Assalamualaikum pembaca iiumc. Semoga korang sihat2 time baca confession aku ni. Benda yang aku nak bagitahu ni, adalah perkara yg betul2 terjadi kat kawan aku.
Aku kenal kan diri aku Aisyah (pinjam nama org) . Aku pernah intern kat sony .Dan ada seorg officemate nama Kak Nisa.
Kisah dia bermula, one day tu, supervisor aku inform yg akan ade staff oku masuk hari ni. Perempuan.So dia hope aku bole berkawan dgn kakak tu without diskriminasi. Aku ok on je..Aku mmg x kisah. So, kakak tu pun masuk..kenal2..tny nama bagai. Apa yg oku kat Kak Nisa ni, jari kat tgn kanan dia ade 2 je..ada ibu jari dan jari kelingking. So jari yg lain, semua xde. Kaki kiri dia pulak aku x pasti oku ape time tu. Tp dia jalan terhencot2.
Satu hari yg indah dan damai tu, kami rehat kt cafe. Tah mcm mana aku x ingat bole terbukak topik part jodoh dia. Dia kate, dia pernah kehilangan tunang dia. Tunang dia pun oku jugak sbb ade kanser tulang belakang. Hubungan dia bertahan selama 3tahun je. Tunang dia akhirnya di jemput yg Maha Esa. Then, dari situ bermula nya cerita.
Tunang kak nisa ni,memamg dari lahir dah oku. Tapi tidak tuk kak nisa. Dia sebenarnya seorg yang normal. Cukup sifat. Aku ni jenis kuat drama sikit. Memang terkejut beruk jugak time tu. Aku pelik.Aku tny dia, tapi macam mana bole jadi macam ni (sambil pegang tgn kanan dia).
Kak Nisa cerita, bermula dia umur 14 tahun. Dia kuat bersukan time sekolah. Dan satu hari tu, betis dia membengkak dan sakit. So , dia pergi ke hospital kerajaan . Doktor tu buat cek up semua, dia kate kena buang air dlm betis tu. Sebab dia x dapat nak specify ape punca betis dia sakit.And Kak Nisa kena amek satu injection.Konon2 injection tu tuk melawan “arus bakteria kejadah ” tu.
Sebulan lepas injection tu, betis kak nisa mmg x sakit dah. Tapi, jari kanan dia , starting jari telunjuk , jari hantu, jari manis, jadi berbintik hitam..and lama2 makin merebak.. ofcoz sakit. Sama jugak dgn kaki kiri dia. Habis semua hitam. Hitam legam la kalau nk bayang kan tu.
So, risau punya pasal, kak nisa pergi balik ke hospital.Rujuk doktor yg sama. Dia kate, dia x tahu punca.Weyh, dia x tahu punca beb! ( aku geram ni) . Dia kate, yg hitam tu semua kulit mati. And kena POTONG! Kaki kiri kak nisa mmg xde jari langsung dah.Disitula terjadi nya Kak nisa as oku.. Then, doktor tu, nak ambil air sum sum tulang. Since kak nisa ni keluarga org susah.Ayah dia keja guard je, so, ilmu2 perubatan ni, dia serahkan bulat2 pada doktor.
Makin lama, kak nisa sakit mcm2. Sakit yg x tahu punca. Kejap doktor tu sahkan kanser kidney. Kejap sahkan kanser leukimia.. sia suruh kak nisa buat kimoterapi. Tp, sebenarnya kak nisa sihat! .Hampir setiap bulan kak nisa mcm tu.
Tuhan tu mmg maha penyayang. Satu hari, ada seorang nurse ni jumpa kak nisa. Dia bagitahu , kenapa kak nisa sanggup lalui semua ni. Dia kate, sebenarnya, doktor tu hanya nk buat uji kaji pada badan kak nisa.
Ingat tak injection yg memula aku cerita tu. Sebenarnya injection tu diaorg dh cuba kt tikus, tp tikus mati. Tapi bile cuba kat kak nisa , kak nisa hidup! Speechless!!!. Kak Nisa lagii x terkata.
Nak saman? Dah,,kak nisa dh try nk saman. Tapi semua rekod dyorg sorok. Kal nisa argue dgn doktor tu.Doktor tu bole cakap, jgn salahkan dia, salahkan org atasan.
Untill now, kak nisa masih buat check up doktor yg sama . Tapi, dia hnya dtg je..ubat semua dia x makan. Takut jadi bahan uji kaji lagi. Haihh..
Aku memang tabik la dengan kak nisa ni. Even dia mcm tu, dia x malas dalam carik kerja. Org yg normal pun aku tengok lagi malas dari kak nisa. Solat pun dia x pnh tinggal and lambat2 kan. Kalau aku la kat tempat dia, jujur aku kate, aku rebah weyh. Mau nye x nages je memanjang. Yela, mula2 kita normal. Semua ada. Semua cukup. Tapi..sekarang dh xde. Aku doakan semoga kak nisa sentisa tabah dalam harungi ujian Allah ni.
And tuk doktor yg x bertanggungjwb tu, kau jawab la kat akhirat nanti!
– Aisyah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit