Assalammualaikum. Terima kasih pada pihak admin kerana menyiarkan kisah ini. Saya perkenalkan diri saya sebagai P dan menetap di ibu kota kuala lumpur. Saya seorang usahawan kecil.
Kisah ini terjadi bila mana saya teringin merasa durian baru-baru ni. Perniagaan saya betul-betul goyah sekarang. Kalau dulu apa saja permintaan dari pihak keluarga pasti saya penuhi.
Kata saja durian apa blackthorn, kunyit dan pelbagai saja saya akan tunaikan. Bantuan duit, saya akan cuba tunaikan juga sebab perniagaan yang saya buat memang nak bantu keluarga.
Cuma sejak PKPD, saya sedikit tekanan dan cuba mendapatkan bantuan pinjaman dari keluarga tapi saya kena marah.
Saya di ingatkan supaya menyimpan, ya saya memang menyimpan tapi dah habis sebab PKP 1.0 dan 2.0 untuk backup.
Saya ni usahawan kecil saja keuntungan tak banyak tapi saya bersyukur.
Cuma bila keadaan macam ni. Yang mengaku kawan hilang, yang banyak di bantu hilang. Saya tak harap balasan pun cuma tolonglah saya beri support bukan menjatuhkan lagi saya.
Dan percaya atau tak.. saya dapat bantuan dari keluarga belah isteri!
Where is my family? Hanya Allah SWT saja yang tahu bertapa sedih, terkilan nya saya.
Tapi saya tak boleh cakap apa.. Saya terima. Keluarga belah isteri membantu, saya terima. Semua pasti tahu mesti tercalar maruah diri jika meminta. Saya sedih.
Tentang durian, baru-baru ni saya baru nak beli durian tapi terhenti bila isteri tanya.
“Ada duit ke?”
Saya terus batalkan niat. Rasa loser berbekas kat dalam hati.
Saya tak marah isteri pun dalam keadaan ini tapi saya bengang, marah dengan keadaan saya yang kurang duit dan hanya harap pinjaman. Bengang saat saya susah where is my family?
Kerana keluarga saya bina perniagaan. Saya sedih, tekanan, depress.
Ya, saya ada buat hibah yang di bahagi dua dalam jumlah yang besar. Pernah terpikir baik mati dan korang hadaplah duit tu sampai mati.
Tapi saya masih ada agama, agama saya islam. Berdosa besar bab benda ni. Hanya kerana durian, saya terimbas balik semula benda tu.
If keadaan dah ok. Saya akan letak 200% pada syarikat. Bab orang lain, lantak. Saya dah tak peduli. Penat, serius penat. Belum bab pinjam duit tak bayar tapi tak pa saya halalkan.
Cuma terkilan. Bab saya susah tiada yang cuba menolong dan mental terjejas. Saya terpaksa healkan diri saya sendiri tanpa harapkan orang lain.
Terima kasih jadi tempat untuk saya luahkan benda ni..
– P (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit