Assalamualaikum. Aku berharap admin dapat publish kisah aku kali ini. Dah lama aku tak jenguk page IIUM Confession. Semoga semua pembaca dikurniakan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki oleh Allah Taala.
Aku, awal 30an. Bekerja di utara tanah air sebagai salah seorang pengurusan tertinggi syarikat. Aku bermula bekerja sejak dari aku grad Ijazah Sarjana Muda. Syarikat ni kecil saja, tapi Alhamdulillah, hampir 8 tahun di sini, aku dilantik sebagai decision maker syarikat ni.
Syarikat aku bekerja ni merupakan sektor yang berkait rapat dengan sektor kritikal, yang mana memerlukan aku selalu standby di lepas waktu bekerja dan termasuk dikala cuti. Standby pun cuma di rumah tapi ada masa aku kena jawab call dari bos dan customer di luar waktu kerja.
Dulu, sebelum aku berkahwin, aku dah terbiasa dengan kehidupan aku yang tak pernah lapang. Sentiasa habiskan masa dengan kerja. Cuti pun masih bekerja. Maybe orang cakap aku hamba kerja, tapi bagi aku, ni passion aku.
So, dipendekkan cerita, aku berkahwin dengan seorang lelaki yang aku kenal di dunia maya. Tuntutan kerja aku buat aku tak ada masa untuk bersosial di dunia luar. Dalam masa 1 tahun setengah kenal, kami kahwin atas dasar suka sama suka.
Sebulan lepas aku berkahwin, baru aku tahu. Gaji suami aku separuh dari gaji aku. Itu pun lepas aku tengok payslip dia.
Terkejut? Ya. Sepanjang aku kenal, aku tahu dia bukan dari golongan terpelajar dan aku ok. Dia cuma bagitahu aku yang dia kerja dengan gaji around 1.5k-1.8k. Wallahi, aku percaya dan bagi aku masa tu, itu cukup memadai.
Dan kami teruskan kehidupan kami, aku topup apa yang kurang, kadang-kadang perbelanjaan rumah tak cukup, aku tambah. Sesekali aku bersuara, katanya ni saja dia mampu. Aku kembali diam. Setahun kemudian, bulan March 2020, negara lockdown. Aku mengandung 7 bulan.
Suami aku diberhentikan kerja. Masa tu aku menangis setiap malam dalam bilik air. Barang anak kesemuanya aku gunakan duit aku hinggakan habis duit saving aku.
Bila aku tanya bila nak cari kerja, dia diam. Ditambah pula ibu mertua aku sokong suami aku tak bekerja masa tu, suruh jaga aku di rumah.
Hakikat nya, dia main game siang malam. Tidur lewat malam, bangun 4-5 pagi tengok tv, main game. Aku banyak makan hati.
Sampailah dia diterima bekerja di satu syarikat. Dengan gaji yang sama macam kerja lama dia. Aku dah tak masuk campur. Biar lah, asalkan makan pakai kami sekeluarga cukup tu jadi lah.
Masuk 2022, gaji suami aku dinaikkan. Aku bersyukur sebab finally gaji suami aku naik. Kurang lah sikit bebanan bulanan.
Setiap bulan kami berdua akan bincang komitmen bulanan. Komitmen bulanan aku saja RM1500+-, suami aku RM800+-, hasilnya baki akhir kami lebih kurang sama saja.
Ini komitmen tetap ya. Sebab aku risaukan dia travel pergi kerja guna kereta lama yang selalu rosak, aku belikan kereta untuk suami aku. Dengan syarat, dia bayar 40% dari installment tu sebab aku tahu banyak tu je yang dia mampu bayar.
Tahun ni, workload kerja aku bertambah sebab aku dah tak da assistant di tempat kerja. Company tak mampu nak hire banyak orang dah.
Hari-hari aku di tempat kerja, aku terlalu stress. Stress sampai aku rasa nak menangis tapi aku tahan je. Kalau aku berhenti, siapa nak bayar semua hutang aku. Kalau aku cari kerja lain, belum tentu aku dapat gaji sebanyak ni.
Bila aku balik rumah, aku jadi lagi kemurungan. Suami aku ni jenis 1 aku pesan, 1 lah dia buat. 1 aku ajak, 1 lah dia buat. 1 aku marah, 1 lah dia buat.
Aku dah cakap selembut-lembutnya, tapi di penghujung hari, aduh aku selaku diberi alasan “nanti abang buat’. Sudahnya berminggu tak buat. Nak marah, aku pun dah letih nak bising-bising.
Bila aku bergaduh dengan suami aku, aku akan cabut-cabut rambut aku. Aku akan hentak kepala aku dekat dinding. Nak bergaduh pun aku dah tak larat. Dengan masalah kerja, anak lagi.
Suami aku baik. Dia solat tak tinggal, puasa tak tinggal. Tapi bila bab tanggungjawab tu aku rasa entahlah, tak tahu nak gambarkan macam mana.
Kadang-kadang aku rasa, kenapa rumahtangga aku macam tak bahagia? Bila aku fikir balik, aku kena berdamai dengan kisah silam aku.
Momen-momen aku dibiarkan menyara kami berdua masa lockdown bila suami aku tak kerja masa tu. Aku ada tanya suami aku, kenapa dia tak pernah cakap terima kasih kat aku sebab aku tolong keluarga kami masa dia tak kerja dulu. Dia diam.
Sebelum ni, aku ada cakap kat suami aku, aku tak nak pun duit ringgit. Aku nak dia hargai aku. Hargai aku sebagaimana yang aku deserve.
Bagi aku layanan yang aku deserve dapat sebab aku ja yang ada dengan dia masa dia susah dulu, even mak ayah dia atau adik beradik dia pun tak tolong dia masa dia tak kerja dulu. Dia banyak diam bila aku cakap pasal duit. Dia pernah cakap, adakah belum cukup layanan yang dia bagi?
Minggu lepas, dia ada belanja aku makan. Masa dalam perjalanan balik, suami aku cakap “bulan ni tak jadi nak servis kereta sebab duit dah guna dah”. Aku sangat terasa.
Sepanjang minggu ni aku fikir, aku yang bermasalah ke suami aku yang bermasalah ke rumahtangga aku yang bermasalah?
Aku dapat rasanya, emosi aku sangat tak stabil. Aku pernah cakap kat suami aku, aku perlukan pertolongan. Dia suruh aku banyak doa, banyak solat. Aku cakap, ya. Aku tahu semua tu.
Aku tahu sekarang ni aku ada tekanan emosi. Aku perlukan pertolongan. Aku perlu jumpa pakar. Tapi suami aku tak faham.
Adakah kerana aku seorang isteri, aku perlu tanggung semua ni sorang-sorang?
Apa aku kena buat?
Soalan yang aku teringin nak orang jawab.
Adakah aku ni ada masalah psikiatri atau postpoartum disorder?
– PUAN JIWA (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit