Kerana Bantuan RM100

Assalamualaikum. Hi, aku muncul lagi tapi dengan topik yang lain. Aku rasa aku bakal kena kecam tapi aku sekadar nak kongsi dan nasihat. Anggaplah aku membebel sebab sayang.

Baru baru ni sekolah dah agihkan bantuan RM100 pada setiap ibu, bapa dan penjaga yang layak. Syarat layak ialah isi pendapatan rumah RM3000 (kasar) dan ke bawah. Kasar tu maksudnya gaji pokok bukan gaji bersih. Kalau bersih tu bila kau dah potong segala benda dalam slip gaji. Gaji pokok tu gaji sebelum potong apa apa dan tambahan elaun tetap.

Masalahnya timbul bila ketelusan isi borang tu tak ada. Pentingnya telus ketika isi borang ni bila nak agihkan duit bantuan dan bantuan lain. Sebelum nak agihkan duit RM100, kita orang ni kena bagi borang dan kutip semula borang. Macam orang kurang je bila aku kutip borang ni kau tahu. Payahnya hmmmmm.

Nak serah duit RM100 dan bantuan lain bukan buta buta gitu je weh. Kang ada cakap cikgu pilih kasih la, cikgu belanja duitlah. Ada prosedurnya ;

1. Borang maklumat murid.

Borang ni tersangatlah penting. Borang ni cikgu akan rujuk untuk isi APDM (aku rasa semua sekolah sama, betulkan kalau salah). Melalui borang ni lah kau kena telus. Telus la, isi tentang maklumat kerja, gaji, nombor telefon, status, maklumat pasangan pun telus. Kalau kau tipu hmmmmmm baca kat bawah.

Melalui maklumat APDM ni lah, para cikgu tengok layak ke idok terima bantuan. Kalau bantuan RMT lak perkapita RM140 ; gaji ibu, bapa atau penjaga tambah lepas tu bahagi dengan jumlah dalam rumah. Kalau layak, semua dokumen kena ada pengesahan seperti ic dan slip gaji dan diserahkan pada cikgu RMT (correct me if im wrong). So kalau tipu masa isi borang maklumat tu, hmmmm jawablah sendiri.

Sama juga macam bantuan RM100 ni. Masa kau isi borang maklumat, gaji kau dan pasangan, lain. Tiba tiba bila minta pengesahan gaji, tu diaaaaaaaaaaaa. Terus tak layak. Janganlah kau merungut, kau baca balik syarat dia apa. Pendapatan kasar isi rumah RM3000 dan ke bawah. Tu syarat yang diberi weh, bukan memandai aku letak. Kau pi lah Google.

2. Borang bantuan murid (aku rasa setiap negeri sama, correct me if im wrong again).

Selepas cikgu bantuan dah bahagi siapa dapat dan tak dapat (baca : senarai nama), kita orang kena semak semula dengan borang bantuan murid ni.

Tapi borang ni macam pening sikit. Banyak benda nak kena isi. Masa ni lah nak tengok siapa yang menipu, tertipu dan ditipu. Aku ada jumpa weh, mujur aku semak berkali kali. Takut oiiii kang aku lak kena ganti. Sob sob. Tambah tambah bahagian gaji, kau dengan pasangan.

Semua murid dapat borang bantuan ni. Semua murid perlu sediakan dokumen yang di minta dan perlu disahkan. Siapa nak sahkan? Golongan profesional atau ketua kampung atau kau Google lah kejap.

Ya. Pada saat inilah kita semak semua dokumen. Rupanya gaji ni letak salah. Rupanya macam ni. Rupanya macam tu. Semak, sama ada bebetul layak dan dapat bantuan RM100 tu atau sebaliknya. Siapa kata cikgu pilih kasih memanglah. Siapa kata cikgu yang makan duit tu memanglah.

Bila dah dapat semula (baca : lepas jadi tarzan), aku semak, bukan sekali, bukan dua kali, berkali. Semak dengan senarai nama tadi. Tally atau tidak. Bila tally baru kau serahkan surat jemputan untuk ambil RM100 kat sekolah.

3. Borang pengesahan gaji.

Ha, borang ni pulak kalau kau atau pasangan kerja sendiri dan tiada slip gaji. Borang ni lah kau kena isi dan kemudian bawa ke pihak tertentu untuk disahkan.

Tapi kalau kau dah ada slip gaji dan surat akuan sumpah dah tak perlu isi (sekolah lain mungkin cara lain).

Haaaaaaa kau tengok prosedur nak dapatkan bantuan tu. Bukan mudah weh. Kalau kau tak telus masa isi borang, kau susahkan banyak pihak. Pihak kau, pihak cikgu, pihak sekolah, eh banyaklah. Itulah pentingnya telus dan pengesahan dokumen.

Kalau kau tak tahu isi borang, kau tanyalah cikgu. Janganlah hentam keromo. Nak bagi RM100 dan bantuan lain bukan buta buta je tau.

Nasihat aku, teluslah weh. Aku tahu RM100 tu bernilai, tapi kau kena tengok syarat yang ditetapkan jugak. Aku tahu tak senang nak hidup dengan ekonomi sekarang, tambah lak anak ramai tapi teluslah weh. InsyaAllah rezeki kat tempat lain. Mana yang telus tu aku ucapkan tahniah.

Eh, sekian bebelan aku.

– Cikgu Anak Awak

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *