Kerana Harta Pusaka Hubungan Keluarga Renggang

Assalamualaikum. Terima kasih admin kerana menyiarkan artikel saya. Saya Amal bukan nama sebenar. Saya ingin berkongsi masalah keluarga ayah saya untuk dijadikan pengajaran buat kita bersama.

Saya berusia 28 tahun, bujang dan berkerja di kawasan metropolitan & menetap sendiri. Ayah saya berusia awal 60 an menetap di negeri kelahiran dia. Dia anak sulung mempunyai 3 adik beradik. So ini cerita antara Ayah saya, PakDan anak no. 2 dan bongsu MakTeh.

Selepas arwah nenek meninggal, PakDan yang duduk rumah tu dulu. Apabila dia berkahwin semula dia duduk di rumah lain dengan isteri barunya. Btw dia telah bercerai dengan isteri pertama kerana sifat baran jenis kaki pukul dengan isteri dan anak-anak.

Kemudian, MakTeh pula duduk dirumah tu selepas bercerai kerana bekas suami dia curang. Dia ada 3 orang anak, dua daripadanya sudah berkahwin & sudah pun mempunyai anak.

Berkenaan rumah pusaka arwah nenek. Dari apa yang saya diberitahu oleh MakTeh, beberapa tahun lepas, PakDan memfitnah kata MakTeh membuat perkara tak elok. Sedangkan MakTeh bukan begitu orangnya.

MakTeh tidak dapat menerima perbuatan abang dia dan memutuskan untuk tidak menganggap PakDan sebagai saudara kandung dia lagi.

Ayah & saya pernah menasihati MakTeh supaya memaafkan kerana dia adalah saudara kandung & didalam Islam pun kita tak boleh bermusuh lebih2 lagi dengan ahli keluarga sendiri.

Tetapi beliau memang tetap dengan keputusan dia kerana bagi dia susah untuk terima perbuatan fitnah dari abangnya jadi sukar untuk dia maafkan. Saya cuma level anak saudara hanya mempu berdoa semoga kedua-dua mereka berbaik semula.

Btw, MakTeh saya ni pun jenis ada angin dia juga, agak moody, emotional dan keras kepala.

Saya tak tahu secara terperinci perjanjian mereka berdua Cuma apa yang saya diberitahu, oleh MakTeh, ayah saya menjadi saksi selaku anak sulung & cuba untuk menjernihkan hubungan mereka berdua.

Masa tu dekat rumah ayah, di dalam bilik tetamu, hanya mereka bertiga, masa tu MakTeh meluahkan rasa amarah dia dekat PakDan.

Kata MakTeh semasa PakDan masih duda & tiada apa2, MakTeh yang juga telah membantu dia dari segi kewangan & kudrat dia walaupun masa tu dia da menjanda.

Disebabkan MakTeh duduk rumah pusaka arwah nenek tu selepas PakDan kahwin lain & menetap di tempat lain, PakDan kata jika MakTeh ingin duduk rumah tersebut, dia kene bayar untuk rumah tu, MakTeh bersetuju dan telah membayarnya pada PakDan & disaksikan oleh Ayah.

Saya tidak tahu berapa jumlah bayaran kerana MakTeh tak nyatakan & saya pun tidak bertanya kerana bagi saya tu bukan masalah saya & saya memang tak nak campur urusan keluarga ayah saya jika tidak melibatkan saya.

Ayah saya memang jenis takkan bercerita semua masalah dia walaupun pada keluarga sendiri. Jadi saya tidak tahu sisi cerita dari ayah saya.

Dan saya sendiri pun tidak bertanya kerana lagi sekali ia bukan urusan saya. Jika ayah saya nak cerita dia akan cerita. Saya memang tak ambil pusing kerana sangkakan tidak akan memberi kesan pada saya di kemudian hari.

Ayah saya memang mempunyai macam2 sakit iaitu darah tinggi, kencing manis & masalah jantung baru-baru ni.

Suatu hari ayah saya hantar wassap dari MakTeh, MakTeh meluahkan rasa tidak puas hati kerana ayah seperti menyebelahi PakDan & PakDan da beritahu ayah yang dia nak ambil rumah tu. MakTeh menuntut balik segala perbelanjaan rumah tu jika PakDan nak ambil balik.

Dia minta ayah saya sampaikan pada PakDan.

Dan dia turut menuduh ayah saya sebagai abang yang tidak bertangungjawap dan cuba menganiayai dia.

Sedangkan ayah saya ni asyik sakit nak drive jauh2 pun tak larat, ada masa pula dia nak buat perkara2 nak aniayai orang & ambil port hal rumah pusaka sedangkan dia pun dah ada rumah sendiri.

Dalam wassap tu juga dia mengungkit perkara lain dan provok ayah saya. Dia petik pula nama saya seolah-olah nak jadi batu api antara saya dan ayah saya.

Dia cakap, dia terpaksa pindah ke rumah anak dia kerana ayah suruh saya jual rumah saya jika saya nak menetap di London.

Dia tuduh ayah tergamak melakukan sedangkan dia janda & kononnya dia tiada tempat untuk menetap (sedangkan dia menetap je di rumah anak2 dia).

Ayah menyatakan dia tidak pernah suruh saya jual rumah kerana itu adalah harta saya jadi hak saya untuk saya buat apa2 pun.

Sebelum ni MakTeh pernah duduk dengan saya selama beberapa bulan setelah mendapat kerja di negeri yang saya menetap ni.

Saya ada beritahu pada ahli keluarga dan of course MakTeh since dia pun duduk sekali dengan saya yang saya ingin berpindah dan kerja di London. Tapi saya beritahu bukan tahun ni (2022), mungkin tahun depan atau selepasnya.

Ayah saya memang ada berikan pendapat (pendapat ya bukan menyuruh, tapi biasalah percakapan dia macam menyuruh) dia kalau nak kerje sana better jual rumah dan kereta.

Saya pula tak setuju kerana rumah adalah asset saya jadi saya takde rancangan untuk jual rumah dalam masa terdekat. Dan ayah saya tak paksa pun untuk jual.

Perkara ni saya da nyatakan secara lisan dan juga bertaip menerusi wassap kepada MakTeh.

MakTeh ada tanya jika saya jadi jual rumah berapa tempoh dia kene bersedia untuk keluar dan cari rumah lain. Saya agak terkejut juga sebab saya da nyatakan saya tak nak jual rumah dan MakTeh boleh terus duduk di rumah saya walaupun saya dah berpindah nanti.

Since dia dah tanya beberapa kali juga dia wassap nak confirmkan. Saya cakap kat dia jangan risau, kalau da confirm saya akan berpindah saya akan inform 2 3 bulan awal.

Dalam masa sebulan tu, dia tiba2 wassap minggu ni dia akan angkat barang nak pindah ke rumah anak dia di negeri timur.

Saya pelik sebab kenapa tiba2 bagitau last minit ni. Selalunya apa2 plan dia dia akan bagitau awal2. Dan dia juga wassap kata lupa nak bagitau dia tender dan last day dia minggu tu juga (yela tu lupa).

Saya da rasa pelik tapi malas nak tanya lebih2 sebab nak tengok apa lagi action dia. Since sejak saya bagitau pelan nak pindah ke London tu dia pun tak banyak bercakap dengan saya dan saya pun memang tak bercakap la dengan dia dah masing2 busy dengan keje.

Pernah je saya nak sembang2 dengan kat wassap tapi like hambar je respond dia maybe dia busy tu yang saya da wassap sangat dia.

Lagipun da nampak dah cara dia tu dia nak sangat balik duduk dengan anak cucu dia.

Saya tak kisah nak pergi pergilah siapa saya nak halang pula dia balik sana. Tapi cara tu x kena la. Tak salahkan beritahu dia nak balik duduk dengan anak2 dia pula. Takkan saya nak marah.

So berbalik lepas dia wassap bagitau nak pindah ke rumah anak2 dia saya tanya da ada keje ke kat sana. Yelah sebelum ni cakap anak2 tak ambil berat la tak suka la dia dok skali dgan mereke.

Dia cakap belum, dia balik sana pun sebab nak duduk dengan family dia. See, itu yang dia cakap kat saya.

Tujuan saya tanya pun at least saya boleh bagitau ayah saya kalau dia tanya keadaan adik dia. Ayah saya pun pesan kat saya untuk tengokkan MakTeh. Ayah saya ni nampak je garang tapi dia memang ambil berat adik2 terutamanya MakTeh sat-satunya adik perempuan dia.

Now, bila ayah saya forward wassap2 dia pasal saya nak pindah tu, cara dia seolah-olah nak tuduh saya bagitau dia ayah suruh jual rumah saya dan saya suruh dia keluar dari rumah saya.

Ini da macam fitnah dah ni dan memang nak sakitkan hati ayah saya jadi lemparkan tuduhan yang tak betul. Saya sampai terpaksa cek balik wassap2 saya sebelum ni dengan dan ya saya tak pernah keluarkan statement seperti yang dia lemparkan pada ayah.

Sebagai anak saya memang rasa marah dan sakit hati melihat wassap2 MakTeh yang agak kurang ajar pada ayah saya. Siapa tak marah kalau orang sakitkan mak ayah kita kan.

Saya menangis kerana risau ayah berkecik hati dengan saya. Saya call ayah lepas dia forward wassap tu tapi dia decline kerana kene masuk hospital.

Saya terus video call adik laki saya. Dia juga dapat wassap yang sama dari ayah saya. Adik lelaki saya pujuk saya tak perlu sedih pun sebab isunya hanyalah pasal rumah Pusaka tu je.

Tapi biasalah perangai MakTeh kalau dia tak puas hati dia akan ungkit perkara lain walaupun takda kaitan dengan isu yang digaduhkan.

Saya da explained dekat adik saya Dan dia pun memahami.

Esoknya saya wassap ayah tanya khabar dia. Alhamdulillah dia reply dengan baik jadi mungkin dia percaya dengan saya.

Walaubagaimanapun saya agak kecewa dengan tindakan MakTeh saya, kenapa harus petik nama saya dan nak jadi batu api antara saya dan ayah saya sedangkan saya takda kaitan langsung dengan rumah arwah nenek saya.

Ayah saya pun pernah cakap dia tak nak campur dah urusan adik beradik dia, dia pernah cakap ikut atas mereka lah mereka nak buat apa pun kat rumah tu.

Tapi tu la bila da jadi anak sulung, semua nak minta dia campur sekali. Yang sorang nak macam tu yang sorang nak macam ni.

Masa ayah dan mak pernah tolong adik2 ayah saya, diorang tak ingat pula. Tapi kalau buruk ayah saya diorang ingat sampai bila2 and canang bagai.

Ya ayah saya manusia biasa yang ada khilaf dia. Dia memang garang, ada baran & outspoken. Tapi garang2 dia tak pernah naik tangan dekat mak saya.

Saya kenal ayah saya. Jangan kata keluarga, kalau saudara mara atau kawan2 ada masalah pun dia akan tolong selagi boleh. Ayah saya jugalah yang selalu tolong adik2 dia bila diorang ada masalah. Selagi dia boleh tolong dia tolong.

Btw, saya memang ada terfikir nak confront MakTeh saya tu, tapi terbatal niat tu bila saya fikir balik saya tengah marah masa tu dan tak kan dapat apa2 pun jika confront dia. Since isu sebenarnya dia tak puas hati je pasal rumah pusaka tu je.

Lagipun, MakTeh hantar wassap kat ayah saya, so ayah saya yang akan uruskan. Saya dan adik2 takkan masuk campur.

Btw, selama dia duduk dengan saya, saya tak pernah minta sewa atau kongsi bayar bil2.

Dia memang ada bagi juga duit tiap2 bulan itupun dia sendiri nak bayar walaupun sikit dari jumlah perbelanjaan sebenar, tapi saya tak kisah sebab dah mak sedara kan anggap macam mak sendiri masa tu.

So apa-apa saya serahkan pada-Nya untuk menghukum. Saya tak nak terpalit pergaduhan antara ayah dan adik beradiknya. Cuma lepas ni mungkin layanan saya terhadap MakTeh dah tak sama seperti sebelum ni.

Saya maafkan perbuatan dia tapi sukar la nak lupakan. Apa2 pun saya bukanlah berdendam sampai tahap nak putuskan silaturrahim seperti dia dengan PakDan.

Saya sentiasa berdoa semoga saya dan adik2 saya tidak bergaduh sampai seperti itu. Minta dijauhkanlah.

Moral of the story, buatlah wasiat supaya kelak tak jadi macam MakTeh dan PakDan saya.

Sekian kisah keluarga ku.

– Amal (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *