Kerana Cinta, Takdir Dipersalahkan

Assalamualaikum, rakan2.. Setakat mana kita yakin jodoh itu rahsia? Baik aku akan kongsikan berkaitan tajuk ini.. oklah pertama sekali aku ucapkan terima kasih kerana korang sudi untuk membaca confession (kalau ada lah…) disclaimer sikit, mungkin kisah ini agak panjang kerana ia merupakan rangkuman kepada kisah diri aku yang agak lama juga.. dan mungkin jugak kisah ini agak bosan (mungkin lah..) so aku harap korang boleh la jadikan pengajaran daripada apa yang berlaku pada diri aku ini. Aku tak sure ada atau tidak orang yang mengalami kisah macam aku ni.. tapi yaa.. aku Cuma nak kongsikan disini oleh kerana sekarang ini aku dah sedar akan kebenaran ungkapan “jodoh dan pertemuan itu di tangan Allah”. So mari kita mulakan =).

Alhamdulillah, saat aku menulis kisah ini umur aku adalah 22 Tahun. Aku membesar dengan sangat baik dan penuh kasih sayang daripada Mak dan Abah. Aku sangat sayang kepada keluarga aku khususnya Mak. Yelah kan.. anak lelaki biasanya dia akan lebih rapat dan mudah berkongsi segala perkara dengan Ibu atau Mak dia. Aku juga rasa yang aku ni seorang anak yang manja dengan mak tapi yelah manja belakang-belakang jelah, depan adik beradik malu juga hehe. Alhamdulillah, abah aku juga seorang yang baik hati Cuma biasalah watak seorang ayah dalam keluarga biasanya tegas kerana sayang. Jadi aku sangat bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga yang dinaungi oleh dua insan yang bagi aku begitu sempurna dari segi agama, pendidikan, kesenangan hidup atau sebagainya.

Bila bercerita berkenaan CINTA atau lebih spesifik lagi berkenaan “couple” secara jujurnya aku bukanlah orang yang pernah terlibat dengan semua perkara tersebut. Mungkin kerana didikan yang diberikan oleh mak dan abah begitu baik sekali sehingga aku terpelihara daripada terlibat dengan gejala-gejala seumpama itu. Namun, fitrah manusia normal pasti akan ada perasaan cinta kepada ajnabi. Pasti akan terdetik dalam hatinya untuk mempunyai orang yang rapat dan boleh berkongsi apa sahaja yang dirasainya.

Maka setiap manusia itu juga mempunyai minat masing-masing. Setiap manusia itu juga ada kecenderungan terhadap ciri-ciri pasangan yang diinginkan. Hanya cepat atau lambat sahaja bagi seseorang itu untuk perasaan itu datang kepadanya. Jadi, untuk aku, aku mula memiliki perasaan ingin mempunyai seseorang yang aku rapat atau senang kata nk jadikan teman tapi mesra adalah bermula pada umur 15 Tahun. Orang itu dikenali sebagai Nur.

Oh ye.. sebenarnya pada masa ini aku lebih kepada crush pada Si Nur nih.. Cuma masa tu istilah crush tu masih belum wujud. So ya.. masa aku tingkatan 3, aku telah crush pada seorang wanita bernama Nur. Jadinya aku pun crush pada si Nur ni sehinggalah tamat zaman sekolah menengah. Tapi nama crush kan.. kalau aku dapat jumpa dia balik, still aku akan debor gak haha. Normal lah korang pun faham kan. Ok habis sampai situ je kisah aku crush dengan di Nur ni. Jadinya, daripada ting. 3 sampai ting. 5 ni, semua benda yang jadi pasal aku dengan Nur ni aku akan cerita dekat mak aku. Okay so aku highlight kat sini, aku memang jadikan mak aku tempat untuk aku meluahkan segalanya especially berkenaan hati dan perasaan ni lah. So bermulalah kisah aku yang sebenar tentang kebenaran hakikat jodoh dan pertemuan ini.

Aku berjaya menamatkan zaman persekolahan aku dengan mendapat result SPM dengan keputusan yang tidak begitu teruk namun tidaklah begitu cemerlang jika nak dibandingkan dengan rakan rakan yang lain. Orang kata setimpal dengan apa yang diusahakan gituu.. so cerita pasal Nur sebelum ni tamat begitu sahaja selepas sahaja aku tamat sekolah menengah. Kemudian, dengan keputusan yang sederhana baik tu, aku berjaya menyambungkan pelajaran di untuk peringkat persediaan@asasi kemudian peringkat degree di salah sebuah kampus yang tak perlu untuk aku nyatakan disini.

Semasa awal permulaan kemasukan ke kampus atau IPT, macam biasa kita akan berjumpa dengan lebih ramai manusia yang lebih cantik, hensem, helok dan sebagainya dan disini juga aku telah crush pada seorang insan yang aku namakan iqa. Kami merupakan classmate. Hmmm korang boleh faham x struggle nye jiwa dan raga ni bila mana aku perlu berhadapan dengan crush aku ni hampir setiap hari. So dipendekkan cerita, aku merasakan yang aku xboleh berterusan untuk berada dalam keadaan sebegini. Ok leklu, aku bukan nk confess kat si Iqa ni pun tapiiii…Aku telah mengambil langkah yang jauhhh berlainan daripada itu.

Suatu malam, aku ingat lagi masa tu aku otw nak pergi makan dengan member2. Malam tu kitorang decide nk makan western. Wow haha.. bukan selalu pun.. dan kebetulan masa tu ade duit lebih so sume orang On nk makan western. Jadi malam tu sebenarnya hati aku sangat x tenteram memikirkan betapa struggle nya diri aku untuk belajar setiap hari. Aku memikirkan tak kan aku nk biarkan benda ni berlarutan sampai tamat pengajian.. Ya..mmg Aku xde keberanian tu sbb aku xpernah ada pengalaman dan takdir dan perancangan Allah sebenarnya lebih utama. Jadi aku xpernah pun confess dan tunjukkan yang aku crush kat dia. Simpan dalam habis ni hahaha.

Jadi aku pun wasap Mak aku yang aku cintai malam tu jugak. Sambil-sambil tu layan lah makan western tu tapi.. dah x fikir dah nikmat makanan tu sbb fikir nk settle kan benda yang berserabut dalam kepala otak aku ni haa. So aku wasap mak aku betapa aku sangat x senang hidup macam ni, sebab aku memang niat datang ke kampus ini untuk belajar sebab aku berjaya dapat bidang yang minat so xkan nk sia-siakan rezeki yang Allah beri ni kan? Jadi aku pun menyusun ayat mengatakan aku ada crush pada seseorang ni, dan aku rasa aku mmg x mampu untuk go to the next level. So aku telah membuat suatu keputusan dimana aku yakin pada malam tu Allah adalah pemberi ilham yang terbaik untuk diri aku.
Aku kata kat Mak aku “ Mak.. along rasa, along perlu buat keputusan ini dan along mintak maaf kalau perkara ini akan menyusahkan mak” so mak aku pun balas pendek je.. “ ok ape dia?”…

biaselah orang lama mana rajin nk taip panjang2… so aku pun sambung.. “mak, along rasa x mampu untuk hadapi benda ini dan along memang niat nk belajar sahaja disini. Jadi untuk mendamaikan hati yang berserabut ni.. along dah buat keputusan nk mintak tolong mak…” x mampu beb nk lengkapkan ayat nk bagitau mak aku,sebab aku rasa keputusan yang aku buat ni dah macam bukan perkara normal (mungkin la). So mak aku pun balas lah.. “ ape dia? “ sambung…“ along nak mintak tolong mak untuk carikan jodoh along. Boleh x mak?”… mak aku bluetick je bhai..xtau lah mak aku bincang dgn bapak aku ke..mak aku fikir dulu ke ape… so sambil tungu mak aku reply aku makan lah dulu makanan depan mata tu. Selang beberapa minit mak aku pun reply. “ boleh inshaAllah..” … jadi aku pun cakap lah terima kasih sangat2 mak kerana mak sanggup memikul satu perkara yang aku consider ia satu perkara yang besar dan membebankan dalam hidup..

“terima kasihh makkkk =(“ ….. “sama2.. mak dengan abah dulu pun orang yang jodohkan..inshaAllah mak cuba berikan yang terbaik, so mcm mne skrg dah ok ke?” mak aku tanya… jujur beb masa tu air mata aku hampir nk tumpah tapi member sume ada depan mata pulak so control lah sikit kan… lepas je mak aku cakap boleh, hati aku mcm dah kosong dari segala keserabutan dan kegurasan..seperti telah hilang satu beban dalam hidup aku ni. Alhamdulillah ya Allah. Terima kasih ya Allah.

Maka dengan perjanjian yang telah aku lakukan itu, maka bermulalah fasa kehidupan yang baru bagi aku dengan segala sudut pandang aku terhadap wanita di kampus telah berubah sama sekali. Tidak ada lagi crush, ini kan pula keinginan untuk bercouple atau sebagainya kerana bermula pada waktu itu aku telah serahkan segalanya kepada Allah dengan juga mak yang dicintai =). Sambung nanti ye…

– IBNU96

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *