Kerana Diam II

Untuk part I, (https://iiumc.com/kerana-diam/).

Sambungan dari kisah Kerana Diam sebelum ini lagi menguatkan semangat aku untuk teruskan kehidupan tanpa seorang suami.

Aku minta diceraikan kerana sudah tidak tahan lagi dengan perangai suami yang suka menganiaya aku. Dari bulan September turun naik mahkamah. Dia tidak mahu melepaskan aku.

Ya memang dia ada pujuk aku tapi hati aku dah mati. Dalam pada pujuk pun dia siap menuduh aku ada orang ke 3 sedangkan dia yang berhuhahuha dengan orang ke 3.

Proses mahkamah aku sampai ke hakam keluarga tetapi belum sempat wakil keluarga aku dipanggil dia setuju melepaskan aku. Tetapi dengan syarat yang kejam.

Syarat dia, aku tidak boleh menuntut segala hak aku selepas bercerai iaitu iddah, mutaah, hak penjagaan anak, hutang, tempat tinggal, nafkah.

Aku juga tidak boleh menjual rumah yang dibeli bersama dengan alasan dia nak tinggal di rumah itu menjaga anak2.

Kenapa dia begitu kejam?

Dengan spontan aku menyatakan tidak menuntut iddah dan mutaah. Bab anak minta maaf memang aku tidak setuju dibawah jagaan dia.

Akhirnya pada 21.2.2023 aku diceraikan.

Selepas bercerai dia bawa 2 orang anak ke rumah mak dia. Aku hanya bawa anak kecil. Selepas seminggu tidak berjumpa aku cuba whatsapp ayah dia untuk pinjam anak2 aku.

Tetapi whatsapp aku tidak diendahkan. Sampailah hari anak aku ada temujanji di klinik pediatrik doktor telefon aku untuk tahu perkembangan kesihatan anak yang dibawa oleh atuknya.

Rupanya bekas suami berada di sabah pada minggu aku minta untuk ambil anak2.

Lalu aku minta pada atuk budak2 ini untuk ambil mereka petang hari.

Balik kerja aku ambil anak2 di rumah bekas mertua. Tiada orang tuanya di kawasan rumah mereka di dalam bilik air dan di bilik. Aku ketuk bagi salam tidak bersahut.

Aku panggil anak aku dia jawab dan nangis nak keluar dari rumah itu. Kelihatan anak sulung ketakutan.

Bila disuruh ambil beg asma yang tertinggal di dalam pun dia tidak mahu. Aku terus hantar anak2 balik ke kampung.

Bila ditanya2 mereka menyatakan selalu kena marah dengan keluarga belah pihak ayahnya termasuk ayahnya.

Dengan nekad aku pindahkan sekolah anak2 di kampung dengan alasan anak2 trauma tidak mahu balik ke rumah ayahnya.

Bukan aku tak nak berbincang tetapi bekas suami pun block whatsapp dan bekas bapa mertua tidak respon whatsapp.

Bila nak masuk sekolah bekas suami mendapati anaknya tidak bersekolah di tempat lama. Lalu terus mula whatsapp dan telefon aku banyak kali. Mengganggu aku di tempat kerja dengan alasan mahu berbincang.

Gangguan demi gangguan aku dapat kerana dia nak jumpa anak. Bukan aku tak bagi tapi sebab anak nak masuk sekolah aku kuatir dia bawa lari.

Bila di video call whatsapp pun anak2 tu menangis meraung tak nak tengok dan bercakap dengan ayahnya.

Tiap minggu ada gangguan dari keluarga belah bekas suami. Bekas suami datang dengan bawa ayahnya pada minggu pertama dan menuduh keluarga aku tortured anak2. Menyirap aku dengar dia kata macam tu.

Minggu kedua bawa ayah dan emaknya. Minggu ke 3 bawa kakak dia pula. Bukan main lancang mulut kakak dia menuduh keluarga kami simpan anak2 ni.

Aku siap diugut kakaknya nak datang rumah,tempat kerja untuk tahu di mana anak2 bersekolah.

Akhirnya pada 11 april 2023 hak jagaan anak jatuh pada aku. Aku bukan lah orang yang jahat seperti dia. Aku bagi dia hak bermalam, hak melawat, hak beraya, ha0k semasa cuti sekolah anak.

Maka akan bermula la episod aku sendirian untuk beberapa hari tanpa anak2.

Doakan aku kuat semangat dengan kehidupan yang aku pilih ini.

– Ija (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *