Keputusan dalam Hidup

Hello, nama aku Merah. Aku orang alor setar. Macam mana nak mula cerita pun tak tahu ni. Aku adalah lelaki umur 22 tahun anak sulung adik perempuan no 2 dan lelaki yang bongsu, Kisahnya bermula sejak beberapa hari, bulan dan tahun yang lepas. Aku banyak berfikir tentang hidup aku yang baru graduate .Sekarang ni hanya buat Part time and no REAL job.

Aku banyak berfikir bagaimana aku musnahkan hidup aku dengan sifat bangga diri, bermula dari sekolah rendah aku jadi harapan mak abah untuk score upsr, sebab aku antara yang cikgu bagi harapan untuk score atleast 4A and I failed them. Selepas tu drama pmr,spm juga tidak membanggakan. Aku selalu berfikir macam mana kalau aku dapat apa yang aku nak.

Masuk pengajian tinggi aku dapat tawaran Kerja spa masa belajar aku tolak sebab nak sambung belajar kan. Selepas habis belajar tak dapat kerja yang naik pula, lepastu bermulalah masalah aku ni. Aku banyak berfikir pasal suicidal thought, masalah insomia lagi, rekod 35 jam lebih kurang tanpa tidur. Masalah kerja lagi, berbelas kali pergi iv, hanya pulang dengan hampa. Cuma sekarang ni aku dah buat keputusan untuk kerja kedai makan je untuk seumur hidup.

Solat? Dari muda mak aku ajar aku macam mak-mak lain la solat mesti cukup, perlu khatam al-quran. Tapi sekarang walaupun berleter macam mana pun aku tetap tak solat. Dah 4 tahun rasanya tak solat subuh. Jumaat cuma kadang-kadang. Dulu masa sekolah aku solat Penuh cuma kadang-kadang tinggal tambah-tambah dekat SPM, orang tidur aku bangun 3 pagi solat.

Kawan aku pernah kata yang manusia ni kalau cari tuhan masa susah dan bila senang lupa tuhan dan lepas Spm result so-so aku rasa buat apa aku nak minta dekat dia lagi kalau aku akan lupa dia waktu aku senang.Kawan-kawan aku takpernah aku nampak dia solat tapi hidup gembira result score. Mungkin aku ni Agnostik.

Kawan-kawan. Kawan aku ni terbahagi kepada dua.

1. Kawan kawan kampung yang aku berkawan dari kecik. Aku dah tinggal kawan kawan dari kecik aku ni sebab mostly depa dah rosak dari ice, ubat dan koroi (ketum). Pernah juga aku terjebak dengan ketum ni masa sekolah. Selalu juga la aku fikir kalau aku tak pindah sekolah masa form4 untuk masuk sekolah teknik mungkin aku tak rasa benda benda dalam otak aku ni. Rela lagi aku ketagih dengan benda benda tu dari hidup macam ni.

2. Kawan kawan dari sekolah menengah dan ipt. Kebanyakkan dah berjaya,kahwin dan kerja hebat hebat. Kawan kawan ni la yang aku selalu bandingkan hidup aku dengan depa, apa aku dah capai dan apa yang depa dah capai. Tapi aku tak pernah salahkan depa sebab yang buat hidup aku macam ni pun sebab diri sendiri. Aku yang buat semua keputusan aku yang tanggung.

Insomia ni buat aku berfikir macam-macam, contoh aku selalu fikir yang hidup aku ni dah sampai ke kemuncak dan masih aku tak capai apa yang aku nak.Aku selalu bandingkan hidup aku dengan orang sekeliling aku yang dah capai apa yang aku nak capai.Adik aku dari kecil paling pandai dalam sekolah, sampai ada cikgu yang pernah bagi harapan dekat aku pernah kata dekat adik aku yang abangnya fail jadi jangan ikut jejak aku.

Mak aku pula aku tengok dia envy dekat makcik aku yang ada anak lelaki yang perfect, sepupu aku sorang ni dia pandai bab belajar lepastu masuk sekolah agama, pandai agama,beradap dan kiranya ada ciri-ciri menantu pilihan.Mak aku nak aku jadi macam sepupu aku ni tapi……

Suicidal thought? Aku ni dah ada suicidal thought dari sekolah menengah lagi.Cuma sekarang ni aku selalu sakitkan diri. Aku selalu pukul kepala dan baru sahaja masa aku mandi nak pergi kerja tadi aku pukul kepala aku sampai pening.Aku terduduk, kaki tak dapat berdiri kepala rasa kebas.Masa tu rasa menyesal,baru rasa takut,baru rasa macam pengecut. Macam mana masa aku mati nanti? Aku rasa menyesal atau gembira nanti. Lepastu aku pergi kerja macam biasa.

Selalu juga aku plan nak pergi daftar derma organ dekat hospital sebab kalau lah suatu hari nanti kalau aku dah tak tahan dengan otak aku dan kalau aku Snap, aku nak derma dekat orang yang lebih layak.Tapi aku takut bila aku daftar sebagai penderma organ, nanti aku dah ada purpose untuk bunuh diri.Lepastu lantaklah nak bang mayat aku dekat mana pun dah tak kisah.Mak dan Abah aku pun dulu expect tinggi dekat aku tapi sekarang depa mungkin semak tengok aku sebab dah ada adik aku yang berjaya.

Cuma, bagi yang ada masalah yang sama dengan aku ni aku rasa cara yang kita perlu buat untuk lupakan benda dalam otak ni adalah kita Cuba cari passion dan minat.Bagi aku minat aku adalah bola sepak, games Dan memes. Cari orang yang ada minat yang sama macam kita.Cara lain yang aku guna adalah pengunaan pil tidur dengan ubat batuk tapi sebab kekangan kewangan aku dah stop dengan pil .

Aku tak tahu apa yang akan jadi dekat aku lepas ni.Adakah kalau aku dapat apa yang aku nak aku boleh berubah atau sama macam ni. Maaf, ITU sahaja Dari saya…

– Merah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *