Kerajaan vs Swasta

Salam semua, harap admin IIUM Confession dapat approve confession ni, saya betul2 buntu sekarang.

Saya nak minta pendapat ramai. Saya F, umur 33, kerja swasta sekarang. Rumah pun dekat sangat dengan tempat kerja — dalam 5 minit je. Anak-anak pun dah selesa sekolah kat kawasan ni.

Gaji sekarang dalam RM4k. Cuma biasalah, kerja swasta ni agak stress, sampai selalu kena migrain. Mental health pun makin terkesan.

Baru-baru ni saya dapat offer kerja kerajaan sebagai Pegawai Kawalan Alam Sekitar, Gred C9 (lantikan interim).

Lepas tolak KWSP dan potongan lain, lebih kurang dapat RM3k macam tu. Tapi penempatan tak pasti kat mana lagi. Saya ada dua anak kecil, jadi banyak benda kena fikir.

Saya nak tanya — dalam umur macam ni, berbaloi tak kalau saya ambil kerja kerajaan ni? Interim ni boleh jadi tetap ke? Ada tak yang kerja gred sama boleh share pengalaman?

Saya juga nak tahu kalau boleh dapat pelarasan gaji ikut pengalaman swasta, sebab saya dah call SPA tapi tak dapat jawapan jelas.

Jujurnya, saya takut menyesal. Kerja sekarang memang stress, tapi saya dah terbiasa dengan workload dan environment yang ok.

Bila fikir nak masuk kerajaan, saya takut juga — gaji kurang, kemungkinan kena PJJ, kena sewa rumah baru kalau posting jauh, kos ulang-alik, dan sekarang dah tak ada pencen.

Takut jugak kalau tempat kerja nanti ada drama atau environment toxic. Tapi dalam masa yang sama, saya pun rasa excited kalau dapat cabaran baru.

Saya dah banyak kali istikharah. Hati ni kadang rasa nak stay swasta tapi macam nak cuba cari kerja lain yang lebih baik.

Tapi bila fikir peluang kerajaan ni, takut juga kalau tolak sekarang, nanti peluang dah tak datang dah. Betul ke kita kena blacklist kalau dah pernah tolak?? Siapa tahu?

Kalau ada yang kerja kerajaan, especially gred C9, saya sangat hargai kalau boleh share pengalaman.

Dan kalau ada yang tengah apply kerja kerajaan, insyaAllah saya boleh share tips macam mana saya lulus ujian psikometrik & interview.

Doakan saya buat keputusan yang terbaik untuk dunia & akhirat. Dan moga Allah mudahkan urusan korang juga sebab sudi tolong beri pandangan.

Terima kasih banyak-banyak!

– F (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

7 Comments

  1. kalau sy, sy stay sis..sorry penat nak taip. tp satu je nak ckkp..kerja kerajaan indah khabar dr rupa

  2. Sekadar pandangan sebagai penjawat awam. Kalau ditawarkan jawatan tetap, boleh pertimbangkan kerana sebenarnya banyak lagi kemudahan lain selain gaji yang hanya nampak secara kasar sahaja. Kalau di swasta, mungkin dapat gaji lebih tapi tekanan kerja sangat tinggi dan untuk bertahan sehingga ke usia tua (50++) mungkin takkan sama semasa kita masih muda. Dan sekiranya jika tiba2 kita jatuh sakit dan tidak dapat bekerja, sekurang-kurangnya kita boleh berhenti melalui Lembaga Perubatan dan akan dibayar pencen serta-merta. Untuk makluman, kemudahan pencen masih ada dan belum ada arahan daripada pihak JPA untuk mansuhkannya.

    Cuma mungkin masalah dari segi penempatan dan lain-lain isu disebabkan F telah berkeluarga. So cadangan saya, F perlu tahu penempatan tempat bertugas sebelum membuat keputusan samada untuk menerima atau menolak tawaran.

    Dan sekiranya jawatan yang ditawarkan adalah kontrak tanpa waran, mungkin lebih baik F kekal di swasta kerana staf kontrak kerajaan kurang mendapat kemudahan sepertimana yang diterima oleh staf lantikan Tetap.

  3. Better stay dlm swasta, sy penah kenal n deal ngn doe staff.. kebanyakn c9 byk kena outstation luar n maybe masa pn dah tkde.. gov skrng ni tkde pencen n n interim ni akn jd tetap klo performance ok.. tp klo tk ok bila2 masa blh kena kick.. tak mcm dulu.. ttp n berpencen.. as staff gov yg sblm ni dr private sector in environmental field .. sy menyesal masuk gov even skrng dpt pencen dan ttp.. tp env dlm gov sgt toxic n byk main kroni.. klo hati emosi tak kuat akn mental health nnti.. better stay swasta keje dekat n gaji mahal. Bonus byk dr gov .. skrng sebab in service bape kli apply c9 tp tak lps.. apa tips sis ni ya boleh lls ..Hehhe..then nk tmbh lg stress gov lain mcm dgn swasta.. duly rasa dah neraka dah duk swasta.. skli dua kli neraka duk gov.. opss sorry 😭ini lah realiti yg sy hadap.. nk resign tp syg sebab dah keje ttp n ssh nk dpt keje klo sy resign gov.

  4. Kerja swasta stress, sampai selalu kena migrain. mental health pun terkesan. Jadi, apa jaminan ketiga-tiga faktor ni tiada jika terima tawaran jadi penjawat awam?

  5. Pendapat jujur saya. Kalau dah 30an, anak 2 dgn anak2 pun sekolah situ. Keja sis pun dekat ngan rumah 5 minit. Baik stay swasta tu je. Tgklah sis tanya SPA tu tak dapat jawapan jelas, sbb diorang pun taktau jawapannya.

    Kalau sis 20an takde anak lagi, ok sebab boleh je dicampak post tu kat mana2. Dan hidup baru nak mula.

    Apapun keputusan di tangan saudari. Bila dah buat keputusan, jalani saja hidup yg dah diatur Tuhan.

    Boleh share tips n trick tu juga? Sy ada adik2 yg baru habis grad. Mungkin boleh bantu mereka jawab ujian psikometrik. Sbb mereka selalu update tak lepas bila jawab soalan. Tp selalu je dapat test tu.

    Semoga yg terbaik buat awak.

  6. hi sis.. sy pon br terima jawatan untuk kerja kerajaan..dan dlm masa yg sama. sy br bertukar kerja.. gaji juga sama dgn sis.. rm4k.. cuma masih dlm prohibition.. cuma jawatan saya di kerajaan hanyalah gred n1.. n kontrak interim. saya pon bingung hendak terima atau x.. saya nk stay di swasta.. tp sy takut… bila2 je boleh kena tendang ..mngkin sy trauma dr pengalaman kerja sebelom ni.. compny sy buat pemotongan gaji dgn alsan tak ad order.. tp bila masuk goverment pula.. lebih separuh gji sy akan hilang.. tp mngkin kerja sy terjamin.. xtau la saya pon bingung..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *