Kerana Kata-Kata Manis Sahabat

Hi nama aku Poji, aku nak ceritakan sedikit pasal kerjaya aku yang bermula dari sebuah syarikat multinasional dan berakhir dengan syarikat neraka jahanam.

Berapa tahun lepas aku dapat tawaran dari seorang sahabat untuk berkerja dengan dia. Dia baru buka syarikat yang kecil tapi bercita-cita besar.

Pada mulanya aku kurang yakin dengan dia sebab dia ada background politik dan aku benci kerja kerja berkaitan dengan ahli politik ni.

Kerana dek kata-kata manis dan pujuk rayu dia yang menerangkan tentang misi dan visi kemajuan syarikat dalam masa 2-5 tahun akan datang.

Aku menerima juga tawaran untuk berkerja juga dengan syarikat dia walaupun syarikat lama aku menawarkan gaji yang hampir sama dengan dia tawarkan.

Ya aku bodoh, di syarikat lama bila cukup tempoh kontrak kerja aku akan menerima ‘gratuity’ tahunan. Kalau setahun 1 bulan bonus kalau 2 tahun dua bulan bonus.

Pada mulanya aku berjanji dengan dia aku akan menyertai syarikat dia apa bila tempoh kontrak aku tamat. Seperti biasa dek kata kata manis dia lagi. Aku berhenti awal kerana dia berjanji akan membayar gratuity aku bila aku masuk.

Bila aku menyertai syarikat ini macam biasalah aku kena tandatangan dokumen surat tawaran kerja semua tu la.

Mengejutkan aku dokumen pembayaran gratuity aku dia menyatakan pembayaran akan dilaksanakan secara berperingkat dan dia juga menerangkan pada aku,

‘Bro tolong eh, nanti aku bayar sikit sikit kampeni baru setup ni dengan projek nak mula banyak kena pakai duit’ aku tergamam sebentar tapi kerana fikirkan dia sahabat aku dan menanggap diri aku ni adik dia.

Aku pun ok saja la sebab dah janji kan.

Projek syarikat mula berjalan sungguh lancar sekali sangkut sikit sikit tu adalah, aku berikan 200% komitmen yang syarikat kecil baru nak maju dan membesar.

Aku kerja macam orang gila untuk memastikan kepercayaan yang diberikan kepada aku adalah tepat.

Hinggalah PKP 2 dan PKP 3 tu menganggu kelancaran kemajuan kerja kami, dan bayaran kemajuan dari syarikat pemaju sudah mula lewat dan main tarik tali.

Syarikat pemaju yang kami buat projek ini sangat terkenal dengan kelewatan membayar claim.

Contoh claim 1J dia bayar ko 100k dahulu, disebabkan dia kebal dan kabel dengan ahli politik dan payung kuning semua itu tidak diendahkan.

Syarikat pemaju membayar cantik untuk tempoh 4 bulan pertama sahaja. Di mana syarikat kami dapat hidup dengan baik. Sekali.

Pembayaran cantik inilah membuatkan bos aku nak bernikah lagi tanpa pengetahuan isteri pertama, aku memang kenal rapat dengan isteri dia dan dah anggap macam kakak.

Aku dipaksa untuk menjadi saksi dia pula kali ini berapa aku cuba tolak tapi kerana kata manis lagi aku tewas. Yang menyedihkan aku kos kahwin dan hantaran dia hampir sama dengan bayar gratuity kepada aku.

Cut short to the story, sebab korang malas nak baca panjang panjang. Pemaju utama tak mahu bayar kami dan kami mebawa kes ni ke mahkamah semua.

Kami stop kerja sana dan dapat 2-3 projek baru dan akhirnya semua bermasalah umpama korek lubang tutup lubang.

Dia mula berubah seolah olah tidak peduli dengan projek yang diambil ni. Dia mula menyalahkan semua orang yang berkerja bawah dia kerja tak ikut planning dia.

Bila claim tak masuk dia maki semua orang bila claim masuk dia guna untuk membayar benda benda lain dan kami yang berkerja tak dapat gaji lebih 2 bulan (jun & july). Malah caruman kwsp dia buat pada September tahun lepas saja.

Demi kemajuan kerja dan survival syarikat aku guna duit simpanan sendiri beli barang barang untuk orang berkerja pun hampir rm12k dihabiskan.

Bila dikira balik jumlah syarikat hutang dengan aku dari segi gratuity, claim petty cash, pendahuluan gaji pekerja, dan gaji aku sendiri anggaran aku hampir rm60-65k.

Sekarang aku dalam dilema, adakah aku patut lupakan semua tu kemudian tuntut di akhirat dan mulakan kehidupan dari bawah semula, atau teruskan berkerja dengan dia dan berharap duit itu aku dapat semua.

Bantulah orang bodoh ini yang terlalu percayakan sahabat.

– Poji (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *