Kerana Dirimu Begitu Berharga

Hai salam readers. Salam Ramadhan Mubarak. Selamat berpuasa. Sebelum itu saya perkenalkan diri saya panggil je saya Maryam, dah bekerja dan sudah berkahwin.

Ok fyi, saya salah seorang pembaca tegar di IIUM Confession ni. Macam2 kisah saya baca dan yang pastinya kita semua tak pernah lari dari segala ujianNya.

Saya sebagai wakil wanita2 Malaysia nak beri nasihat pada wanita di luar sana. Jangan jadi perempuan b*d*h bila bercinta. Saya tahu kelemahan perempuan adalah dalam percintaan.

Perempuan yang ada master pun boleh jadi dungu dalam bercinta. Bila dah sayang sanggup buat apa sahaja janji dapat kasih sayang seorang lelaki.

Memang fitrah manusia nak bercinta dan berkasih sayang tapi jangan sampai jadi dungu. Saya pernah ada pengalaman dalam bercinta dan saya belajar dari kesilapan.

Selama saya hidup, bermacam gaya orang lelaki saya da hadap sama ada yang saya pernah kenal atau saya lihat dari jauh. Bermacam ragam.

Semakin saya berusia semakin kehidupan ini mengajar saya untuk lebih berhati-hati dalam memilih pasangan dan memilih sahabat.

Wahai wanita saya tahu hati wanita terlalu lembut kerana sifat kasih sayang yang Allah ciptakan untuk kita tapi jangan sia-siakan sifat ini hingga kita ternodai dengan cinta manusia yang bukan selamanya kekal.

Kalau nak bercinta kerana nak cari pasangan halal seumur hidup, jangan sampai hilang akal tetiba. Kenali lelaki sedalamnya sebelum buat keputusan untuk berkahwin.

Ini tak, sebelum kahwin da nampak redflags lelaki tu..

Antaranya lelaki kedekut nak keluarkan duit makan, duit persiapan tunang/kahwin, suruh pinjam loan, narsisstik, baran dan kaki pukul, berjudi, tahi dadah, tidak bertolak ansur, cemburu buta, dll lagi sifat yang tak elok tapi still in denial.

Still nak teruskan hubungan dan masih tak waras nak buat keputusan.

Hai wanita. Allah ciptakan wanita ini terlalu istimewa dan kuat. Islam menaikkan martabat wanita dari dulu dan jangan kita persiakannya hanya kerana seorang lelaki.

Malu kalau makcik2 cop anda andartu kerana lambat kahwin? Tak ada lelaki nak masuk minang? Persetankan apa orang nak mengata.

Always keep in mind kita memang sentiasa diuji dengan MULUT MANUSIA. Biar mereka kata apa, asalkan kita bahagia dengan cara kita dan hidup kita.

Biarlah lambat kahwin asalkan kita tak salah dalam memilih. Saya tahu mesti akan ada yang berkata sebelum kahwin ada yang pandai berlakon biasanya selepas kahwin baru tahu true colours pasangan.

Yup betul tak dinafikan benda ini. Tapi kalau waktu bercinta dah terang-terang Allah tunjuk sign tu, jangan teragak2 dalam membuat keputusan.

Namun sekiranya sebelum kahwin semuanya smooth tapi lepas kahwin Allah uji, itu memang fitrah alam. Setiap rumahtangga pasti diuji.

Saya cuma pesan bagi yang dah bercinta tapi masih dungu dalam buat keputusan atas sebab sayang sangat, sebab lelaki itu handsomelah, tinggilah mcm mamat Korea, bla -bla- bla. Huh.

Saya juga pernah melalui fasa-fasa sukar. Terserempak dengan lelaki miang, lelaki narsistik dan melalui mereka saya belajar,

“Aku tak boleh jadi bodoh kerana lelaki. Aku mesti jadi wanita yang betul-betul berpendidikan bukan saja bijak atas kertas tapi bijak yang SEBENARNYA bijak.”

Walaupun ada wanita yang kurang pandai dalam pendidikan dia mampu jadi wanita yang pandai dalam kehidupan.

Pernah bertemu dengan orang yang salah, redha dan akhirnya Allah temukan dengan orang yang betul. Alhamdulillah.

Nak kahwin!? Kahwinlah. Tapi jadikan perkahwinan itu sebagai jambatan untuk lebih dekat kepada Allah.

Firman Allah سبحانه وتعالى dalam Surah Adz-Dzariyaat 51; Ayat 49;

“Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, agar kamu mengingati (kekuasaan kami dan mentauhidkan Kami) akan kebesaran Allah.”

Hidup ini terlalu mahal untuk dipersiakan. Jangan jadikan hidup semata untuk lelaki tetapi jadikan hidup ini salah satu jalan untuk cari Cinta Allah.

Kita tetap akan bertemu dengan ujian di setiap jalan untuk sampai kepada cinta Allah.

Fasa-fasa sukar ini kalau kita hayati dengan baik kita akan dapat hikmahnya berbanding dengan orang yang hadapi fasa sukar dengan jalan yang salah. Kita bukan hidup dalam cerita fantasi.

Kita hidup dalam kisah benar menuju akhirat. Please wake up! Jangan bermimpi untuk jadi puteri dongeng. Jadilah sebenar-benarnya ‘Bidadari’ demi meraih Syurga abadi.

Bagi wanita yang sedang berjuang melalui sakitnya ujian putus cinta, bercerai, kematian orang tersayang, belum bertemu jodoh, dll anda tidak berseorangan.

Keep fighting, jangan berputus asa. If you have faith in Allah and truly place your trust in Him, you can do anyhing.

Surely Allah is the Guide and Giver.

“Jadilah wanita yang mahal, yang diinginkan semua orang , namun hanya satu yang mendapatkanya dan Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah. ”

Salam sayang untuk semua.

– MaryamIssabel (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *