Salam dan hello. Selamat hari raya. Terima kasih la kalau admin publish confession aku ni. Tak da la confession pun. Minta pendapat aje sebab aku serious kecelaruan minda. Aku silent reader page ni. Kalau memana kekawan sesdara aku baca confession ni ngkorang cam kenal, diam ajek le. Netizen pula jangan la mengecam ke apa sesungguhnya aku hanya mahukan pendapat saja.
Ok camgini. Aku sekarang kerja swasta company developer yang agak kukuh top 10 construction company. Aku dah kerja 6 tahun dan dah kahwin anak 1. Bleh la kut teka umur aku berapa. Gaji aku ok laa alhamdulillah bleh la aku membeli kat lazada zalora fashionvalet skali skala. Husband aku pun swasta. Aku apply PTD ( Pegawai Tadbir Diplomatik) daripada aku grad 2011. Countless interviews aku pergi 2017 ni aku dapat offer. Those yang tahu nak jadi PTD ni ko kena pergi Diploma Perkhidmatan Awam ke apa tah nama dia berbulan2.
Sekarang ni aku buntu gila nak pergi ke tak. Diploma itu ialah 10 bulan, ada exam assignments, kena masuk tentera bomba polis. Ko boleh duduk luar tetapi memandangkan rumah aku bapak lah jauh daripada tempat kursus tu so kalau pergi aku opt untuk duduk dalam hostel. Banyak benefit jadi PTD. Orang kata most powerful post la kiranya dalam kerajaan. Tapi ko masuk diploma tu belum tentu lagi ko jadi PTD. Ko kena pass diploma tu baru bleh cite ko jadi PTD. Ok ini ialah point kenapa aku taknak pergi:
1. Aku apply sebab mak bapak aku orang kerajaan teringin tengok anak dia at least sorang jadi PTD. Aku dah nyaris sebenonye taknak pegi last interview tapi aku gagahkan jua. Tak sangka pulak lepas. Agaknya panel tu kesian nengok aku pergi interview bekali2 tak lepas lepas hikkk.
2. Diploma 10 bulan tu kerajaan bagi elaun lebih kurang RM 2100. PTD M41 punya gaji start around RM 2400 campur elaun jadi laa RM 2800 gitu kot. Compare gaji sekarang adududuhhhh.
3. Kursus tu aku positive akan membuatkan aku stress nak mampus. Husband aku selalu outstation berbulan so anak memang aku jaga. Cuba kalau husband aku outstation, aku kena pergi kursus tu, naluri mak dalam diri aku ni alahai kesian nya la anak aku tuuuu.
4. Ekonomi sekarang memang memerlukan duit regardless whatever reason pun ( kerja kerajaan dapat pencen, elaun, security la untuk kehidupan tua. Tapi yang short term ni kena hadap jugak)
5. Kalau ko tak pass diploma tu ko kena bayar balik kerajaan RM 25k ya tuan puan.
6. Dan bermacam lagi lah reason nya which aku rasa okay i’ll pass this offer i think i am not going.
Aci dak kalau korang bagi pendapat kalau korang apa korang buat. Bagi pendapat luar kotak pemikiran aku yang aku tak terfikir ke. Jangan bias ek aku nak tau pendapat korang cemana. Dengan keadaan aku sekarang ni buntu nak pergi ke tak. Pada aku kalau aku fresh grad dan muda, aku memang pergi.
Sebelum aku kena kecam, saja nak bagitau dulu sesungguh nya ini ialah decision yang paling besar dalam hidup aku. Not an easy decision. Decide nak kawin pun tak macam ni pergi dia. Aku takmau yang di kejar tak dapat yang di kendong berciciran gitu. Aku ada less than 3 weeks to decide before the program starts.
Merci Beaucoup!
– Uqasha
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit