Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Aku mohon maaf andai coretan aku agak serabut sebab aku cuba untuk coretan kisah ini seringkas mungkin. Apa yang hendak aku coretkan disini adalah mengenai sebuah kejadian yang pernah berlaku didalam keluarga aku.
Aku mulakan coretan kisah ini bermula dengan ayah aku yang aku panggil Abah. Abah aku merupakan seorang bekas pensyarah di sebuah ipta yang telah melepaskan jawatan pendidiknya kerana terlalu minat akan perniagaan dan satu bonus abah aku seorang yang pandai memasak, kesedapan masakan abah di warisinya dari arwah nenek. Langkah awal, abah menyewa sebuah kedai di kawasan berhampiran tempat dia bekerja dahulu. Sebab utama abah memilih untuk memulakan perniagaan disitu kerana Abah kesiankan budak- budak belajar di kawasan tu kerana makanan di kampus agak mahal dan tak semua budak-budak tu anak orang kaya.
Awal-awal pembukaan kedai makan, abah dah siapkan satu menu khas untuk budak- budak belajar yang akan dapat potongan harga/minum percuma/makan percuma bergantung pada keadaan seseorang budak belajar tu sebab kadang-kadang tengah bulan, budak-budak tu tak ada duit tapi malu nak cakap pada masa yang sama lapar , abah hanya minta diorang keluarkan kad belajar untuk buktikan memang diaorang pelajar. Pada awalnya kedai abah hanya beroperasi pada waktu pagi hingga lepas makan tengah hari sahaja tapi makin lama kedai abah mendapat sambutan, tak kira budak belajar mahupon orang luar jadi abah telah lanjutkan waktu perniagaan hingga ke tengah malam. Dan ramai pekerja abah terdiri dari budak-budak belajar yang buat kerja sambilan. Abah dah anggap budak-budak tu macam anak- anak dia untuk kongsi rezeki. Rezeki Allah, abah membuka cawangan kedai makan yang kedua di satu kawasan yang juga berdekat tempat budak-budak sambung belajar. Kedai yang satu tu, abah amanahkan Pak Ndak aitu adik mama yang uruskan.
Okey, habis coretan pengenalan tentang abah, kali ni aku nk coretakan pasal mama. Hmm, bila bab mama ni tiba-tiba sedih sangat. Mama juga seorang pendidik seperti abah tapi mama adalah seorang guru bahasa inggeris di sebuah sekolah swasta berdekatan kawasan rumah kami. Mama orangnya sangat manis tetapi agak cengei dan kuat berleter, hehehe. Mama adalah penyokong abah paling kuat di mana bila abah ambil keputusan untuk berhenti kerja dan mulakan pernigaan yang orang sekeliling katakan abah orang yang tak bijak lepaskan jawatan yang tentu bergaji bulan-bulan tapi memilih gaji tak tetap. Mama akan sama-sama menolong abah di restoren jika dia tiada kerja. Bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, Abah di murahkan lagi rezeki bilamana abah membuka pernigaan katering pula. Alhamdulillah, abah tak lupa tanggungjawab dan paling penting abah tak ubah hati dia cari perempuan lain,hehehe..
Tiba-tiba satu hari mama tak sihat, mama pulang awal dari sekolah, jadi aku yang waktu itu sedang cuti semester teman mama ke klinik dan mama dan kami fikir mama tak ada apa-apa, kemudian hari baik- baiklah nanti. Tapi sangkaan kami meleset, mama jadi makin teruk, mama tak lalu makan dn sering muntah-muntah. Kami bawak mama ke hospital, mama di tahan di wad beberapa hari tapi keadaan mama masih teruk. Jadi Abah ambik keputusan bawa mama berubat secara Islam. Mama di bawa jumpa seorang ustaz di Ipoh. Dan ternyata syak waksangka abah benar, mama terkena buatan orang yang sebenarnya di tuju dekat abah tapi terkena mama yang lemah. Allah, waktu tu tiada apa yang dapat di ucapkan kecuali berdoa supaya mama segera pulih dan sampainya hati si penghantar tu. Dua hari kami menumpang di rumah ustaz bagi membantu proses pemulihan mama. Allhamdulilah, mama nampak semakin baik dan ustaz ada beritahu yang hantar ni orang dekat-dekat ja tapi abah tak mahu tahu siapa, abah hanya mahu mama sihat baik macam dulu. Kami pulang ke K.l selepas dua hari dan janji akan kembali dua minggu lagi untuk proses pemulihan seterusnya.
Setiap malam kami akan baca yassin lepas berjemaah, kadang-kadang kalau abah dan abang aku ke masjid, orang-orang masjid jugak akan bacakan yassin untuk mama. Tapi, iblis syaitan ni memang dah berjanji nak menyesatkan umat Nabi Mohammad kan, permainan dia kotor sangat, saat saat mama dah mula bergelak tawa, si sana hantar lagi benda tu ganggu-ganggu mama sampai mama meracau-racau, sampai ada satu saat mama tak ingat apa-apa mama ambik pisau toreh-toreh tangan, nasib baiklah pembantu rumah nampak mama cepat-cepat halang mama dari lakukan benda lagi teruk. Hari tu rumah memang kecoh sangat dengan mama yang tak henti-henti meracau. Ada satu ustaz yang duduk kawasan berhampiran abah panggil mintak tolong, ustaz datang dan ustaz ada baca-baca sikit lepastu bagi mama minum air, mama jadi tenang sikit.
Malam tu kami tidur sebilik dengan mama, takut mama tiba-tiba meracau lagi. Esoknya ustaz yang dari Ipoh tu sampai ke rumah kami. Ustaz bagitahu si sana dah tahu yang kita dekat sini dah tahu yang dia nak kenakan abah tapi mama yang kena jadi dia takut idenititi dia terdedah dia buat lagi dan kali ni dia hantar lagi, yang lebih kejam. Mama muntah-muntah darah berhari-hari. Hari last sebelum mama tinggalkan kami buat selama-lamanya mama muntah keluar kaca, rambut, jarum, Allah, anak mana sanggup tengok mama dia terseksa macam tu sekali, mama tu kecik je orang dia, tak tertanggung sakit mama alamai sorang-sorang. Mama memang lemah sangat malam tu, Mama tak mampu nak bercakap pon. Kami sama-sama berkumpul baca yassin tepi mama, masa tu keadaan mama memang, hmmm.. tak tergambar. Pagi tu 17.9.2015 lepas subuh mama hembuskan nafasnya yang terakhir dan aku dah tak ada mama.. Allah, rindunya dekat mama. Mama di kuburkan bersebelahan kubur arwah nenek.
Selepas kehilangan mama , aku yang memang terlampau rapat dengan mama masa tu memang kehilangan sangat sampai aku berhari-hari tak ke kolej. Tapi satu hari tu, abang aku datang marah-marah aku, paling menusuk hati bila abang aku cakap” engkau tak makan, sedih hari-hari ni , mama tak boleh hidup balik jugak, mama yang lagi sedih dekat sana tengok anak- anak dia macam ni.” “Engkau fikir sedih kau ja, tengok abah sana tu, lagi sedih tapi abah kuatkan diri demi anak-anak dia, engkau bila macam ni, tak kesian dekat abah ke?,” Allahu, aku terlampau sayangkan mama dan aku juga sayangkan abah, aku tak boleh macam ni, abah lebih kehilangan dari aku. Aku mula bangkit dari kesedihan, aku mula pergi kolej, bila lapang ja aku teman abah, ajak abah keluar mana-mana. Dan satu hari yang tak di sangka tiba-tiba Ateh anak Pak Ndak telepon abah mintak tolong abah datang rumah. Aku yang jadi pengekor abah, ikut ja abah ke rumah pak ndak. Sampai ja sana kami, makdak datang peluk-peluk aku padahal sebelum ni tak rapat mana pon, pelik. Makndak mintak kami ke
satu bilik dan sekujur tubuh pakndak sedang terlentang, kulit-kulit seluruh badan dia umpama terbakar, Allah kesianya pakdak pada masa tu.
Pakndak memanggil abah dengan nada yang lemah antara dengar dan tak dengar. Abah duduk di sebelah pakndak dan saat tu pakndak tiba-tiba menangis dan tiba-tiba mohon maaf dari abah, aku jadi keliru, kenapa tiba-tiba nak mintak maaf. Paknadk mohon maaf sebab pakndak yang bernafsu syaitan rupanya yang hantar semua jin syaitan tu. Sebabnya pakndak dengki dengan abah, abah buat apa semua menjadi, dia nak jadi macam abah jugak dan dia rancang nak kenakan abah biar abah terbaring ja dan kedai makan abah yang pakdak uruskan tu dia nak bolot tapi rancangan pakdak berubah sebab mama yang terkena, pakndak jadi tak keruan bila dapat tahu kami dah bawak mama berubat dan tak mahu kami tahu sapa yang hantar tu yang hantar lagi cuma kali ni lebih teruk. Aku saat terdengar pengakuan pakndak terjatuh terduduk, makndak datang peluk-peluk aku sambil nangis-nangis. Aku tak dapat terima apa yang aku dengar masa tu, aku tarik tangan abah ajak abah balik, abah tak menolak ikut aku. Makndak tahan aku supaya maafkan suami dia tapi hati aku masa tu memang berapi-api. Balik aku yang drive, aku biar abah layan perasaan dia, aku tahu abah lagi terkejut, pakndak yang dia anggap macam adik dia sendiri gamak budak macam tu dekat kakak kandung dia sendiri. Sampai dekat rumah, semua pengakuan pakndak aku cerita dekat abang , abang aku boleh tahan gila juga, dah berparang nak pergi rumah pakndak tapi abah sempat halang,” abah dah hilang mama dan abah tak mahu hilang anak” , ayat abah paling sentap masa tu. Keadaan memang kecoh sekejap tapi abang dah boleh bertenang di sebabkan abah.
Seminggu juga kami ambil keputusan untuk redha dengan apa yang jadi dengan mama, dalam seminggu tu anak pakndak tak henti-henti datang minta tolong maafkan ayah dia. Abah dan kami dua beradik, kerumah pakndak dan dengan redha dan ikhlas kami maafkan pakndak. Sakit memang sakit tapi mama selalu pesan, biar apa orang buat dekat kita jangan kita balas balik dan sentiasa maafkan orang. Kami bukan tunjuk baik tapi kami marah macam mana pon, benda dah berlaku, pakdak pon dah dapat pembalasan dia dan hanya doa agar roh mama dia sana sentiasa di tempat orang yang beriman. Tak lama lepas tu pakndak meninggal dunia. Pakndak meninggal lebih kurang sebulan lebih selepas mama.
Kini, dah beberapa tahun kami kehilangan mama tapi sayangnya kami kepada mama tetap utuh . Abah masih dengan perniagaannya, aku sekarang hanya membantu abah dalam urus katering dan kami pon dah berpindah ke kawasan yang abah dan mama beli tanahnya bergelar pendidik dulu. Abang aku dah pon berkahwin dan ada seorang anak perempuan, kalau mama ada sekarang ni, mamalah paling gembira dapat bermain dengan cucu. Kisah yang aku coretkan sedikit sebanyak boleh di jadikan iktibar dan pengajaran. Mungkin kita rasa kita dah cukup baik tapi dalam diam rupanya ada yang sakitkan hati melihat kita.Benda tu paling takut kalau di biar boleh melarat hingga menjadi dendam. Bermaafanlah sesama kita dan jangan dengki mendengki. Allah bayar cash.
– hamba Allah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit