Kera Sumbang

Assalamualaikum pembaca IIUM Confession semua. Aku nak meluah dan minta pandangan pembaca semua pasal kakak ipar aku sorang ni.

Sebagai pengenalan, aku gelarkan diri aku Cik Slumber mempunyai 8 orang adik beradik. Aku yang anak ke 5. Baru berkahwin selama setahun.

Aku nak kisahkan pasal isteri abang aku iaitu kak N. Baru tiga tahun menjadi sebahagian dalam keluarga kami. Tapi aku cukup tak senang dengan sikap dia yang terlalu pemalu dan tak pandai bergaul. Aku tak faham kenapa dia begitu.

Kami semua jenis yang sangat happening dan ada masanya suka menyakat antara satu sama lain. Tapi tidak dengan dia.

Perwatakan dia yang terlalu tertutup membuatkan kami jadi kurang selesa dengan dia. Seolah ada gap. Dia tak banyak cakap.

Bila kami berkumpul bergelak ketawa dan berkongsi cerita, dia hanya sekadar lalu dan seolah menyibukkan diri dia dengan urusan lain seperti mengemas dapur mengurus anak kecilnya, atau terperap di dalam bilik.

Macam manalah abang aku boleh hidup dengan bini dia yang berperangai macam tu. Membosankan.

Dia tak pandai mengambil hati kami adik beradik suaminya. Kadang2 aku rasa dia seperti selfish sebab hanya nakkan abang kami saja.

Sikap dia yang terlalu pemalu dan tak pandai bergurau membuatkan kami rasa serba salah nak berbual dengan dia.

Aku juga perasan dia tidak mempunyai ramai kawan dan juga seperti bermasalah dengan keluarganya. Keluarganya juga aku lihat hampir semua seperti dia tidak banyak cakap dan terlalu pasif.

Saudara kami juga ada yang merungut tentang dia yang susah untuk berborak dan beramah mesra. Hanya tersenyum je memanjang jadi tepu otak bila berdepan dengan dia.

Setiap kali pulang ke kampung hanya dia yang dapat bilik. Memandangkan dia seorang saja yang bertudung litup di dalam rumah tu, seolah dia dapat keistimewaan. Kononnya tipikal yang “nak jaga batas aurat”.

Memang itu bilik abang iaitu suami dia. Tapi seperti tiada tolak ansur untuk bagi peluang kepada adik beradik yang lain bila pulang ke kampung.

Bila dah ada bilik, lagilah terperap dia dalam tu tak nak bergaul berkumpul borak2 kosong dengan kami. Mesti dia buat2 sibuk.

Dia juga aku lihat seperti seorang yang kuat cemburu bila melihat kami banyak barang kemas dan bila kami saling bercerita tentang barang kemas kami, pasti wajahnya berubah. Sakit hati ke dia bila kami lebih darinya?

Kami adik beradik belajar tinggi. Kakak sulongku ada PHD.

Ada satu hari ayah ku bercerita tentang kakak. Ayah kata kakak berjaya hidup senang tanpa mengharap duit suami kerana dia berpelajaran tinggi.

Dan ayah ku juga cakap pada kak N, supaya belajar mencari pendapatan sendiri supaya senang di kemudian hari.

Tapi aku lihat dia seperti sentap. Sebab dia hanya suri rumah nak dibandingkan dengan kami. Kenapa dia terlalu sensetif. Pada aku itu hanya nasihat yang baik dari ayah untuk kebaikan dia jugak.

Pada aku, bila kita dah jadi ipar ni, kenalah rajinkan diri bergaul sesama ahli keluarga suami. Ini tidak, ibarat hidup dalam dunia dia je.

Perlu ke aku confront dia dan tegur sikap dia tu? Sebab aku rasa lemas bila setiap kali pulang ke kampung ada dia. Korang semua faham tak?

– Slumber (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

23 Comments

  1. orang introvert mana boleh dipaksa jadi extrovert.. dah itu personaliti dia ! mesti family kau jenis sosial kan.. dia ada kacau hidup kau ke sampai kau terganggu tengok dia? patutnya kau la approach dia ajak berbual, cari topik yg dia suka.. ini tidak, negatif sangat kau ni. daripada confront dia, baik kau confront abang kau kenapa kahwin perempuan camtu. mungkin dia berkurung dlm bilik nak jaga hati dia, dah family kau semua jenis riak nak menunjuk harta benda padahal dah tahu dia tak kerja. bodohnya family kau takde common sense. dasar family toksik. ayah kau pun sama tak sensitif nak menegur menantu suruh kerja. tgk dulu abang kau tu, knp isteri dia xleh kerja. mesti abang kau juga yg minta bini dia x kerja. Oh satu lagi, perlu ke nak rapat dan mesra sangat dengan kakak ipar? cukup dia x kacau hidup kau pun syukur dah. kau tetap org asing bagi dia. kalau dia rapat dgn kau pun tetap kau akan kutuk juga dia kat belakang. at least kakak ipar tu tahu kau memang takleh dibuat kawan sbb jenis hati busuk dan satu family kau toksik

    • Awak dah kenapa dik.. ada ke dia kacau awak.. kakak ipar awak tu lebih selesa mcm tu.. org extrovert mcm awak mana boleh kawan dgn introvert.. awak x kenal personaliti introvert tu camne ekk.. google la dik.. apa perasaan awak yg jenis huha huha tu disuruh jadi pendiam.. x boleh kan.. sama je dgn dia.. introvert amik masa lama utk jadi rapat, kalau hati dia dah terbuka utk awak, maksudnya awak sgt2 beruntung sbb dia selesa dgn awak.. kalau dia masih dingin, awak xyah la kacau dia.. tutup mata je bila dia ada.. dia pun x sukakan perhatian drp awak semua..

  2. Oo gitu kisah nya …ko kena fkir,x smua ipar blh layan kerenah ipar duai yg rsa terpaling bgs…kang bila melebih mgata jg…ko da khwn ke blum…kalau blum…ko blum tau lg penangan dgn ipar duai,aku brckp berdasarkan pglmn yg aku tgk la …judge ipar…tp diri sndiri pn x brpe btul…terpaling fmly happy la…dia ade gap msti ade sbb…asal abg ko bahagia dgn akak ipar ko da la…ko rilex2 sudah la

  3. Lah bagus la dia tutup aurat, zaman skang banyak tak jaga aurat dengan ipar. Dah kenapa awak macam nak perli pulak. Nampak macam awak tak puas hati dia dapat bilik pasal dia jaga aurat dia. Orang ni ada introvert dan extrovert, apalagi dengan keluarga mertua dan ipar, just coz family awak happening tak bermakna org introvert tetiba boleh berubah. Dia tak buat salah apa pun kat awak atau aniaya awak, yang awak macam tak puas hati sangat kat dia kenapa.

  4. Nasihat saya, awak tak usahlah nak sibuk hal perangai dia. Awak sibuk hal awak je. Kalau saya, saya tak senang dengan perangai awak. Dia nak pendiam ke, nak bergusti dengan suami dia ke, itu urusan dia. Dia tak nak banyak cakap ke, itu mulut dia. Yang awak nak paksa dia kenapa. Jaga hati kita cukup.

  5. Salam dik..sy rasa kn, awk kena tgk komen² kat FB..sbb rasanya ramai back up kakak Ipar awk kot mmndgkan awk terlalu toksik. Tutup aurat pun jd kesalahan, jd suri rumah pun suatu kesalahan..dia tak kacau org pun..akk ni extrovert jgk tau..bukan semua org suka. So, tak perlu hitamkan hati..biarkan dia selagi dia tak kacau org..

  6. kata adik bradik blajar tinggi. siap ade yg PHD lagi. tapi kenape bodoh dik????
    orang yg pandai takkan buat confession mcm ni.
    satu lagi “Dia hanya suri rumah”?
    “hanya suri rumah”????
    suri rumah la kerja yg paling mulia dik boleh jaga &didik anak dgn tangn sndiri .
    Ingat abg kau tak mampu ke nk tnggung ank & bini dia?
    Cek hati kau dulu.
    dalam confession ni menunjukkan kau &family kau je yg tak matang &mintak dikecam.
    sekian.

  7. OP, are you really that stupid? Mcm ni ke statement ignorant dari orang yang berpendidikan tinggi? Shameful. Empathy lansung takde. Selfish nak mampus!

    • Biarlah kakak ipar mcm tu. Mungkin dia xnak asbab banyak bercakap jd dapat dosa mengumpat. If abg pun selesa dgn dia perangai mcm tu nape org lain yag lebih sudu dr kuah? Sempat lagi tu nak up family berpendidikan tinggi..barang kemas besar dlm ni. Ke korang yg selek sbb dia suri rumah dan tak bekerja? Suka nau pandang rendah pada org. Hmmm

  8. Orang open minded je boleh terima kepelbagaian jenis watak manusia. aku rasa kau tak matured dan tak open minded. Aku ada dua ipar,sorang jenis pendiam dan sorang jenis murai gila2. Aku layan diaorang sebaiknya sebab aku mengharap kan satu hari bila aku kawin aku dapat ipar ipar yang baik akhlaknya. Orang pendiam ni ada good side jugak, salah satunya dia x ganggu hidup kau, dia tak jaga tepi kain kau. just let her be, abang kau happy hidup dgn dia so apa lagi yg kau kisah? mostly isteri yang paling kenal suami berbanding familynya. kau x payah sibuk fikir mcm mana abg kau boleh terima kak ipar kau tu. kalau kau rasa kau nak sangat nak rapat dgn kakak ipar kau, kau kena cari point yg blh buat dia rasa selesa dgn kau. org introvert akan cakao byk bila dia dh selesa dgn org tu. ko jgn fikir ko je x selesa, sbnarnya dia pun x selesa dgn ko. ko fikir buruk pasal barang kemas tu sbb dia nampak sedih,mgkin dia sedih sbb dia rasa kurang keyakinan diri. ko jgn fikir dia iri dgn ko,mgjin ko pun ada masalah narcissist perasan bagus.

  9. dah tentu org mcm tu x bnyk buat benda lagha..tak buang masa dgn ketawa terbahak2 gurau senda…
    jaga aurat…

    aduhhaiii..kak ipar selebet kena kutok,yg riuh rendah ko bosan …yg bnyk emas ko jeles…bila ko bnyk pakai…ko plk kata dia jrlesss
    Allah…Allah…

  10. Introvert ni kalau awak pandai tackle, borak apa yang dia minat, banyaklah tu nanti dia cakap.

    Kakak ipar awak kan suri rumah, janganla borak pasal education, career, barang kemas bagai. Cari lah topik yang sesuai.

    Kita ni x guna pun, kalau bnyk cakap, happening bagai kalau bnyk menyakitkan hati orang. Agaknya sbb ni lah kut, kakak ipar awak malas nak bercakap. Ntah2 dia pun balik kg pon terpaksa je..

  11. dik ko ni mesti jenis toksik giler kan, benda yg tkde issue pon kau nk perbesarkan, kau mmg tkde keje eh banyak sngat masa jaga tepi kain kakak ipar ko. jgn over kutuk kakak ipar sndri, ingt memandangkan ko ni dh kahwinentah2 family belah laki ko pon tk suka perangai ko. tkyah nk cara sngat pasal kakak ipar kau, jaga je rumah tangga sndri.

    • Alahai,toksiknya kau diknon..sptutnya kau n family kau la kna taje an action ajak kak ipar kau tu get along together dlm aktiviti fmily kau..bkn nk harapkn dia je nk serasikan diri..org introvert ni kau nk ubah dia jdi ekstrovert!?mana maunya diknon oii,toksik btul ek khidupn fmily kau ni..so bad…👎

  12. Ko ni yg bermasalah..PHD dri segi perangai..ko yg selfish..ko yg x pandai bergaul dgn org introvert tp sibuk mk suruh org introvert jadi extrovert..
    Aku mls nk keecam..ko baca ni ko nilai sndri..

    Aku ada adik ipar yg introvert tp aku 1 family extrovert.. tapi kami x peernah asingkan dia.. dia pandai bawa diri..kaadang dia asingkaan diri..kami x pernah tanya tapi kami cuba bg dia selesakan diri dgn family kami..
    Kami ajak dia berbual,kami ajak dia join aktiviti kmi bersaa..walaupun dia haanya dia mendengar,tp kami ok je..

    Lg 1 xpaatut bapak ko yg terleebih puji anak PHD tu ckp mcm tu kat mnantu..korg ni memang jenis mulut x reti nk jaga perasaan org..memang dia terasa..mcm dia yg peghabihkn duit abg ko sedangkn itu tanggungjwp abg ko..mesti dia mnyesal kawen dgn abg ko dpt family mcm korg kn..

    Biarkan dgn hidup dia..dia takk gaggu hidup korg,jgn sakiti hati dia dgn prangai korg yg “PHD” tu

  13. sebagai seorang yang introvert, aku sangat terasa ye dgn confesser ni. aku pun struggle nak cuba masuk dalam family mertua, sebab aku sejenis tak banyak cakap. tapi aku ingat pesan mak aku, tak banyak cakap takpe tapi kene ringan tulang. kakak ipar kau ada tolong mengemas dapur pun kira elok. patutnya kau kene bersyukur dapat kakak ipar yang tak banyak songeh. selagi dia tak menyusahkan kau, sudah la. lagipun dia jadi surirumah sebab abang kau mampu, at least boleh tengok anak membesar depan mata. kau?? still kene bangun pagi pegi kerja, terkejar-kejar uruskan anak kan?? lain kali jangan busuk hati anon.

  14. mcm bagus je mintak pandangan org nak confress kak ipo.. korg 1 famili mesti da ngumpat kak ipo kau kan.. sama naik perangai bapak kau sibok suruh menantu kerja.. famili toksik!

  15. Adik beradik ko mmg semua ada PhD – Permanent Head Damages. Sebab tu tak boleh berfikir dengan baik. Kakak ipar yang pendiam pun nak dijadikan issue… hodoh betul perangai adik beradik ko ni.. korang je lah yang betul, baik, bagusssss..sampai mengata kakak ipar sendiri… ko ada anak tak? jangan sampai anak ko kena cam kakak ipar ko .. masa tu baru ko tau..

  16. Awak ni macam sudah tiada kerja lain. Nasihat saya mind your own business. Abang awak tiada apa dengan isterinya, awak pula yang melebih-lebih. Jangan jadi perosak rumah tangga abang sendiri lah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *