Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Terima kasih kepada admin jika sudi menyiarkan post ini. Tujuan saya post bukan nak buka aib sesiapa pun. Hanya untuk pengajaran buat kita sesama manusia. Maafkan saya jika bahasa berterabur dan mempunyai unsur yang tidak sepatutnya. Betulkan jika saya salah dan tegurlah di ruangan komen.
Kisahnya begini, saya mempunyai seorang rakan yang saya namakan Fattah (bukan nama sebenar). Mempunyai cita2 yang tinggi, dan citarasa wanita idaman yg mesti cantik, kurus, tinggi dan paling penting buat beliau adalah bukan dari negeri pantai timur. Long short story, beliau akhirnya bercinta dengan gadis yg biasa-biasa tapi manis dipandang dan berasal dari pantai timur. Saya namakan gadis ini Amira (bukan nama sebenar).
Sepanjang Fattah dan Amira bercinta, pelbagai syarat yg dikenakan oleh Amira sebelum Fattah boleh bergelar suaminya. Contohnya, Fattah perlu kurus, exercise at least 2 jam sehari. Yang bagusnya Amira ni, dia sentiasa memberikan sokongan dan selalu ada bersama Fattah sewaktu exercise di luar. Antara syarat lain, Fattah tidak dibenarkan untuk post apatah lagi menghebahkan hubungan mereka kepada orang luar termasuk rakan sekerja (Fattah dan Amira 1 office). Hantaran pulak Amira minta 30k. Part ni dah rasa Amira ni reject Fattah secara halus. Tapi Fattah tetap nak usaha juga untuk kahwin dengan Amira.
Pelbagai syarat lain lagi yang dikenakan oleh Amira, yg tu kita skip ye.. Nak dijadikan ceritanya, Amira terkantoi bercinta dengan bosnya yang merupakan suami orang. Puaslah si Fattah dan kawan office yg lain pujuk Amira ni dah2 laa jangan buat hal dengan laki orang. So, senyaplah kejap si Amira ni. Dah takde dating lagi dengan bosnya. Fattah frust, tapi dia tetap maafkan Amira. Ingatkan Amira dah stop ada skandal dengan bosnya tu. Ternyata Fattah silap. Amira masih ada hubungan dengan bosnya dan telah terlanjur. Macam mana boleh kantoi? Fattah jumpa video perlakuan mereka dalam telefon Amira. Bos mereka pun dah mengaku dengan bangganya beliau dah meragut perawan si Amira. Nauzubillah min zalik. Fattah kecewa lagi dan sekarang Fattah masih dalam dilema sama ada ingin memperisterikan Amira atau tidak. Amira dalam proses berubah.
Perkataan sedang berubah itu sudah seringkali diucapkan oleh Fattah bila mengadu mengenai Amira. Kami juga sudah bosan sebenarnya. Bukan sekali dua, tapi sudah berulang kali. Kami cuma mampu mendoakan dan berharap supaya Fattah dapat membuat keputusan yang sewajarnya. Adakah jika Fattah memperisterikan Amira kelak, Fattah tak akan mengungkit masa silam Amira? Dan pelbagai persoalan lain yang Fattah perlu tanya pada diri sendiri jika beliau terus ingin memperisterikan Amira. Bagi kami, Amira bukan anak kecil yang tak tau baik buruk atau halal haram. Beliau boleh berfikiran waras untuk memikirkan tindak tanduknya, kesan dan akibat.
Pesanan untuk diri saya dan semua yang membaca, lelaki mahupun wanita jagalah diri sebaiknya. Jangan disebabkan wang dan cinta segalanya tergadai. Orang tegur sebab sayang, tiada hasad dengki mahupun cemburu tak boleh tengok orang lebih. Dan pastikan diri sentiasa berfikiran logik dalam sesuatu perhubungan.. Jangan sebab rasa, diri binasa. Fikirkan masa depan. Akhir sekali, semoga diri kita, ahli keluarga dan keturunan kita yang seterusnya dilindungi oleh yang Maha Esa, Tiada yang lebih selamat berbanding dalam limpahan rahmat Ilahi.. aamiinn.
Terima kasih.
Salam sayang,
– Dahlia
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit