Keputusan Dalam Kehidupan

Keputusan dalam kehidupan.

Baru2-baru ini sepupu saya msg di whatsapp dan menyatakan dia akan berpindah dari sekolah asrama ke sekolah biasa. Saya tersenyum. Terbiasa dgn situasi ini. saya dulu pun begitu!

Tapi..

Cerita hidup kita tidak sama dik.. kerana keputusan hidupku bukan pada kehendakku.

Siapa yang membuat keputusan kehidupan awak? dari kecik hingga ke besar..

Masih teringat kah keputusan dalam hidup yang pertama kalian?

Teringat saya.. apabila keputusan untuk membuat pilihan kehidupan pertama saya adalah ketika darjah 6.

Ketika kami rancak bercerita mahu ke sekolah mana selepas ini, sahabat baik saya berhasrat ke sekolah agama A.
Jadi, saya pula ingin mengikutnya..
bilamana keputusan UPSR keluar, bapak menemani saya ke pejabat am sekolah untuk mengambil borang permohonan ke sekolah asrama..ketika itu, saya sampaikan hasrat pada bapak untuk bersekolah di A..

Bapak tidak bersetuju. Hasrat bapak pula mahu saya ke sekolah agama B. Katanya senang nk berulang alik untuk mengambil saya dan abang, abang juga di sekolah tersebut. Saya turutkan hasrat bapak.

Keputusan permohonan keluar, dan saya ditawarkan ke sekolah agama B. Perasaan? kosong. Sahabat baik saya pula di sekolah agama A.

Saya tak suka tinggal di asrama. Susah. Penat. Sistem asrama yang ketat dan leceh! sabtu ahad pulak penuh dengan aktiviti asrama!
huh. maka, saya tekad nk pindah ke sekolah biasa. Tapi.. membuat keputusan kehidupan bukan pada saya. Pada makbapakku. “bagus2 sekolah agama..nak sekolah biasa! tak boleh.” kata bapak kepadaku.tegas. Saya turutkan.

Timbul idea mahu bertukar sekolah semula apabila sudah di tingkatan 2. Saya mahu ke sekolah vokasional bila form 4! nak mengambil kejuruteraan awam.. kerana minat mendalam dalam lukisan. Apabila keputusan PMR keluar, saya maklumkan pada makbapak mahu pindah sekolah. Makbapak sedia maklum akan minat saya, dan.. dalam adikberadik jugak pun tiada yang pandai melukis kecuali saya.

Keputusan dalam kehidupan bukan pada saya.

Pada makbapakku.

“bagus2 sekolah agama..nak sekolah vokasional! tak payah lah..” kata mak lembut kepadaku..dan saya turutkan.

Saya memberontak? ya! tapi saya diamkan. Saya sibukkan diri dengan aktiviti kokurikulum. Mengubati hati yg kecewa.

Selepas keluar keputusan SPM.. saya mendapat beberapa tawaran dan salah satunya ke kolej di selangor dengan tajaan ..tetapi saya menolak kerana mendpt course accounting. Si dyslexic ini sangat lemah dengan nombor-nombor. math.. apatah nak masuk account!

Namun..seperti yang saya jangkakan..

Keputusan kehidupan bukan pada kehendak saya.

Pada kuasa veto makbapakku.

Mereka mahu saya ke sana. Pelbagai alasan saya beri, sehinggakan kakak saya call pihak tajaan dan menukarkan saya kpd course yg lain..pada ketika itu saya tiada pilihan kecuali mengikut. akur.

Tamat diploma. Saya mendapat beberapa tawaran ke universiti untuk degree pulak. Pada masa ini.. saya tekad untuk membuat keputusan sendiri!

Ketika itu, harapan makbapak untuk saya memilih tawaran ke UTP sangat tinggi.. hinggakan hampir setiap hari mereka bertanya, adakah saya mahu ke UTP?

dan abang kakak saya pula sebaliknya, mereka tidak bersetuju saya ke sana! dengan yuran yang mahal dan course yang ditawarkan bukanlah dalam bidang saya sendiri.

Saya menangis.. itu bukan pilihan yang saya mahu.

Ketika saat ini, saya terasa sukar.. saya berhak memilih untuk mengejar impian yang saya sukai..

Tapi..

Keputusan kehidupan saya bukan pada kehendak hati saya..tapi pada redha mereka, makbapak. Akhirnya, saya dengan berat hati saya ke UTP. akur.

Bila melewati peredaran masa..saya bersyukur.. atas tiap keputusan kehidupan yang berserta redha orang tua takkan sia-sia.

Adakah awak percaya? Adakah kalian jugak mengalami situasi seperti ini?

Saya bersyukur pada Allah..di dalam keterpaksaan saya.. ianya ada redha makbapak. Redha mereka, redhalah Allah pada saya.

Tika saya akur untuk ke SMK A M, Allah permudahkan saya belajar. dapat geng yg awesome, GBS. guru2 yg prihatin dgn anak muridnya. saya juga dijaga oleh senior2 drpd dibuli!

Tika saya memilih untuk tidak menukar sekolah vokasional, Allah perlihatkan bakat dan kebolehan saya dlm bidang kokurikulum hingga dinobat sbg tokoh kokurikulum.

Tika saya mengikut kehendak mereka untuk ke kolej tersebut, Allah temukan saya dengan keindahan dakwah tarbiyyah.. lecturer yang memahami..sahabat-sahabat yg baik. Pointer saya kian meningkat saban sem. Walaupun bukan pelajar yg cemerlang, namun saya bersyukur dapat tamat graduasi dgn pointer yg baik.

Tika sy memilih membuat keputusan dalam kehidupan ke UTP, saya memilih untuk redha mereka semata-mata bukannya kerana minat/cita-cita. Dan.. seperti yang saya beritahu tadi, tiap keputusan kehidupan yang berserta redha orang tua takkan sia-sia. Saya mendpt tajaan penuh, member2 yg baik dan dipermudahkan Allah dalam belajar serta mengajarkan orang lain.

Alhamdulillah.

Hakikatnya, saya bukan seorang yg pandai. apatah lagi saya ini si dyslexia yg pelupa. clumsy. yang kurang alert dgn persekitaran.
Dalam doa makbapak, tiap harapan mereka.. Allah jua yg permudahkan segalanya.

Saya kongsikan untuk mengingatkan diri saya di masa hadapan. Hakikatnya, saya tak mampu menjadi contoh teladan yg baik untuk awak yang membaca mahupun contoh kpd anak-anak buah saya.. dari segi agama, akademik mahupun social life saya, sangat biasa-biasa utk dicontohi..

namun, jauh di sudut hati.. saya sanagat berharap, cerita saya boleh menguatkan sekeping hati yg sedang belajar untuk redha dgn orang tua. Di saat saya boleh memilih membuat keputusan hidup untuk diri saya sendiri tanpa mengendahkan hasrat si pujaan hati.. tetapi saya memilih untuk akur dan mengembirakan hati mereka.

Lapangkan hati yang sedang belajar untuk redha dgn orang tua.
Ajarkan hati untuk redha. Menerima dengan hati yang terbuka walau terluka. Saya sangat memahaminya.

Jika tidak keberatan, kongsikan lah cerita kalian di comment. saya pun nak tahu! :)

– Yang mencari redha makbapak

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit