Kerana Arak, Hidup Binasa

Assalamualaikum u ols

Melur di sini nak share tentang kisah pakcik melur yang merupakan seorang engineer tapi tak kahwin sampai ke sudah dan membujang sampai ke tua. Pakcik meluar ni baik dan sangat sangat berbakti kepada nenek melur (ibu kandung dia sendiri). Time nenek melur sunyi kat rumah, dialah yang rajin jenguk nenek, suapkan makan, sanggup tidur every weekend balik kampung teman nenek sorang2 sebab risaukan nenek duk sorang2.

Dia sanggup drive jauh2 lepas habis kerja untuk balik kampung demi berbakti kepada nenek melur. Baik kan dia? Dia juga gunakan duit dia untuk hantar nenek melur pergi umrah. Dia gunakan duit dia untuk belikan hadiah untuk nenek. Senang cerita, memang dia sumbangkan segala duit dia untuk kebaikan dan kegunaan nenek melur. Dia hantar nenek pergi check up hospital. Dia bawak nenek jalan2.

Dia ikut je segala cakap nenek. Nenek kata A, dia buat A. Nenek kata nak pergi B. Dia hantar nenek pergi B. Memang macam pak turut la pakcik melur ni. Tak pernah melawan cakap nenek melur. Nenek ni kadang2 bila datang mood swing dia, dia membebel2 teruk jugak kat pakcik melur bila terlambat sampai sikit ke or buat salah kecik ke. Tapi pakcik diam je sambil sedut dan hembus asap rokok berkepuk2 dengan muka takde perasaan.

Cool gila pakcik melur. Melur boleh katakan, dia memang anak yang sangat taat kepada ibunya. Di saat adik beradik yang lain semua busy dengan rumah tangga masing-masing, dialah satu-satunya anak yang boleh berkhidmat sepenuhnya untuk ibu sendiri.

Tapi. Pakcik melur ada dark side dia. Dia mula terjebak dengan clubbing dan mula jadi kaki minum sejak berkawan dengan kawan yang salah. Kerana kawan, dia rosak sama.

Satu family melur tak tahu dia malam2 masuk kelab dan minum. Tapi aktiviti gelap dia kantoi bila melur singgah rumah dia secara tiba2. Masa tu dia terkejut jugaklah tapi melur dah pun sampai, so dipelawanya melur masuk ke rumah. Anak sedara kot takkan taknak ajak masuk rumah.

Melur masuk rumah dia je, masyaAllah bersepah betul rumah. Gitar dengan keyboard bersepah terumbang ambing. Minat muzik rupanya pakcik melur ni. Rumah pula bau busuk macam bangkai. Nampak sangat tak terurus pakcik melur ni. Dalam hati melur dah terfikir ‘kan bagus kalau pakcik kahwin. Ada jugak orang nak uruskan dia’.

Pakcik suruh melur buat macam rumah sendiri. Pastu pakcik pulak nak keluar masa tu, ada hal katanya. Melur pulak tiba2 je lapar, so melur pun pergilah bukak peti ais nak cari makanan sikit untuk dimasak. Perghh terkejut gila melur bila nampak bersusun arak dalam peti ais. Mula2 mula bersangka baik. Melur check label kat botol2 tu semua. Mana la tahu kot2 la tu air biasa je, packaging je macam arak. Tapi melur memang tak silap dah sebab dia memang ada tulis kandungan alkohol dekat label botor tu. Macam-macam perisa ada.

Disebabkan terkejut, melur pun tak jadi nak makan. Terus hilang lapar. Rasa sedih sebak semua ada. Tak sangka pakcik yang sangat baik ni rupanya kaki minum. Macam mana lah perasaan nenek kalau tahu anak dia ni kaki minum. Aduh.

Bila pakcik balik, melur ajak sembang dengan pakcik. Slow talk gaya dewasa la katakan. Dah lama sembang barulah melur tanya pakcik malam2 gi mana. Pakcik jujur je. Dia kata dia ikut kawan gi kelab. Melur tanya kenapa pergi tempat macam tu? Dia kata nak hilang stress dan bosan. Duk rumah pun taktahu nak buat apa. Melur tanya lagi, kenapa minum benda tu (arak)? Dia kata sebab benda tu sedap. Dulu dia try stop tapi tak boleh sebab dah ketagih.

Hmm. Melur sedih tengok pakcik melur ni. Usia pun bukan muda dah. Pastu melur cakap nak pinjam henfon dia nak main game. Dalam melur duk godek godek tu tetiba melur nampak gambar pompuan seksi seksi (melur rasa macam awek cina). Aduhh sekali lagi melur rasa nak pengsan. Dah kenapalah pakcik aku ni…! Masa ni dah macam-macam fikiran jahat tentang pakcik. Melur sampai boleh terfikir lagi ‘janganlah pakcik pernah langgan pelacur sudah’.

Melur usik pakcik. “Pakcik taknak kahwin ke?”. Pakcik cakap takde sape nak. Lagipun pakcik dah tua, tak hensem. Melur cakaplah, mesti ada punya yang nak. Pakcik je kot yang memilih. Pakcik pun kewangan stabil. Muka ada je rupa. Hensem je aku tengok. Tapi pakcik cakap “malaslah. Malas nak fikir. ”

Aku simpan rahsia pakcik aku ni ketat2. Aku taknak nenek tahu. Aku taknak adik beradik dia tahu. Kalau tak, mau sakit jantung semua. Kang mati mengejut semua, aku jugak yang susah.

Lepas tu sejak kejadian tu, aku selalu usik pakcik aku, ajak dia baca quran. Suruh dia solat ke masjid. Kadang2 aku sengaja pasang ceramah agama bila ada dengan dia. Pasang kuat2 lagi suruh dia dengar.

Alhamdulillah. Lama2 aku nampak pakcik dah slow2 berubah. Dia start berubah bila dia dah tak berkawan dengan geng2 yang merosakkan dia dulu. Now aku faham, kawan yang jahat ni memang kuat pengaruh dia. So sekarang pakcik pun solat tak tinggal, dan dia pun dah gi umrah. Rokok pun slow2 nak stop katanya.

So korang yang rasa sunyi dan lonely tu, pilihlah kawan yang baik. Ada banyak je cara untuk enjoy dan buang jauh2 rasa bosan. Boleh je buat aktiviti outdoor dan start hobi baru yang bermanfaat ke. Yang paling penting sekali, jaga solat. Sebab tinggal solat ni lah kunci pertama yang dekatkan kita kepada kemungkaran..sehingga akhirnya kita rasa dah terbiasa buat dosa dan takde rasa bersalah.

– Melur

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit