Kerana Jemaah III

Untuk part I, (https://iiumc.com/kerana-jemaah/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/kerana-jemaah-ii/).

Alhamdulillah. Masih dapat menulis. Aku baca kononnya ada seorang bekas ahli atau remaja yang macam aku, terkeluar dari syarikat atau jemaah kebenaran tapi sedang cerita tentang kebaikan2 dalam jemaah kebenaran.

https://iiumc.com/universiti-kehidupan/

Bagaimana remaja semulia dia, boleh terkeluar dari syarikat yang begitu perfect? Jaga solat, kelas fardhu ain, tadarus sampai cerah tanah, handphone tak hilang masa cas dekat surau, bertakbir bila kuah kacang tak jadi… aduh. Moment apa yang kau share ni sahabat?

Pembaca sekalian, itu lah doktrin. Mereka doktrin anak2. Remaja. Ibu bapa. Hingga kalau cerita kebaikan jemaah, sempurna betul. Aku dah cerita dalam tulisan sebelum ini, sekali korang dengar dari mereka, korang akan rasa ini sempurna.

Dua dan tiga kali korang akan rasa lebih sempurna. Tapi ingat, setelah masuk ke 20 kali keatas, mereka tak boleh sorok lagi tentang kebenaran, jemaah terpilih, janji Allah di akhir zaman, berkat dan panduan pemimpin, taat dan banyak lagi.

Mengapa ahli taksub? Kerana perkara jahat dalam jemaah ini dikaburi dengan amalan solat. Solat malam. Kasih sayang kononnya. Kebajikan. Kerana itu, ahli rasa ini jemaah kebenaran.

Tiada tempat yang ajar solat seperti mereka. Tapi ingat, tiada juga tempat yang ajar, cerai lebih dari tiga kali, tak jatuh talak kalau rujuk dalam iddah.

Mereka doktrin ahli kena bangun malam untuk qiamullail, jadi ahli rasa, ini lah kebenaran. Masakan suruh bangun solat malam itu sesat?

Tapi jemaah kebenaran juga ajar, apa-apa kena minta pada Abu Ja. Kena sebut Abu Ja tolong. Anak2 diajar zikir Abu Ja tolong beratus kali sehari. Anak2 diajar berdoa, Abu Ja tolong taubatkan kami.

Ahli didoktrin, duit2 yang diserah kepada jemaah itu adalah pengorbanan untuk islam seperti yang dibuat oleh Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali Radiallahu anhum ajmain.

Fardhu ain oleh guru tauliah? Please lah. Untuk cerita pada orang, boleh lah bang. Aku nak tanya, berapa ramai ahli jemaah kebenaran yang menunaikan haji? Yang menunaikan umrah?

Zakat fitrah pun kita main pass2 masa dalam jemaah. Contoh, aku kena bayar zakat fitrah RM10, aku bayar pada kau sebab kau miskin dalam jemaah. Jadi kau dapat RM10.

Lepastu kau pulak wajib bayar zakat fitrah, kau bayar pada kawan lagi sorang yang dia pun kategori miskin dalam jemaah, kau bayar dekat dia RM10 zakat fitrah kau, dan dia pulak wajib bayar zakat fitrah dia dan begitulah seterusnya untuk semua jemaah kebenaran.

Hanya RM10 yang sama untuk selesaikan kewajipan zakat fitrah kita. Sedahsyat itu kemiskinan kita? Abu Ja? BOD? Tuan Tuan? Dato Ibu, Puan Puan.. YBM YBM?

Kenapa kau tak cerita, ada tabung taqwa? Jemaah lantik pemimpin2 negeri, namakan sebagai ketua menteri, menteri besar, pecah kepada zon2 untuk kutipan tabung taqwa?

Pulau pinang, ada ketua menteri pulau pinang satu, dan ketua menteri pulau pinang 2. Sebarang perai dengan penang dipisahkan untuk beri dua jawatan kepada pemimpin.

Ahli jadi banyak pecahan. Setiap negeri kena bayar RM10k tabung taqwa untuk Jemaah pusat. Kedah ada menteri besar kedah 1, menteri besar langkawi. Supaya lebih banyak negeri, lebih banyak pemimpin, lebih banyak tabung taqwa.

Dan tabung taqwa ni anak buah kena penuhkan dan capai target kononnya dengan usaha taqwa. Doa. Tapi hakikatnya, lepas doa, anak buah mengemis pada keluarga, jual jemput2, jual soya duitnya bagi jemaah.

Aku masa tingkatan 4, masa kuliah untuk pengorbanan, mampu bagi RM1 tu, tu pun jemaah ambil jugak.

Dan kata, “masyaAllah, tengok remaja Abu Ja, Bagi RM1 je.. hati masyaAllah. Nanti ni nadi tiket syurga”. Habis kuliah, kena serah jugak RM1 untuk jemaah. Duit budak2 pun kutip…

Diwujudkan jawatan menteri2, ada menteri kesihatan moden, menteri kesihatan tradisional, menteri penerbitan, menteri belia, menteri sukan, menteri keluarga bani tamin, menteri alam roh dan macam2 lagi.

Dalam jemaah ada masalah putuskan silaturrahim. Dan hingga hari ini anak2 Abu Ja pun ada yang tak dapat jumpa dengan ibu mereka kerana berbeza pandangan. Ini syarikat yang kau bangga? Yang kau kata kau rindu. Oh my….

Kau cakap tentang cas handphone dekat surau tak hilang? Kau tahu tak, remaja pembela umat tu ada yang hisap dadah, berzina, rokok tak yah cerita lah, video lucah dan macam2 lagi. Ke kau tak tau?

Untuk ikat ahli, lelaki diberikan poligami. Didoktrinkan poligami ni kemestian. Perempuan rasa aib kalau tak poligami.

Tapi apa jadi pada kewajipan suami beri makan, pakaian, nafkah kepada isteri? Aku tahu bagaimana semua ini berlaku dalam jemaah atau syarikat sempurna ini.

Bila dah poligami, maka setia lah para lelaki. Diikat dengan pernikahan poligami. Kalau dekat luar ingat senang nak dapat kawin lagi. Best kan poligami? Sebab tu pertahan gila2 kebaikan jemaah.

Nanti ada yang kata, aku sakit hati sebab tak dapat poligami la tu. Haha… tak. Aku sakit hati kerana jemaah rosakkan hidup aku. Kucar kacirkan keluarga aku.

Moga Allah hancurkan keluarga pemimpin jemaah ini kalau tak taubat.

Wahai kaum muslimin, jauhi lah kumpulan ini.

– Kawan Bunga Indah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *