Kerana Dia Maha Pengasih dan Penyayang II

Assalamualaikum, terima kasih admin post confession saya yang lepas. Terima kasih juga yang mendoakan saya. Terharu sangat dengan doa-doa semua. Semoga dengan semua doa kebaikan tu berbalik kepada anda juga. Aaminn. Saya rasa antara faktor Allah kurniakan kesembuhan untuk saya adalah doa.

Semasa saya sedang sakit dan melalui proses rawatan yang complicated, saya ada post di fb minta doa daripada semua, semoga allah permudahkan urusan saya untuk sembuh. Mungkin ada salah seorang yang doanya Allah angkat. Selain itu, apabila di diagnose cancer, dan doctor menjangka hayat dah tak lama, automatik timbul kesedaran dalam diri kematian semakin hampir, “aku dah nak mati”. Menggigil tubuh bila ingat kematian. Apa solusinya, saya kerap melakukan solat taubat dan sentiasa mengingati allah. Berdoa sungguh sungguh minta keampunan dan mati dalam keadaan husnul khotimah.

Selain itu, antara usaha yang dilakukan untuk kesembuhan saya adalah memberi makan kepada orang (kenduri). Ibu saya kerap membuat kenduri. Setiap hujung minggu hantar makanan ke rumah anak yatim, atau ke pusat tahfiz. Usaha ibu saya membuat kenduri Allah beri nikmat yang tidak putus2. Selain mendapat kesembuhan rezeki keluarga saya melimpah ruah. Nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan.

Ada pembaca yang bertanya, siapa tulang belakang yang sentiasa support saya untuk terus berdiri, jawapannya keluarga. Ya keluarga saya. Adik beradik saya berkerja jauh, di negeri yang lain, yang memakan masa berjam jam untuk sampai ke kampung halaman. Tetapi atas faktor kesihatan saya, mereka sanggup korbankan masa dan wang untuk pulang melawat dan menjaga saya. Saya tak akan lupa jasa-jasa mereka. Mereka sentiasa berada diteratas dalam doa saya. Moga Allah kurniakan syurga tertinggi untuk mereka. Aaminn.

Akhir kata,lakukan setiap usaha yang telah saya kongsikan dengan istiqamah. Jangan kerana allah dah kurniakan kesembuhan, kita berhenti memohon doa, berhenti lakukan solat taubat, berhenti membuat kebaikan. Minta maaf dan memberi maaf kepada semua orang walaupun orang yang pernah menyakiti hati kita. Memang mudah untuk berkata kata tapi sukar untuk menzahirkan kemaafan itu lebih-lebih lagi untuk orang yang dah menyakiti kita. Simpan saja semua kesalahan mereka sebagai pengajaran dalam hidup kita supaya kita tidak buat kepada orang lain.

– Cancer Survivor

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *