Salam sejahtera semua warga pembaca, Ini kisah kecilku.
Sedikit latar belakang diriku, saya dh berkahwin dan dikurniakan zuriat selepas 6tahun. Dalam tempoh menunggu lama tu mcm mcm doa telah dimohon. Mcm mcm harapan menggunung dan akhirnya dimakbulkan Alhamdulillah
Selepas melahirkan anak, personaliti saya bertukar secara semua jadi. Saya mudah sensitif. Sikit sikit menagis dan mudah kesian kat sapa sapa. Sintom perangai “mak mak”.
Biasalah lama tunggu kehadiran anak katakan, hahaha
Kisah ini terjadi lebih kurang 9 tahun lepas, saya turun flat nak beli burger sebab teringin. Baby kecil dlm stroller. Masa tengah menunggu giliran ada beberapa budak budak lelaki kecil lebih kurang usia mereka dlm 6,7 tahun ketika itu datang nk beli burger.
Hanya seorang daripada geng tersebut order (egg benjo ) yang kawan kawan lain tak dak duit so mereka hanya pakat tengok saja la.
Oleh kerana jiwa “mak mak” kt dalam diri saya nie membuat buak maka saya suruh brother burger tu buat order kt budak kecil nie dulu.
Sekali dapat burger, semua geng geng budak kecil kerumun pakat cubit makan sorang sikit. Sedihhh hooooo kalu tengok…
Semua kita pernah susah. Pengertian mendapat sesuatu, amat dihargai. Kesian tengok mereka budak budak tengah kelaparan. Sayu hooo hati tisu ku.
Maka saya order sorang sebiji egg benjo bagi makan. Tak Ingat berapa budak masa tu, tapi kira semua dapat makan la. Puas hati!!!
Masa saya tengah bayar bebudak tu masih tengah makan. Maka saya tak nak kacau, saya balik naik atas rumah.
Esok tu jiran satu koridor datang rumah untuk bergosip (ala mcm tak biasa plak bergosip…hahaha)
“Wehh, kau tau tak makcik Ana tingkat 9 (bukan nama sebenar) mengamuk kemarin. Dia dok hingaq (bising) kata ada makcik mana tah memandai belanja anak dia makan burger kemarin…. ”
Saya??? Tergamam, burger saja kut. Masa tu rasa otak jadi beku…
“Mana mak Ngah tau, dia marah pasai pa? Anak dia elegik burger ka?? ”
“La, tak dengaq ka suara dia dok menjerit jerit depan koridor marah marah?. Dia kata dia ada duit nak bagi anak dia makan. Jangan dok menyibuk, dia dok cari siapa yg gatai dok belanja”
Mampoih dah, nanti mati la kena gayang. Saya ada anak kecil.. So tutup pintu rumah tak berani keluar, takut panjang cerita salah faham.
Saya beli dan belanja makan sebab kesian mereka tengah kelaparan. Tiada niat lain pun..
Saya duduk flat dah bertahun, tau la ragam manusia pelbagai. Ada yg tidak kisah anak kecil pergi mana, pukul berapa. Anak anak kecil berkeliaran merata dari Zohor sehingga Isyak. Entah makan, entah minum
Sedangkan ketika itu bertapa saya berdoa agar dikurniakan zuriat
Cerita burger tu saya simpan sampai hari ini, tak berani nk luah dekat sesiapa..
Budak budak tu sekarang sudah remaja, cuma tak berani belanja dah la. Nanti buta kena gayang
Pengajaran untuk diri saya kerana tidak meminta izin dan memandai, namun saya tetap akan membantu apa jua terutamanya jika melibatkan bab perut.
Membantu sedaya yang boleh kerana entah siapa nanti yg akan mengkafankan kita dan mendoakan kita kelak. Dan berbuat baiklah kepada sesiapa sahaja..
Terima kasih sudi membaca dan sama sama lah kita mengambil pengajaran dari cerita kecilku ini..
– choki
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit