Kerana Bomoh Hubungan Keluarga Binasa

Assalamualaikum. Maaf jika cerita aku ini sedikit panjang dan mungkin tidak begitu seronok untuk dibaca maklumlah ini pertama kali aku menulis sepanjang ini.

Hari ini aku terbuka hati untuk ceritakan kisah aku dan keluarga difitnah mencuri sejumlah wang (yang agak besar) oleh saudara mara terdekat selepas aku membaca kes baru baru ni.

Iya, kejadian yang lebih kurang serupa juga tetapi sedikit berbeza terjadi pada aku dan keluarga, walaupun sudah lebih 11 tahun berlalu tetapi masih segar diingatan kami dan luka yang tergores masih lagi terasa seperti semalam baru terjadi.

Sebelum aku cerita tentang itu, aku akan cerita serba sedikit latar belakang keluarga aku.

Aku anak ke 5 dari 6 adik beradik. Bonda tercinta aku meninggal dunia sewaktu aku berumur 9 tahun. Adik beradik aku yang masih kecil (3 orang termasuk aku) semuanya dibesarkan oleh kakak aku (anak ke2).

Kakak aku berkahwin pada usia yang muda dan alhamdulillah aku dapat abang ipar yang baik rela menanggung makan minum kami adik beradik. Kalau pergi bercuti memang dia akan bayar semua A-Z dari dulu sampai sekarang.

Okay! Nak dijadikan cerita pada tahun kejadian ini berlaku. Abang ipar aku tidak berkerja kerana dia kerja secara contract dan lompat lompat company (oil & gas industry) Dan kakak aku bergadai barang kemas untuk makan minum kami sekeluarga.

Dan kakak aku (ke 4) dan aku juga masih bersekolah rendah, kakak aku juga (k e2) tengah sarat mengandung (selepas 4 tahun berkahwin).

Kejadian malang ini bermula selepas mak saudara aku hilang duit di rumah nenek aku. Dan apa yang menyedihkan, kami tidak tahu menahu kami yang kami dituduh mencuri.

Sebelum kejadian ‘disoal siasat’. Pada sebelum waktu zohor kami dihubungi oleh bapa saudara aku untuk datang, katanya ada family meeting selepas zohor dirumah nenek,

Tetapi family aku selepas siap solat semua baru nak bertolak ke sana kerana mudah sampai terus bincang apa yang patut dan jarak rumah aku ke sana hanya makan masa 20 minit sahaja.

Tetapi boleh dikatakan lebih 5 kali dicall oleh bapa saudara aku untuk cepat dan dicall itu oleh bapa saudara yang berlainan.

Kami pun pelik juga kenapa tak sabar-sabar kerana sebelum ini kami ada juga buat family meeting tetapi tidak lah nak cepat macam ni sekali! Dan sedara mara semua aku ni bukanlah yang jenis on time sangat.

Dan apabila sampai ke rumah nenek, wajah semua orang merenung tajam ke arah kami. Kami sangkakan sebab lambat tapi sebenarnya disebabkan RITUAL BOMOH. Tak jadi lah upacara tangkap tertuduh kalau yang tertuduh pun lambat kan, haha.

Bomoh itu menyuruh semua yang ada disitu gosok telur ke pipi ke semua anggota badan, dan surah-surah yang dibacanya juga semua ke laut.

Masa ini aku tidak faham kenapa mereka sanggup lakukan benda khurafat ini sedangkan semua belajar agama hebat belajar semua masuk universiti pun hebat hebat. Tapi semua ibarat di’rasuk’ oleh manusia yang dikatakan ‘tahu dan nampak segalanya’.

Semua pandangan jatuh kepada kakak aku (le4) kerana telur dia retak sikit. Tapi sebelum mak sedara aku pass telur tu dekat kakak aku tu pun telur tu sudah retak. NAMA PUN TELUR memang senang lah retaknya! Nak pulak gosok gosok macam tu lagi lah cepat retak!

Lepas tu telur mak sedara aku yang lain pulak retak tapi diorang siap tukar yang baru! YA ALLAH! Bomoh tu siap campak botol air lagi ya dekat abang ipar aku tapi abang ipar aku senyum je time tu hahaha haih.

Dan diringkaskan cerita lepas habis RITUAL tu kakak aku dipaksa masuk didalam bilik ditutup langsir dan pintu untuk ‘disoal siasat’. Siap menuduh anak yang dalam kandungan itu anak pencuri. Ya Allahh! A

ku dan kakak (ke 4) juga disoal siasat kalau kami bersubahat sekali. Mereka fitnah abang ipar aku yang mencuri kerana abang ipar aku tak berkerja dan kami satu keluarga juga bersubahat.

Dan yang paling menguris hati kami apabila abang sulung kami juga terlibat dalam soal siasat tersebut. Dia sebagai abang sulung sepatutnya protect kami tapi ini sebaliknya, tapi time nak pinjam duit cepat je cari adik beradik.

Bonda kami tidak pernah ajar kami mencuri, bonda kami ajar kami apa yang baik dan apa yang buruk. Sedih kami apabila dilakukan seperti ini.

Dilakukan seperti anak yatim piatu yang ditinggalkan tanpa sebarang didikan agama dan dituduh ini anak kepada anak dan kakak mereka, darah daging sendiri!

Katanya abang ipar banyak senyap tidak bercakap pada hari duit itu hilang kerana itu juga lah mereka suspect dia mencuri. Padahal abang aku tengah fikir pasal kerja urmm.

Mereka juga bagitahu kami yang katanya di rumah ruang tamu (tempat hilangnya duit) nenek ada cctv. Even sampai sekarang bayang satu video pun tak nampak.

Kami cakap alhamdulillah tunjuk kan. Kami tak salah aku kenal family aku macam mana! Nampak duit RM50 atas jalan pun kami tidak pernah ambik.

Sebelum bomoh itu buat ritual mak sedara aku juga sudah bagitahu yang dia suspect abang ipar aku yang mencuri duit dia. Memang dia aim siap siap lah jawabnya. Mereka siap datang rumah aku lagi cari duit.

Selepas kejadian itu kami pulang ke rumah, kakak (ke2) aku memang duduk je dalam bilik, aku dengan kakak aku (ke4) duduk di ruang tv. Time ni aku baru niat dalam hati sedapnya kalau boleh minum milo. Last sekali abang (ke 3) aku belikan nasi dengan milo sekali.

Memang betullah doa orang teraniaya ini Allah cepat makbul. Lepas tu pun banyak benda yang aku minta mudah je Allah makbulkan alhamdulillah.

Selepas kakak aku bersalin mereka datang tengok dan nenek aku cakap oh! Senang sangat bersalin, dengan nada yang sinis.

Sebenarnya banyak lagi benda yang menyakitkan yang terjadi tapi aku tidak boleh ceritakan semua, sebab ni aku taip pun dalam keadaan menangis. Aku takut kalau aku cerita semua, aku boleh warded sebab desperation sebab aku taip sambil aku flashback memories pahit ni.

Sejak dari hari kejadian tiada siapa yang datang minta maaf pada kami bahkan datang menyuruh kami melupakan kejadian itu kerana sudah lama kami tidak ziarah meraka, tapi sebarang perkataan maaf langsung tiada.

Sanggup percaya kata kata dari bomoh yang menyesatkan daripada kata kata darah daging sendiri. Berat sangat ujian time tu. Berat dia Allah je yang tahu.

Alhamdulillah sekarang kami sudah memaafkan semua, tetapi mahu kami lupakan maaf! kami tidak akan pernah lupa.

– Jane Doe (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Bersabarlah, jgn takut klu awak benar, bomoh2 ni masih dipercayai secara meluas dikalangan masyarakat kita, fitnah jin sebenarnya nak melaga2kan manusia…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *