Assalamualaikum admin. Saya harap admin siarkan cerita saya sebagai pedoman untuk orang ramai. Biar saya kenalkan diri saya. Saya aiman berumur 22 tahun dan status saya tunangan orang.
Alhamdulilah diusia awal 20an Allah murahkan rezeki saya. Saya dapat kerja government dan gaji saya lebih kurang rm2000 termasuk elaun.
Saya nak ceritakan kisah hidup saya sejak bekerja sebagai penjawat awam. Kehidupan saya alhamdulilah bagus sebelum adanya hutang. Setelah setahun bekerja ibu dan abah saya memaksa saya untuk membeli kereta. Pada mulanya saya menolak sebab saya tau yang saya tak mampu. Tetapi dipaksa juga dan saya akur.
Kereta pertama yang saya nak ambil kereta saga tapi tak lepas sebab kereta second hand kena grentoo. Ibu abah saya keduanya tak lepas sebab kena blacklist dengan bank. Lepastu saya disuruh untuk membuat personal loan. Saya bincang baik2 dengan ibu abah saya sebab saya perlu menyimpan duit untuk majlis tahun depan.
Tidak diendahnya apa yang saya cakap. Sekali lagi saya akur dan saya buat personal loan sebanyak rm40k. Lepas selesai membuat loan ayah saya membeli kereta myvi second hand yang bernilai rm32k. Duit selebihnya saya terpaksa gunakan untuk repair kereta tersebut. Almaklumlah kereta second.
Selesai hal kereta ditambahnya pulak ibu abah saya membelikan kelengkapan rumah untuk saya. Kononnya persiapan sebelum kahwin dan taknak bakal isteri saya hidup susah. Memang lengkap perabut dirumah saya. Tapi malangnya perabut tu diambil secara hutang dan saya perlu membayarnya setiap bulan. Jumlah perabut yang diambil sebanyak rm3000.
Dah selesai hutang dua benda ni, abah saya menyuruh saya untuk memasang garage untuk kereta, katanya takut kereta rosak. Saya cakap yang saya dah tak mampu untuk semua tu. Abah menengking saya sebab saya cakap tak cukup duit untuk buat garage. Bila saya mengadu dekat ibu, saya tetap kena marah. Ibu cakap saya boros, tak pandai menyimpan. Allah. Tak terungkap kata2 dibibir ni. Sebak rasa. Siapa yang buat saya jadi macam ni. Kerana terlalu ikutkan apa yang dikatakan oleh ibu dan abah hidup saya sengsara. Saya ikutkan keputusan ibu abah sebab saya taknak bertengkar dengan mereka. Saya tak mampu untuk membuat pilihan sendiri. Bulan2 lepas tolak duit hutang, duit sewa rumah, bil2 dan duit simpanan kahwin saya hanya ada rm200 untuk saya survive setiap bulan. Allahu beratnya rasa. Macam mana nak hidup lepas kawin nanti kalau dalam poket hanya tinggal rm200.Sepanjang bekerja saya tak pernah shopping beli pakaian baru, saya tak pernah makan di kedai hebat. Hari2 saya masak untuk jimatkan kos. Kalau membe ajak lepak makan luar memang awal2 saya tolak. Saya beli kereta hanya untuk memuaskan kehendak ibu abah saja. Saya pergi kerja pun naik moto memandangkan minyak harga tak menentu.
Bagi semua yang baru memulakan hidup dalam dunia pekerjaan, jangan terlalu seronok berhutang. Awak akan rasa betapa bebannya hidup berhutang. Kadang2 keputusan keluarga bukan yang terbaik. Hanya awak yang tahu kemampuan diri awak. Situasi kita tak sama dengan situasi orang lain. Mungkin orang cakap dia boleh ja hidup kenapa kita tak boleh. Jangan pernah dengar kata orang, dengar kata hati sendiri. Kalau awak dah dekat nak kawin jangan fikirkan kehidupan sekarang. Jangan fikirkan kesenangan sekarang. Fikirkan tanggungjawab yang bakal awak galas selepas kahwin.
Ukur baju dibadan sendiri. Tolonglah ambil iktibar dari hidup saya. Bila baru mulakan hidup bekerja dan merasa duit gaji sendiri jangan tergopoh buat keputusan.
Terima kasih
– Aiman
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit