehehehe.. By the way aku berniaga) tu yang memori penuh tu.. Aku memang nak beli phone baru tapi tak dapat income lagi..
Aku nak beli phone idaman pakai duit aku sendiri.. Aku tak nak pakai duit mak ayah aku.
Ialah.. Aku mintak nak beli memory card saja wey sebab memori phone full sangat pun mak ayah aku tak nak bagi and tak layan. Ape tah lagi phone baru… lagi la….
Tu aku baran tu.. Aku cakap leklok kot… mak ayah aku bagi macam-macam alasan. Padahal duit gaji dah masuk, duit bantuan apa semua dapat.
Berapa sangatla memory card tu setakat berbelas-belas dekat shopee nak dibandingkan beli macam-macam mainnan control untuk adik aku tu.
Beli drone la, jam tangan phone la, drawing tablet la, kereta control la, 3d pen la.. Macam-macam..
Kalau nak diikutkan beratus nak beribu jugalah, habiskan duit beli mainan adik aku saja.. Last² tak sampai sehari atau seminggu.. Habis. Rosak terus tak boleh pakai. Tu yang aku geram tu. Bukan aku cemburu.
Wey, buat apa aku nak cemburu, aku tak nak pun mainan-mainan tu.. Aku ada benda lagi penting kene fikir.. pasal pelajaran aku ni…
Lepas tu fitnah aku macam-macam letak benda tak berfaedah dekat dalam phone ni…. kalau aku tak buat business lagi ah.. Tak bertopap aku… Memang ah.. Aku dah biasa tak dapat apa yang aku nak dari kecik..
Tapi benda ni dah melibatkan hal study tau… aku terpaksa padam telegram aku sebab memory full.. Data pulak tak ada.. Duit tak ada nak beli topap..
Nak pinjam hotspot diaorang pun tak bagi. Aku biasa saja curi-curi pakai hotspot. Tu pun terpaksa sebab nak hantar assignment waktu tak ada data.
Tak nak la asyik pakai saja hotspot tu nanti habis pulak data mak aku tu. Penat bapak aku bayar tiap-tiap bulan, aku pulak yang pakai… betul tak? Hmmm… Aku tak tahu la..
Korang ada tak cadangan pape… Aku buntu doh… aku tengah usaha cari duit dengan business aku ni… Tapi phone pun problem.. Tu yang terbantut nak berbusiness tu… Hmmm.. Halangan-halangan.. Dengan musim corona-corona ni.. Aish….
Sabar sajalah. By the way aku tak kerja sebab parents aku tak bagi and aku kene tolong diaorang buat keje-keje dekat rumah ni and aku tak ada lesen..
Maklum la.. Aku ni.. Agak dipinggirkan sikit oleh keluarga… tapi aku dah biasa dah..
So harapan aku dekat sini… Aku harap aku dapat beli phone impian aku tu iaitu samsung galaxy note 20 lite dengan duit aku sendiri, dapat jana pendapatan dengan business yang aku buat,
Jadi youtuber yang berjaya pada masa akan datang bila dapat phone baru and aku dapat bagi duit banyak untuk tolong family aku dan buat diaorang bahagia… Aamiin…
Walau apa pun yang diaorang buat dekat kita jangan sekali-sekali kita benci diaorang. Sebab diaorang family kita. Susah senang kita, diaorang yang akan tolong dan ada di sisi kita walau sejahat mana pun kita.
So, aku akhiri dengan assalamualaikum dan goodbye geng..
– Weirdzz_Human (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit