Kerana Cinta Pertama

Bila netflix keluar series First Love, aku sangat excited. Lama weh tak dengar lagu First Love tu. Zaman muda-muda dulu, even tak kenal pun love tu pasal apa, aku boleh feeling habis dengar lagu tu.

Habis je tengok cerita First Love tu, aku mengelamun jauh. Sedihnya la takda cinta pertama. Tak boleh nak fefeeling, ‘I will love you forever and ever’.

Tapi bagi aku, series tu tunjuk nilai yang baik. Cinta tak semestinya memiliki. Dan aku selalu pegang, bila kau betul2 sayangkan seseorang, kau sentiasa mengharapkan kebahagiaan dia, walaupun bukan dengan kau.

Dan, coretan ini untuk kamu. Gadis yang terlalu obses dengan cinta pertama, sampai sanggup runtuhkan rumah tangga orang dan memutuskan hubungan seorang ibu dan anak. Ya, kamu yang bangga mengaku, kamu seorang lady gagah.

Waktu aku lihat senyuman yang terukir di wajah kamu saat lelaki itu berkata pada si isteri, ‘kalau perlu pilih awak atau dia, saya pilih dia’,

Aku bertambah yakin kenapa kau bukan perempuan baik. Apa kau buat sekarang membuktikan, cakap mak si lelaki tak salah. Kau bukan perempuan baik.

Kalau kau betul-betul sayang pada lelaki tersebut, kau takkan tega melihat mengalirnya air mata seorang ibu, sambil berkata, ‘kau anak derhaka. kalau kau pilih dia, kau mati dalam hidup aku’.

Kalau kau betul sayang, kau takkan sesekali biarkan dia tersepit di antara tanggungjawab seorang anak dan cinta ‘agung’ kalian.

Kalau kau betul mengharapkan bahagia lelaki itu, kau mengharapkan dia menjadi lelaki baik, suami yang baik dan ayah yang baik, walaupun bukan dengan kau.

Ya, awalnya aku simpati melihat kau. Aku betul-betul harap kau juga mampu bahagia. Tapi bila mana si isteri mengadu pada aku, lelaki itu tidak pernah putus berhubungan dengan bekas teman wanita nya, hilang sudah simpati aku.

Kau tahu, waktu bersemuka hari tu, sungguh ketara bezanya kau dan si isteri yang begitu lembut dan tenang meminta penjelasan. Kau rasa kau menang bila lelaki tersebut berkata dia pilih kau?

Disebabkan benda ini terjadi, semua orang nampak betapa baiknya hati si isteri, hinggakan ibu mertua yang tidak suka, terbuka hati untuk menerima.

Sebab kau, bukan setakat kehidupan isteri dan anak-anak lelaki tersebut huru-hara. Bahkan seluruh keluarga lelaki tersebut menjadi mangsa.

Si lelaki yang pada awalnya, seorang abang kesayangan semua menjadi begitu kerdil di mata semua. Sehinggakan hubungan keluarga lelaki tersebut pun berantakan, kerana ada yang berpihak pada si lelaki, dan ramai yang berpihak pada si isteri dan anak-anak.

Wahai si lady gagah, apalah yang nak dibanggakan sangat dengan cinta pertama kalian kalau tiada restu, bahkan kebencian dan kemarahan yang mengiringi hubungan kalian.

Jangan kau mendabik dada menuduh si isteri adalah pihak ketiga hanya kerana dia wujud selepas kau. Bukan main kau menyebut Allah dalam setiap nukilan blog kau. Apa kau tak terima qada dan qadar. Lelaki itu sudah berkahwin.

Tidak kira hebat mana cinta kalian, mulia lagi kedudukan si isteri di samping suami. Bahkan lebih tinggi bilamana si isteri merupakan ibu buat anak-anak si lelaki.

Orang ketiga itu, kau. Dan kau, yang bangga mengaku kau cinta pertama, merupakan punca segala masalah lelaki tersebut. Apa kau tak nampak?

Kerana kau, lelaki tersebut sanggup meninggikan suara pada seorang ibu. Hanya kerana, cinta kalian tidak diterima. Jika kau wanita baik, kau tidak akan rela melihat syurga lelaki yang dikasihi menjauh.

Cinta itu, biar bawa kebaikan dunia dan akhirat. Bukan semata, saling mengingatkan tentang solat dan puasa di atas dunia. Bahkan kehidupan yang lebih penting, di akhirat sana.

Hanya kerana kau, lelaki tersebut menjadi seorang yang biadap. Kerana kau, lelaki tersebut mengabaikan tanggungjawab, sebagai anak, suami dan juga ayah.

Apa kau tidak tahu. Hubungan yang diredhai itu, bilamana saling mengingatkan kepada kebaikan. Bukan sekadar amal ibadah bahkan segalanya. Mengingatkan si lelaki akan tanggungjawabnya juga termasuk.

Ya, aku tahu. Bukan kau saja yang salah. Lelaki itu juga. Lelaki TG itu. Walaupun berkongsi ikatan darah, takkan sesekali aku menangkan dia. Sudah aku pesan, jangan mainkan perasaan perempuan.

Wahai si lelaki yang kononnya sudah penat beralah sedari kecil. Apa kau tidak nampak, deritanya ibu mu disebabkan sikap ayahmu yang sama.

Apa kau lupa, deritamu sebagai anak, menjadi mangsa keadaan, tersepit di antara kedua ibu bapamu. Apa kau lupa apa rasanya membesar dengan melihat mereka saling bertelagah.

Sampai hati kau lupa bilamana kau dengan yakin berkata pada aku, ‘kita janganlah ulang silap mereka, ibu dan abah’. Kerana kata-kata kamu itulah, aku cuba sedaya upaya untuk menjadi lebih baik. Hilang sudah kekuatan aku.

Kenapa kau sanggup wariskan derita yang sama pada anak-anakmu? Kenapa kau mahu mengulang kitar toksik yang sama, hanya kerana dendammu.

Sudahlah berwayang dengan sesuatu yang kalian anggap cinta mati. Cukuplah apa yang pernah wujud antara kalian, kekal sebagai cinta pertama.

Cinta yang mengajar kalian untuk menjadi lebih matang dalam kehidupan. Sia-sia saja tercemar cinta kalian, disebabkan onar yang kalian buat.

Sedarlah wahai gadis yang mengaku gagah. Kau kata kau gagah, kau gadis ‘gajah’. Belajarlah mengorak langkah, tanpa cinta pertamamu.

Kembalilah wahai lelaki ke pangkuan keluargamu. Hidup atas dunia ni, bukan semua kau dapat. Dunia ini ujian. Korbankan lah rasamu demi keluarga yang kau sendiri pilih dan bina. Demi anak-anak yang masih berlari-lari memanggil daddy setiap kali melihat kau.

Keluarlah dari kitaran toksik yang diwariskan oleh ayahmu. Cukuplah berhenti sekadar itu. Lihatlah wajah si isteri, yang masih lagi setia menunggu.

Apa kau ingat mudah nak jumpa wanita setabah itu? Bertahannya dia, bukan sekadar kerana cinta. Tapi kerana dia isteri, ibu buat anak-anak mu.

Namun, andai rasa untuk redha itu begitu sukar untuk dicapai. Jadilah lelaki yang pernah kami bangga-banggakan. Seorang pelindung, yang juga cinta pertama buat kami. Kau harapan kami bilamana seorang ayah mengecewakan kami.

Andai benar kalian benar mahu bersama, kejarlah redha Allah di dunia. Panjatkan doa untuk bersama di dunia akhirat yang kekal.

Mengakulah kalian di pihak yang salah. Janganlah terlalu lantang berjuang untuk cinta pertama kalian. Cinta itu bukan segalanya. Ada amanah dan tanggungjawab yang lebih layak untuk dijaga.

Buktikanlah, cinta pertama kalian lebih hebat dari apa yang ditunjukkan sekarang. Janganlah rosakkan kenangan cinta itu dengan tangisan dan kesakitan, luka orang lain.

Aku suka part Harumichi buat keputusan untuk tak berjumpa Noguchi lepas putuskan hubungan dengan Tsunemi. Sebab dia yang approach Tsunemi dulu.

Samalah macam kau lelaki. Kau yang pilih wife kau dulu. Perkahwinan kau bukan dipaksa. Bahkan kau lagi tega berkahwin tanpa restu ibu mu.

Jika kau benar mahu ‘membalas dendam’. Kau patut buktikan kau boleh bahagia.

Jika tidak, jadilah lelaki seperti Harumichi. Berterus-terang damengan si isteri. Berdepan dengan masalah dan move on lah dari hidup Tsunemi. Kerana Tsunemi juga berhak bahagia, walau tanpa kau.

Andai benar jodoh, Allah akan pertemukan juga. Pada waktu yang lebih baik. Kau dan dia yang mengaku lady gagah tersebut perlu percaya pada aturanNya. Jadilah manusia yang beriman.

Tak ada bahagianya dengan menyakiti hati orang lain, hanya untuk bahagia berdua.

~~

You are always gonna be the one

I’ll remember to love, because you taught me how

Tak ada siapa boleh cabar kedudukan dia di tempat pertama. Jadikan lah tempat itu, tempat yang istimewa. Bukan tempat yang menjadi punca kalian berdua sengsara.

– kakak abang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *