Assalamualaikum. Kerana BFF, bestfriend forever hidup saya dilanda PTSD oleh kerana terlampau sayang dan percaya.
Okay saya Farsya, mengenali bff saya Farahin. Kami ditakdirkan berkawan pada 8 tahun yang lepas, terjumpa kerana berkerja mencari rezeki sama-sama di Kuala Lumpur. Kami datang dari pinggir bandar.
Duduk bersama didalam 1 rumah sewa, dari saat itu kami semakin rapat. Mengenali nya membuat hidup terasa bahagia kerana Farahin sangat mengambil berat dan menyayangi saya sebagai sahabatnya.
Hampir setiap perkara kami buat bersama hanya berdua, sampai satu tahap Farahin terasa hati kalau saya ada kawan baru atau kawan yang ingin rapat dengan saya.
Sampai saya pegang phone pun dia akan mengerling pandang dan persoalkan kenapa nak online bila masa bersama dia.
Kami pergi travel bersama ke luar negara dan dalam negara. So dari situ kami lebih memahami antara each other.
Bila balik kampung untuk bercuti pun kami usahakan untuk berjumpa at least sehari untuk spend time bersama kerana rindu macam tengok wayang or just pergi makan.
Bila rakan sekerja melihat kami , pasti ada yang mengatakan mana ada Farsya disitu ade Farahin, mana ada Farahin disitu ada Farsya.
Pada 3 tahun lepas saya disunting oleh seorang lelaki dan dah ada plan untuk berkahwin. Tapi dari situ saya lihat Farahin berusaha untuk membatalkan plan saya.
Dikatakan dan ditakutkan saya dengan realiti perkahwinan dan perangai seorang lelaki. Oh ya, Farahin pernah bertunang dahulu tapi putus.
Setiap kali kami berborak pasti air mata dia mengalir menangis takutkan kehilangan saya dan dia akn rasa lonely jika saya berkahwin.
Walaupun kami 1 rumah dan ade 2 bilik tapi saya selesa untuk tidur bersama Farahin disebakan saya takut untuk tidur keseorangan.
Bila tiba malam kami akan berborak perihal kerja dan hal peribadi samapi la kami tertidur disebelah masing2. Kami sangat attached sampai orang lain rakan lain nak masuk dlm circle kami pun tak dapat.
Nak dijadikan cerita lelaki yang menyunting saya tu tiba-tiba ghosting. Dari situ saya dapat melihat Farahin sangat gembira dan kami menjadi lebih rapat lagi , dia memanggil saya dengan gelaran baby.
Setiap kali keluar atau kemana pasti saya kena update dia dan dia akn update saya.
Saya rasa agak pelik disitu, tapi since saya sendiri rasa selesa dan merasa oh bertuahnya aku dapat sahabat macam ni ambil berat setiap hal yang aku lakukan saya biarkan aja, sampai 1 tahap saya rasa tak boleh hidup tanpa dia.
Kami menjalani kehidupan bersama seperti wujudnya kami berdua sahaja didunia ini.
Saya rasa sangat bahagia..
Sampai lah satu saat yang saya sendiri tak mahu ingat last year ade seorang rakan kerja dari sabah baru masuk ke tempat kerja kami. Nama dia Brenda.
Brenda sangat lemah lembut dan caring pada semua yang mengenalinya. Farahin makin rapat dengan Brenda setelah mereka terlibat dengan aktivit CSR tempat kerja kami.
Dari situ Farahin sentiasa mengelak untuk buat aktiviti yang kani buat bersama dulu. Macam beli barang dapur, borak2 sebelum tido, infact dia meminta saya mengasingkan tempat tidur dengannya dengan alasan dia mahu privacy.
Segala perhatian yang pernah saya dapat dahulu selama 8 tahun dari dia kini beralih arah pada Brenda. Sampai bila mereka ingin keluar bersama Farahin terpaksa menipu dengan niat untuk menjaga hati saya tapi akhirnya instinct seoarang sahabat rapat dia kantoi.
Disaat itu saya merasakan ada gap dan tiada lagi sparkling friendship kami.
Kami just berjumpa cakap benda2 yang penting sahaja.
Saya ade confront Farahin kenapa sampai dia berubah macam ni sekali, dia mengatakan dia sendiri tak tahu yang Allah nak ubah hati dia pada Brenda untuk terus rapat dengan Brenda but at the same time dia tak mahu melepaskan saya sebagai sahabat dia.
Dari situ saya keep on salah diri sendiri apa salah aku apa kurang aku sebagai sehabat.
Tapi tak pernah merubah Farahin, seems like saya je yang tak boleh moved on dengan keadaan yang baru.
Farahin sudah tidak mengambil berat pasal saya lagi, dan sekarang hidupnya hanya tertumpu pada Brenda. Segala aktiviti dia, dia akan texting Brenda dan mereka akn buat sleep call every night, sebab apa saya tahu semua tu sebab saya nampk dengan mata kepala sendiri.
Ade 1 kejadian masa tu saya nak masuk bilik Farahin untuk mengambil barang, dia tengah berselimut cakap dengan someone,
Dan bila saya provoke tanya dia mengaku tengah bercakap dengan Brenda dan halau saya dari bilik dia dan mengunci terus pintu, saya meraung depan bilik dia menjerit menangis kenapa dia berubah sampai tahap begini.
Setiap malam saya bangun solat bertanya perihal takdir saya pada Allah, menangis keep on menangis sampai setiap hari sampai 1 tahap saya tak lalu makan dan berat badan saya turun mendadak oleh sebab gastrik menyerang.
Saya berasa miserable duduk dirumah keseorangan kerana Farahin akn mengelak dia akan buat kerja lebih masa, so kami semakin jarang bertembung di rumah. Kalau dia ade pun kami lebih berkurung dibilik masing-masing.
Saya berasa sangat lonely dan alone kerana selama ini masa saya diisi dengan kehadiran Farahin. Dengan aktiviti bersama. Bergurau, berborak dan masak kemas rumah bersama.
Sekarang aktiviti itu tidak kami lakukan bersama dan kami hampir tiada communication even conversation or texting.
Apa yang saya lakukan hanya menangis mengenangkan nasib.
Kawan2 pejabat pun makin perasan yang Farahin kini rapat dengan Brenda bukan dengan saya seperti dahulu. Mereka cuba untuk kembali ceriakan hidup saya, tapi dalam hati ni masih ade sayang pada Farahin walaupun Farahin dah buat macam2 dekat saya.
Saya harap pembaca doakan kembali kesejahteraan hati saya, ketenangan saya yang hilang setelah perubahan yang dilakukan oleh Farahin.
Sehingga kini saya masih tidak boleh move on dengan segala kebaikan yang dia buat selama kami bersama dan kenangan2 kami ketika kami bersahabat.
Nasihat saya pada pembaca jangan terlalu rapat dengan kawab sampai satu tahap bila kawan yang dipercayai itu pergi meninggalkan kita menjadi bagai layang2 yang tali nya terputus.
Kawan bolah tapi biarlah berpada. Kerana hati manusia bukan kita yang pegang, bila2 masa perasaan itu akan berubah.
Doakan kekuatan untuk saya kembalikan semangat setelah ditinggalkan sahabat sendiri.
Yang Terluka,
– Farsya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit