Assalamualaikum pembaca semua. Nama aku Farhah (nama pendek),umur 25 tahun,belum kerja,grad bulan 11 tahun lepas. Ini serba sedikit intro aku.
Aku cuma nak kongsi, tentang apa yang aku hadapi. Aku belajar dekat U satu kos yang agak demand,tapi buat masa ni memang kena kerja swasta. Sebab kerajaan 2020 baru ada kekosongan katanya.
Lepas aku habis belajar, memang aku pasang hasrat untuk rehat selama dua bulan dekat rumah menghabiskan masa dengan ayah aku. Sebab aku ni anak bongsu,ayah pulak bapa tunggal. Mak aku meninggal masa umur aku 6 tahun. Jadi, masa kwn2 aku tengah sibuk hantar resume bagai, aku memerhati je. Xde pun rasa nak hantar jugak. Selain dari sebab tu, aku sebenarnya cukup penat dengan belajar. Mugkin faktor kesihatan membuatkan aku rasa macam ni. Bayangkan, orang lain lepas habis kelas pukul 5 diorang masih boleh pg riadah,jalan2, dll. Tapi aku tak, balik je aku mesti tidur sebab aku penat. Betapa aku strugglenya di siang hari. Aku tak boleh berdiri lama sangat, tak boleh berjalan jauh. Jadi hari-hari aku sangat penat. Masa ni aku dah dapat rasa ada sesuatu tak kena dengan diri aku. Tapi aku rahsiakan dari family sebab aku tak nak ayah dan adik beradik aku susah hati.
Nak dijadikan cerita, selama dua bulan aku berehat tu *tak la berehat sangat, sebab aku ada buat bisnes online jugak, aku didiagnos pulak ada penyakit hyperthyroid. Mula-mula aku dapat kesan penyakit ni lepas aku jadi lesu,kerap kali tangan berpeluh,dan aku hilang selera makan. Memang ketara perubahan berat badan aku. Jadi lepas tu doktor bagi aku ubat utk kawal sakit aku ni pada masa yang sama aku perlu selalu ambik darah.
Sebulan lepas tu, aku punya period datang berpanjangan sampaikan dua minggu. Jadi aku direfer ke Dr O&G, untuk masalah ni. Dan lepas diberi ubat tapi masalah ni masih lagi berlarutan, Dr suggestkan aku untuk buat MRI pada bahagian kepala aku. Aku pun tak faham apa kaitan, oh sebelum terlupa aku dah buat scan rahim semuanya normal. Disebabkan aku perlu tunggu turn utk MRI dihospital kerajaan agak lama, aku ke hospital swasta untuk MRI ni. Dan result dibawa ke hospital kerajaan.
Lepas dah repeat MRI tu sebanyak dua kali, Dr kata aku normal semuanya ok. Rupanya Dr suspect ada tumor dekat otak aku. Syukur Allahamdulillah semua ok.
Tapi masalah aku masih lagi tak selesai, kepala aku makin hari makin pening. Dan pening ni terjadi lepas asar *ni memang aku perasan sangat. Dan setiap kali ke hospital Dr memang bagi ubat pening je.
Biasalah bila kita berubat ni tak jumpa punca,jadi ayah aku usahakan pulak berubat dengan ustaz. Alangkah terkejutnya aku Ustaz kata aku ni terkena Sihir. Benda ni masih baru lagi, ustaz ada tanya jugak”ada tak tolak lamaran sapa?”, aku sebenarnya tak nak percaya benda macam ni. Tapi bila dah jadi dekat diri sendiri aku jadi percaya.
Tambah ustaz lagi, “selalu ke post gambar dekat sosial media?”. Jawapan aku “selalu jugak”. Memang betul aku selalu update apa yang aku buat. Tapi gambar tu bukan gambar selfie tapi ada la muka aku. Ustaz nasihatkan supaya aku, padam semua gambar2 aku untuk keselamatan diri.
Selain tu,aku pernah mimpi jatuh bangunan,mimpi susukan bayi dan yang paling kerap berada dekat kawasan yang kotor. Banyak kali aku mimpi benda yang sama.
Zaman sekarang ni dengan sekeping gambar, macam-macam orang boleh buat. Aku dah pun deleted semua gambar aku dekat ig dekat FB atas nasihat ustaz. Sepanjang aku sakit ni macam-macam aku kena buat, dari mandi limau, minum air daun bidara,mandi dengan mandian bidara. Selain kena selalu baca ayat2 rukyah. Untuk elakkan gangguan dan kuatkan rohani aku.Ya Allah susah sangat aku rasa, tapi sekarang Alhamdulillah aku makin sihat. Walaupun masih lagi tak sihat sepenuhnya.
Lama aku berehat, pejam celik pejam celik dah hampir 7 bulan. Aku dalam rawatan untuk semua penyakit ni. Tapi ramai kawan2 aku tak tahu sebenarnya aku terkena sihir, sebabnya bila orang tanya aku lebih senang ceritakan penyakit yang didiagnos Dr sahaja.
Dulu aku selalu jugak baca orang boleh sihir guna gambar, tapi betul la orang kata kalau tak terkena dekat batang hidung sendiri selagi tu la kita tak percaya kan.
Akhir kata, doakan aku dapat kerja macam kawan2 aku yang lain. Dan nasihat aku kita hidup ni tak payahlah nak show off semua benda dekat sosial media. Sebab yang tengok tu tak semua gembira dengan apa yang kita dapat atau ada.
– Aisyah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit