Kerana Aku Seorang Guru

Bismillah, selawat dan salam ke atas Rasul junjungan SAW. Semoga Allah memelihara penulisanku dari menyakiti pihak-pihak tertentu. Terima kasih admin. Aku berfikir berkali-kali sebelum menulis kerana padaku ia pengalaman peribadi yang getir untuk aku telan. Tapi, bila memikirkan kemungkinan ramainya di luar sana yang mungkin menerima nasib yang sama seperti aku (walaupun mungkin bukan seorang guru), aku berharap agar penulisan ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka membuat keputusan yang lebih baik apabila keadaan mendesak. Hari ini genap sebulan aku tidak bekerja apabila aku memilih untuk meninggalkan kerjayaku kerana aku percaya itu adalah langkah terbaik yang boleh aku lakukan untuk mempertahankan maruah yang ada.

Kisah aku bermula apabila aku berjumpa dengan orang atasanku untuk membela rakan sekerjaku. Rakan sekerjaku telah didakwa memukul dan memiat telinga pelajarnya. Aku yang selama sembilan bulan bekerja bersama-sama dengannya tidak pernah sekali pun melihat dia melakukan hukuman kasar ke atas pelajar-pelajarnya. Kami sedar hakikat guru sekarang, rotan bukan lagi hukuman yang sinonim dengan pendidikan. Kami berdua hanya mampu bertegas, meninggikan suara, dan menyuruh mereka supaya menghadap dinding (hukuman paling berat yang kami berdua pernah lakukan ke atas murid kami).

Fisrt meeting that I had with my supervisor, dia menyatakan sendiri bahawa “your name not being mentioned by the parents”. Itu yang memang aku ingat. Then aku kata, “yes, I know, but I know my friend, dia takkan pukul budak”. Then dia kata “bila I tanya dia, she did touch the student. Even dia tak pukul, but bila physical touch tu dah jadi, agak susah kita nak bela dia. Parent complained. We will see what we can do”. Dalam meeting tu, aku bagitau supervisor juga, yang aku ada tinggi suara and marah pelajar tu (pelajar yang sama dalam kisah di atas) sebab dia tak dapat buat tugasan yang aku beri. It was just really simple task and aku dah pernah guide dia satu satu, step by step, one by one. After dah marah, aku still guide dy satu satu, step by step, one by one, supaya dia boleh buat sendiri lepas tu. Dia ada menangis, but after that, aku explained and aku peluk dia. Petang tu, sebelum balik, aku minta maaf dekat semua pelajar kalau aku being bad example dekat mereka sebab aku dah raised my voice. So, that was the first meeting.

After that, both of us dipanggil untuk sesi soal jawab yang seterusnya. Aku yang dipanggil dulu, kenyataan aku tak berubah, masih sama. Kenyataan kawan aku pun sama. Betul, dia ada sentuh pelajar tu, sentuh belakang dia dan bahagian telinga dia. Sentuh, bukan pukul dan piat. She means no harm to the student. Aku faham, sebab aku pernah buat juga. Kita sentuh pelajar sebab nak dia pay attention, bukan pukul, bukan cubit. Kita sayang pelajar kita, kita nak dia dapat and faham apa yang kita ajar, sebab kita sedar hakikat parents bayar mahal untuk their children’s education. Sometimes, both of us gave extra time with her to make sure this particular student dekat level yang sama dengan kawan-kawannya. Supaya dia tak rasa ketinggalan. Kawan aku ada minta izin nak jumpa parents student ni, to explain, but our supervisors tak bagi, sebab parents tak nak jumpa cikgu. Okay, tak mengapa, asalkan masalah ni boleh selesai. That was the second meeting untuk aku berkaitan kes ni, aku tak pasti kawan aku dah dipanggil berapa kali.

After two weeks, kawan aku dah cuti bersalin. Alhamdulillah, comel baby dia. Tiba-tiba, aku dipanggil oleh Pengetua sekolah. Masa ni aku ingatkan ada hal penting apa sebab aku dipanggil untuk jumpa dalam office HR. Aku tak jangka rupanya hari tu aku akan dapat Warning Letter atas kesalahan “Physical Punishment”. Sesi tu bermula dengan suasana yang tenang je, aku ceritakan balik benda yang sama yang aku cerita dengan supervisors. Tapi, suasana tu jadi tegang dan ‘panas’ bila aku persoalkan, kenapa aku yang dapat warning letter sebab aku tak sentuh budak tu. It was not even my case. What I did was aku speak up for my friend. And yes, I mengaku I ada raised my voice, but why physical punishment?

Bila cerita yang sampai dekat HR tak sama dengan yang aku ceritakan dekat supervisors, aku persoalkan tindakan HR. Kenapa issue warning letter dekat aku atas kesalahan yang aku tak buat? Dah la tak ada bukti. They said “Parents complained, and they demand for an action, so that’s why”. Aku tanya balik, “But why you do this to me? It’s not even my case”. “Yes, maybe in the beginning, but you did admit you raised your voice”. “Ya Allah, how do you expect a teacher not raise his or her voice even once when she or he has to handle 25 students in class”. “Maybe your method is not okay this time”. “No, why now? For 2 years she’s being with me, tak ada masalah pun. Yes, masa awal tahun lepas memang ada, tapi dah settle. Sekarang ni, what I want to know why you are giving me the warning letter that I didn’t even do”. Both of them silent.

Masa tu aku dah nanges, dengan nangis tu aku kata “Korang zalim, saya rasa negara orang kafir pun tak da buat macam ni. Tuduh orang tanpa bukti. You claim this is an Islamic organization, tapi you guys tak adil, tak fair. Just because the parents complained, you treat your teachers macam sampah. You layan your teachers buruk sebab kami tak bayar company. “Eh ustazah, you are being too personal ni?”. “No, I’m not. Because you do not understand my situation”. “This is just warning letter ustazah, bukan you sorang yang pernah dapat”. “No, you don’t. Warning letter kot, how you said, just… Bukan you yang dapat”. “Okay la, macam ni, you take this letter, read it first, after you signed, give back to us”. “On what? Physical punishment?”. “Okay, ustazah baca, mana yang ustazah nak kami edit, kami edit”. Aku amek surat tu and sebelum keluar, I said sorry dan masih menangis. That was the third meeting.

Malam tu aku terjelepuk jatuh dalam toilet, muntah-muntah sebab stress. Aku rasa kenapa tiba-tiba aku yang kena. What did I do wrong? Why they treated me like this? Aku called kawan aku malam tu, minta tolong dia belikan makanan sebab aku tak larat masak. Alhamdulillah, Allah hadirkan kawan-kawan yang sudi membantu. Suami tak balik lagi masa ni, dan aku tak bagitau dia lagi tentang hal yang berlaku. Suami balik lambat sebab dia memang ada buat kelas extra dekat luar.

Esoknya, aku jumpa dengan supervisor aku and ask for an explanation. First reaction dy, dy kata, “Eh, ni surat Diana (kawan aku yang aku back up dia tu, bukan nama sebenar). You punya yang ‘raise voice to cause trauma’ kot, yang ni you punya”. Aku tak puas hati dengan penjelasan yang diberi. Sesi tu berlaku dalam lebih kurang 40 minutes. Dia bagitau, dia akan suruh HR ubah offense tu jadi “raised voice to cause trauma”. Akhir sesi tu aku peluk dia dan air mata aku jatuh lagi. That was the forth meeting. Dalam pada tu, aku up status yang bukan-bukan. I did mencarut sikit guna emoticon yang ada. Aku tahu benda tu tak elok, tapi hati tengah geram, kawalan emosi hilang sekejap. Aku delete status tu after few hours bila marah aku dah reda. Astaghfirullah…

Aku sedih, takut, kalau benda jadi lebih teruk. Aku tak nak warning letter tu, sebab aku tak salah, bukan nya aku nak mereka ubah. Benda tu dah salah tuduh sejak dari awal lagi. Bila aku rasa macam aku dah tak boleh dapat bantuan dari sesiapa, aku jumpa dengan higher level management. Minta mereka siasat perkara ni lebih dalam. Mereka kata, jangan sign surat tu. Nanti dia check dulu. That was the fifth meeting. Just a quick one, tapi aku rasa ada harapan sikit.

After two days, aku kena panggil dengan supervisors. Mereka pertikaikan tindakan aku jumpa dengan higher level management. Mereka marah aku. Aku kata aku jumpa higher level management sebab cerita yang aku sampaikan dekat dia orang kenapa tak sama dengan apa yang HR dengar, sampai nak kena edit semula warning letter. They gave me a new one, while the old one tu masih dalam simpanan aku. Kali ni HR tak ada. Pengetua sendiri yang hulur dekat aku warning letter tu. Aku tak sign lagi sebab aku tak salah. Student tu datang peluk aku, sengih-sengih cari aku dalam bilik guru masa birthday dia and bagi aku kek. Aku kata macam tu ke budak trauma? Trauma ni, nampak aku pun tak boleh. Aku tak nak sign kalau higher level management tak suruh sign, sebab masa aku jumpa dia orang, dia orang yang tak bagi sign. Masa ni one of my supervisor tinggikan suara and kata who are you to make the bosses sit here just for you to sign the letter? Aku kata, I’m their employee and I have the right to be treated fairly considering my services here. And for the past years that I worked here, I never done anything wrong.

After that, they said tak nak drag lagi this case, nak close case. Kalau aku tak sign, they might do another action. Masa ni jantung aku dah berdebar. Rasa lain macam sikit. Rasa macam dah kalah battle. Aku kata, nanti aku istikharah dulu then aku datang dekat dia orang. Mereka pesan, suruh aku bawak surat yang lama bila aku datang untuk sign surat tu. That was the sixth meeting. Aku melangkah keluar dari bilik tu, longlai.

Esoknya, aku datang jumpa pengetua and sign the new warning letter (sebab dah takut, takut kena pecat). Tapi masa signed the letter, aku kata, aku signed bukan sebab aku salah. Dia kata, but you sign. Aku kata, Yes, because you forced me. Dia mencebik dan angkat bahu. Then, dia kata the bosses will see me next Monday. Aku kata okay. Dia koyakkan first warning letter tu depan aku. Masa ni aku rasa sebak, sedih, semua ada. Macam dah pasrah. That was the seventh meeting. Hujung minggu tu, aku emailed the bosses just to tell them my situation and my stand why I finally signed the warning letter. Degil kan, x nak mengalah.

Next weeknya, aku tunggu dan tunggu, tak de pulak dipanggil. Katanya nak jumpa Isnin. Aku teruskan kerja aku macam biasa. Perform in doing my main tasks and other tasks as well. Aku dilantik untuk jadi pembantu untuk Majlis Akhir Tahun sekolah. So, memang banyak kena buat. Performances yang paling crucial sekali. Bayangkan la, 17 performances. Tapi sebab kerja-kerja ni aku dah start dari few months before; tanya seniors and otai yang ada dekat sekolah. So, aku rasa walaupun pada masa tu aku tengah ditimpa musibah, tapi Alhamdulillah, aku dapat buat kerja aku elok-elok.

Hari Khamis, aku dipanggil untuk jumpa the big boss. Masa ni bertiga; aku, pengetua dan big boss. Aku pun pergi dengan tenang, melangkah masuk officenya dengan tenang. Dia tanya kenapa aku so persistent tak nak mengaku salah and kenapa aku up status yang macam-macam. Aku kata aku minta maaf kalau status aku tu ada yang menyebabkan dia offended. Tapi aku dah delete status tu bila aku rasa kata-kata aku tu kasar. Kemon la, kita manusia biasa. Walaupun aku ustazah, tapi aku reacted that way because the thing that they did to me was wrong. Aku kata my reaction wouldn’t be that way if the issuance of the warning letter tu memang betul sejak dari awal lagi. Ada bukti. Then big boss kata dia minta maaf. Aku kata, kenapa dia yang kena minta maaf, bukan dia yang buat salah. Dia kata, dia memang macam tu.

Then he said, because of my status tu bukan dia sorang yang terasa, ada orang lain yang terasa jugak. Aku kata, okay, I’m fine if you want me to apologize to them, but dia orang pun kena minta maaf dengan saya jugak sebab dia orang dah tersalah tuduh. Masa ni big boss tanya aku “how can you ask someone that higher hierarchy than you to apologize, tak kena la”. Aku kata, but you did apologize to me. Then dia kata, that’s me. So, aku diam.

Masa aku jumpa big boss ni, aku harap sebenarnya 1) aku dapat jumpa parents budak tu and ask for clarification. 2) aku nak penjelasan, kenapa HR issue warning letter dulu baru nak tanya cerita from my side. 3) fair and square judgement. Tapi, tiga benda ni aku tak dapat, malahan aku diserang dengan soalan-soalan yang aku rasa tak berkaitan sangat dengan kes ni. 1) mereka pertikaikan tindakan aku up status kasar-kasar macam tu (yang ni aku mengaku aku salah dan aku minta maaf). 2) mereka tanya kenapa aku berkawan dengan orang-orang yang negative? 3) Kenapa aku susah sangat nak mengaku salah? (Aku mengaku aku tinggikan suara, tapi aku tak nak mengaku aku sebabkan budak tu trauma, sebab tak da bukti, it was all verbal accusation). 4) mereka suruh ubah cara aku mengajar. 5) mereka kata pelajar aku behave bukan sebab respect or my method of teaching betul, but because they fear of me. Pelajar aku hidup dalam ketakutan sebab aku jerit-jerit dalam kelas.

Masa mereka asak aku dengan soalan-soalan ni, aku terus terdiam, speechless, tak tahu nak kata apa dah. Mereka suruh aku convincekan mereka yang aku still nak kerja and stay dekat situ. Aku kata, aku masih datang kerja, perform in doing my job, perform in my class. Sebab bagi aku masalah akan sentiasa ada, it just how we deal with it. Dan aku memang sentap and tak puas hati sebab mereka dah tuduh aku tanpa bukti, tapi tak bermakna aku terus tak nak kerja situ. Akan tetapi, di akhir sesi tu, the big boss gave me 2 options; 1) You resign, we will waive the 3 months’ notice from your contract, no need to pay the company and tomorrow is your last day OR 2)We issue termination letter for you, but you still need to come to work because we still pay you salary and you will be transferred to other department. Aku tanya, maksudnya?

Sebab masa tu aku macam ‘mati’ sekejap, tak boleh brain dengan apa yang aku baru dengar. Dia kata “you takkan mengajar lagi la. Either you resign or we terminate you, you takkan mengajar lagi, sebab you tak nak ubah cara you deal dengan students”. Aku tanya “how about my students. Exam just around the corner”. Dia kata “that’s not your problem”. Aku speechless untuk kali kedua. Jantung aku macam berhenti sekejap. Dia suruh aku balik lepas sesi tu, and buat keputusan esok.

Mereka tinggalkan aku sorang-sorang dan melangkah keluar dari bilik tu. Aku rasa masa tu macam mimpi, aku kumpul kekuatan untuk melangkah keluar dan Alhamdulillah aku mampu. Selepas sesi tu, aku tak terus balik, aku masih jumpa dan meeting dengan department lain untuk settle kan few things berkaitan majlis akhir tahun tu. Aku masuk kelas, jumpa students aku, amek gambar and video mereka. Aku tahan air mata aku, but some of them said things like this “I don’t want ustazah to change school”. “Ustazah, are you crying?” “Ustazah, are you okay?”. Masa ni, air mata aku dah tak boleh ditahan, then aku kata “I’m having stomache”. One of them said, “I don’t think so, are you lying to us right now?”. “No, I’m not”. “Yes, you are. Ustazah, we know you”. Masa ni lagi la jatuh air mata macam air terjun. Sebab mereka hanya berusia 9 tahun, tapi mereka dah faham ustazah mereka sedang kesedihan. By the time aku minta diri nak balik, aku bagitau aku ada urgent matter, dia orang tanya “Wait ustazah, are you gonna leave us forever? Will you come back?”. “No la, I will come tomorrow. Promise”.

Aku melangkah keluar dari kelas dengan air mata yang bercucuran. I love them. Really. I love the school, I love the students, I love my colleagues, I love my parents (my students’ parents, we have close relationship) but the fact that I need to leave them makes me broken into pieces. I called my husband and told him what had happened. Air mata jatuh lagi, and dia kata “You better don’t cry. Dah buat keputusan, Awak hanya pertahankan maruah awak. Jangan nangis depan dia orang. Now, you need my support, saya support awak. Please sayang”.

Esoknya, ada majlis sambutan hari lahir. We were having so much fun, tapi hati aku, Allah je yang tahu. Aku manfaatkan masa yang ada untuk kumpul memori yang best-best dengan my students. Aku bagitau some of my parents yang aku rapat dan ceritakan apa yang terjadi. Sebab aku tak nak mereka rasa dikhianati dan aku rasa aku berhak beritahu mereka cerita yang sebenar. After one hour, my phone tak berhenti berdering and WhastApp berpusu-pusu masuk. Aku tak dapat angkat dan x dapat balas sebab ni je hari yang aku ada untuk spend masa dengan my students. Ada kawan yang datang dari department lain, amek kan gambar, recordkan video and she just stay there almost the whole day to make me feel that I’m not alone.

To that person, I really appreciated what you have done for me and I pray to Allah, may Allah ease everything for you, give barakah in your life and make you a stronger person, in shaa Allah. I didn’t tell everyone that day adalah hari terakhir aku dekat sekolah. But some of them ada yang tahu dari orang lain, they just came to my class, stay there, be there without say anything. All those things mean a world to me. Aku tak rasa sendirian. Aku rasa dihargai, aku rasa disayangi.

Sebelum boys pergi solat Jumaat, aku kumpulkan students, make them sat in circle. I said to them, “Thank you for being with me, be my good students, Alhamdulillah. I’m sorry for my mistakes and if I ever do something wrong, gave bad example to you, I’m sorry again”. Masa ni, some of them dah ada yang berair mata. Bila aku kata “today is my last day with you guys”, terus banjir air mata. Dia orang menangis. Sungguh menangis. Some of the boys yang tak pernah menangis walaupun dia sakit, pun menangis juga. I said to them, “I’m sorry because I cannot stay. I want too but I cannot”. Dia orang tanya kenapa, aku kata sebab orang atas suruh aku pergi sebab aku bukan cikgu yang baik. Aku ajar students aku benda tak betul. Students behave bukan sebab respect, tapi sebab afraid. Fear with me. Masa ni bertambah-tambah menangis dia orang.

Ya, aku tahu. Mungkin sebahagian pembaca akan kata sebagai cikgu, aku tak patut cakap macam tu dengan students aku, but they have the right to know the truth. Walaupun mereka masih kecil, telling them lies is not a good thing too. Hati aku remuk, sedih teramat sebab aku tak pernah bayangkan diri aku akan tinggalkan tempat ni sebab niat aku masa mula-mula kerja dulu, di sinilah aku akan berkhidmat sampai akhirnya, in shaa Allah. But, things not happened the way I wish it to happen. Aku harus pergi.

Jam 4.00 petang, aku jumpa dengan supervisor aku and bagi resignation letter. Aku kata terima kaseh sebab at least you give me the whole day for me to be with my student. Aku kata, aku tak pernah bayang diri aku tinggalkan sekolah ni; never. Tapi, aku tak da pilihan. I think this is the best way for me to protect my dignity. Aku kata, aku tak pernah ada masalah dengan orang atasan or management kecuali regarding the warning letter case tu. Aku akan ingat semua benda baik yang berlaku dan aku sedar, secara professional, I gained a lot from this company too. All the trainings tu bukan sesuatu yang sia-sia. Even waktu aku cuti sakit pun, company bayar gaji aku walaupun masa tu aku masih lagi dalam probation.

The years that I spent with the company memang akan jadi kenangan buat aku; students, student’s parents, kawan2, kawan2 dari department lain yang baik dan penyayang semuanya, serius, aku sayang dia orang. Aku minta izin untuk datang hari minggu amek barang personal aku sebab aku memang tak sempat nak kemas apa-apa. After half an hour, aku keluar, settle kan kerja yang berbaki, jumpa students and masa parents datang untuk amek anak-anak dia orang, aku hanya mampu menangis dalam pelukan kakak-kakak tu. Banjir air mata lagi.

Malam esoknya, kenalan aku dari sekolah bagitau, kalau aku willing to come back to school and say sorry, they are more than happy to accept me again. Mereka kata bukan niat mereka nak suruh aku berhenti. Aku tergamam sekejap, sebab sesi hari Khamis tu mereka tak bagi aku banyak pilihan pun. Ahad pagi, pengetua called aku and minta aku settle kan hand over task masa aku nak datang kemas barang nanti. Tergamam kali kedua; baru malam tadi bagitau benda lain, pagi tu dah terima panggilan lain pulak. Ahad malam, aku datang sekolah untuk amek barang-barang personal aku. Guard yang jaga tu tanya siapa nama aku, aku bagitau.

Then, dia kata dia kena escort aku sampai atas. Jaga and observe aku masa aku kemas barang. Aku kata, aku takkan amek barang-barang sekolah, aku hanya datang nak amek barang-barang personal aku. Tak perlu la nak escort and observe; macam penjenayah aku rasa masa ni. Aku naik atas and kemas barang-barang aku. Tak sampai 5 minutes, ada guard datang and check aku. Ma shaa Allah, aku bukan pencuri, tak de nya aku nak amek barang-barang sekolah punya. Mungkin dalam setengah jam macam tu, pengetua sampai bersama salah seorang guard. Mereka berdua duduk di situ dan aku teruskan untuk kemas barang-barang aku. Settle kemas barang, aku jumpa pengetua and nak say few things sebab ni kali last aku jumpa dia. Tak sempat aku nak habiskan kata-kata aku, dia kata tak ape, sesi hari Khamis tu dah cukup. Aku pulangkan kad aku dan berlalu pergi.

Minggu depannya, one of my parents offer untuk hantar aku pergi ke labor office; rujuk kepada mereka action apa yang aku boleh amek. Sampai dekat labor office, aku ceritakan situasi aku dari A to Z dekat officer yang bertugas. Mereka kata, tak boleh buat apa-apa sebab aku dah berhenti; maksudnya aku redha dengan pilihan yang mereka bagi. Officer kata, kebiasaannya, bila terjadi kes macam ni, majikan akan menang sebab pekerja memilih untuk undur diri (sama macam kes aku). Tapi, sebenarnya, ada beberapa kesalahan yang majikan dah buat semasa handle kes aku ni. 1) Mereka dah tuduh aku tanpa bukti. 2) Mereka paksa aku untuk sign warning letter.

Officer kata, warning letter tu kalau aku tak sign pun tak ape and majikan tak boleh paksa aku sign, sebenarnya. 3) Mereka paksa aku resign. Walaupun mereka bagi pilihan, tapi, siapa je yang nak kena pecat. Semua pun tak nak kan. Officer kata, sebagai pekerja, kalau kena kes macam ni, datang je kerja. Walaupun mereka issue termination letter, datang je kerja. Walaupun mereka halang untuk aku masuk kerja, datang je kerja. Masa ni kalau aku belum berhenti, macam-macam aku boleh buat. Tapi, tak semua orang boleh bertahan bila keadaan dah jadi teruk macam ni. Lagi-lagi bila supervisor kita dah tak ngam dengan kita. Akan ada saje argument nak cari salah kita walaupun perkara tu tak da kaitan dengan kes ni. Untuk makluman, aku merupakan cikgu kelapan yang berhenti dari institusi tersebut dalam tahun ni (2018).

Aku berharap agar mereka-mereka ini dapat menunaikan tanggungjawab mereka dengan sebaiknya. Ada sebab kenapa kita ada specialization dalam kerjaya. Guru bertanggungjawab terhadap anak-anak didiknya, Majikan bertanggungjawab terhadap pekerja-pekerjanya, Doktor bertanggungjawab terhadap pesakit-pesakitnya, Akauntan bertanggungjawab terhadap duit di bawah jagaannya, HR bertanggungjawab menjaga kebajikan pekerja di bawah jagaannya. Sistem Syura dalam Islam yang diperkenalkan oleh para sahabat dulu bukan untuk kita tulis dan jawab dalam kertas exam sahaja, ia harus juga dilaksanakan melalui kehidupan sehari-hari.

Komunikasi, toleransi, itu semua yang kita didik anak-anak murid kita supaya terapkan dalam kehidupan mereka. Janganlah kita jadi orang yang cakap tak serupa bikin, hebat di media social tapi hakikatnya rapuh, tiada sistem, tiada keadilan, tiada toleransi dan zalim. Aku mengaku kesalahan aku, tapi aku tetap dilabel sebagai cikgu bermasalah dan tiada disiplin. Semoga aku mampu untuk menjadi orang yang lebih berlapang dada dan lebih sabar dalam menangani masalah seperti ini kelak. Kezaliman berlaku bukan sebab orang jahil jadi pemerintah, tapi sebab orang yang soleh dan bijak pandai yang berdiam diri. Allah takkan uji melainkan kita mampu. In shaa Allah, aku mampu. Aku mampu.

– Mrs A

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *