Kerana Kau

Assalamualaikum admin dan warga IIUM Confessions. Terima kasih andai dapat publishkan kisah ini. Namaku Ariff Budiman dan inilah kisahku. Semua pasangan yang berkahwin inginkan anak. Mereka sentiasa berdoa agar di kurniakan anak. Ada yang cepat dan ada yang lewat. Ini semua kuasa Allah. Sebagai hamba, kita hanya mampu berdoa. Kita jangan menyalahkan seseorang jika apa yang kita impikan belum dapat. Ini semua bukan kerja kita. Bagi yang dikurniakan anak, tentu perasaan gembira terutama di pihak suami. Di pihak isteri lain pula ceritanya. Ada yang bersalin secara normal dan ada yang bersalin secara pembedahan. Di sini ingin aku kongsikan kisahku di mana isteriku melahirkan 3 orang anak melalui kaedah pembedahan. Sebagai seorang isteri, dia amat memerlukan suaminya yang akan menyokong dan memberi kasih saying sepenuhnya. Inilah yang ingin aku kongsikan kepada pembaca semua.

Kisah anak 1
Setelah beberapa bulan aku berkahwin dengan isteriku Siti Aishah, aku melihat perubahan pada dirinya. Dia mula mengadu pening kepala dan kadang2 muntah. Aku membawa isteriku ke klinik.
“ Tahniah Encik Budiman. Isteri encik positif mengandung “. Berita yang membuatkan kami begitu gembira. Bermula saat itu apa saja makanan yang isteriku inginkan, aku cuba dapatkan dan kadang2 pula aku pula yang terlalu teringinkan sesuatu makanan. Makin lama perut isteriku semakin membesar. Sudah nampak anak bergerak2 di perut. Kami tidak buat scan sebab kami redho anak yang bakal di lahirkan. Kadang2 isteriku mengadu bila anak menendang2 perut. Aku menggosok perut isteriku sambil bercakap2 degan anak yang di dalam perut ibu.
“ Bila la anak ayah nak keluar ni. Tak sabar ayah nak bermain “. Tersenyum isteriku mendengar kata2ku
“ Bila anak keluar ayah kena tolong tengok2kan sama kan….”. Kata isteriku kepada anaknya. Jiran2 ramai yang menegur dan berkata anak yang bakal dilahirkan ini ialah perempuan memandangkan saiz perut. Aku tidak pernah biarkan isteriku sendirian membuat check up di klinik. Aku akan menemaninya.

Saat yang di nantikan telah tiba. Sesudah subuh isteriku mengadu sakit perut. Aku membawa isteriku ke hospital. Aku menanti dengan penuh debaran namun nama isteriku belum di sebut seperti mana orang lain. Bila isteri mereka bersalin nurse akan menyebut nama isteri dan suami akan berjumpa nurse. Aku terus menanti
“ Siti Aishah bt Zakaria “. Aku terus mendapatkan nurse
“ Doktor nak jumpa encik “. Berdebar2 aku mengikut nurse berjumpa doctor
“ Begini En Ariff. Pintu isteri encik belum boleh di buka dan kami akan masukkan air agar isteri encik berasa sakit dan dapat melahirkan anak “. Selepas mendengar kata2 doktor aku berjumpa isteriku. Aku pegang tangannya
“ Siti jangan risau. Abang ada di luar dan sentiasa berdoa “. Aku melihat airmatanya gugur. Aku cium tangannya. Isteriku di tolak masuk kedalam bilik. Aku di minta tunggu di luar.

Agak lama aku menanti sehinggakan aku solat waktu di situ sahaja supaya mudah andai aku di perlukan.
“ Siti Aishah “. Nama isteriku di sebut lagi. Aku bertambah risau bila nurse beritahu yang sekali lagi doctor nak berjumpa aku
“ Encik Ariff. Kami dah masukkan air tapi isteri encik masih belum dapat melahirkan anak. Keadaan anak encik akan lemas dan kami kena buat pembedahan dengan segera untuk selamatkan anak encik. Kami perlukan tandatangan encik “. Aku hanya mampu tandatangan dan sekali lagi aku minta izin doctor berjumpa isteriku sebelum pembedahan di lakukan.
“ Bang Siti takut bang. Abang tolong berdoa untuk Siti “. Isteriku menggengam erat tanganku
“ Siti jangan risau. Abang tak kemana. Abang ada di luar dan sentiasa doa untuk Siti “. Sebelum di masukkan ke bilik pembedahan isteriku sempat mengucup tanganku. Mengalir air mataku. Bukan senang melahirkan seorang anak. Aku menanti di luar dengan penuh debaran.
“ Siti Aishah bt Zakaria “. Dengan cepat aku bingkas bangun berjalan kearah nurse
“ Tahniah. Baby girl “. Jatuh airmataku. Akhirnya isteriku selamat melahirkan anak melalui kaedah pembedahan. Aku di benarkan berjumpa isteriku. Nampak keletihan dan kesakitan dia. Aku cium tangannya

“ Kita dapat anak perempuan Siti. Terima kasih abang ucapkan “. Menangis isteriku ketika itu bila aku ucap terima kasih padanya. Nurse datang membawa anak kami. Aku ambil anakku lalu di azan dan di iqamatkan.Doktor memberi arahan agar esok saja aku ziarah isteriku sebab dia terlalu letih. Aku membawa pulang uri untuk di tanamkan. Tidak sabar menanti hari esok.
Esoknya jam 11 pagi aku sudah berada di horpital. Jam 12 tengahari pelawat di benarkan masuk. Tersenyum isteriku dari jauh bila melihat aku datang. Anak kami ada di sisinya.
“ Bang doctor kata tak boleh makan lagi selagi tak kentut. Siti lapaq “. Kata isteriku. Aku memapah isteriku bila dia nak ketandas. Dia tak boleh bongkokkan badan sebab akan terasa sakit di bahagian jahitan jadi aku kena 100% membantunya. Dari mandi, sabun, pakai baju dan segalanya akulah yang uruskan.

“ Terima kasih bang sebab tolong Siti “. Kata isteriku
“ Insyaallah abang buat setakat mampu abang “. Jawab aku pulak
“ Bang…Kita nak letak nama apa anak kita “. Tanya isteriku
“ Abang dah dapat nama. Kita letak nama Siti Zinnirah bt Ariff Budiman “. Tersenyum suka isteriku
“ Siti Zinnirah dah dapat nama “. Gurau isteriku sambil mencubit anak kami. Seharian aku tak kemana. Aku habiskan bersama isteri dan anak kami. Terasa berat hati bila pengawal keselamatan beritahu yang masa lawatan telah tamat untuk hari itu. Aku harus menanti esok pula untuk bertemu isteri dan anakku.
Esoknya bila aku sampai aku melihat isteriku berjalan perlahan2. Katanya doctor suruh bangun dan berjalan2. Dia tak suka duduk atas katil sahaja. Aku pimpin isteriku agar dapat berjalan dengan lancer sambil isteriku memegang perutnya yang sakit
“ Bang…Doktor bagitau tadi Siti kena duduk hospital lama lagi sebab luka amat dalam. Kata doctor mungkin lagi 3 minggu kena duduk di hospital “. Aku gelisah sebab ianya terlalu lama. Akhirnya selepas berbincang dengan isteriku, aku berjumpa doktor. Aku meminta izin dari doktor agar dapat membawa pulang isteriku dan menjaganya. Ubat2an akan aku ambil dari klinik panel. Akhirnya doktor izinkan dan minta aku menandatangani borang pelepasan. Aku meminta doktor menulis jenis ubat dan peralatan yang di perlukan.

Terasa lega bila dapat membawa isteri pulang. Terus aku ke klinik panel mencari bahan2 untuk mencuci luka isteriku. Terlalu dalam luka isteriku. Setiap peralatan harus di masak terlebih dahulu. Aku yang buat semua itu. Waktu malam aku suruh isteriku tidur. Bab anak biar aku yang uruskan. Janji isteriku dapat berehat. Aku yang buatkan susu anak. Sebelum aku ke tempat kerja, aku perlu cuci dulu luka isteriku. Terketar2 sakit isteriku bila aku mencuci lukanya yang dalam. Setelah aku balut kembali barulah aku ke tempat kerja. Begitulah tugasku setiap hari. Malamnya jaga anak dan waktu pagi pula cuci luka isteriku. Akhirnya lukanya semakin sembuh walaupun ngilunya tetap ada.
Bila berjumpa doctor, doktor puji isteriku. Kata doktor aku rawat dengan isteriku dengan baik. Luka semakin sembuh
“ Bang…Doktor pesan lagi 5 tahun baru boleh dapat anak lagi sebab takut jahitan tu tak kuat “. Aku hanya mengiakan saja kata2 isteriku. Akhirnya dengan berkat kesabaran kami luka isteriku tertutup sepenuhnya.
“ Bang…Siti nak ucap terima kasih banyak2 dekat abang. Abang jaga Siti dari sebelum dan selepas bersalain hinggalah cuci luka Siti. Siti tak akan lupa jasa abang “. Panjang lebar dia puji aku. Akhirnya anak gadis kami semakin membesar di depan mata kami. Hati terasa begitu tenang bila dapat melihat ibu dan anak2.

Dengan kelahiran anak sulong kami, kehidupan kami bertambah meriah. Pintu rezeki kami terus di buka. Pada tahun 1990 Lembaga Letrik Negara ( LLN ) telah di swastakan dan di tukar ke Tenaga Nasional. Automatik gajiku telah di naikkan. Kami juga telah di tawarkan saham. Dengan saham itulah aku membeli kereta proton Saga second hand. Senang kami untuk berjalan2 dan mendengar ceramah. Kini anak gadisku telah berusia 2 tahun. Parut di perut isteriku telah pulih sepenuhnya.

Kisah anak 2
Suatu hari aku melihat isteriku muntah2 dan pening kepala. Terus aku bawanya ke klinik dan syukur kerana isteriku telah disahkan mengandung walaupun doktor memberi syarat 5 tahun baru boleh mengandung tapi manusia hanya mampu merancang. Semasa membuat check up di hospital, doktor awal2 lagi telah memberitahu bahawa kali ini pun isteriku akan di bedah. Senang kami dah tau awal. Jadi dapat la kami prepair apa yang perlu. Kadang2 aku berbual dengan anak gadisku
“ Kakak. Kakak nak adik lelaki ka perempuan “. Tanya aku
“ Kakak tak nak adik lelaki. Lelaki tak best. Nak sama macam kakak “. Kata anak gadisku. Ketawa kami mendengar kata2 anak gadisku yang berusia 2 tahun. Perut isteriku semakin membesar. Di pendekkan cerita pada 19 Ogos jam 9.30 malam aku mendengar nurse memanggil nama isteriku
“ Siti Aishah “. Aku terus kearah nurse

“ Tahniah. Baby boy “. Bersyukurnya aku dan kini aku sudah mempunyai sepasang anak. Aku terus berjumpa isteriku.
“ Siti. Terima kasih sekali lagi abang ucapkan. Kita dapat anak lelaki “. Menangis gembira isteriku bila nurse membawa anak kami. Aku azan dan iqamat di telinga anakku. Kali ini luka isteriku tidaklah seteruk yang pertama tapi masih perlu di rawat
Kami memberi nama anak kami Hermawan Ariff Budiman. Sebenarnya nama ini di beri oleh atuknya. Ayahku teringin nak namakan anakku lalu aku izinkan. Akhirnya melekatlah nama Hermawan. Luka isteriku tidaklah begitu serius kali ini tapi kesan dari pembedahan kali kedua pun amat memeritkannya. Aku terpaksa memapahnya ke tandas. Kadang2 aku basuhkan hadas besarnya bila perutnya terasa begitu sakit. Aku yang mandikannya. Bila ke katilnya di hospital maka pesakit2 yang lain pun berbunyi
“ Untungnya awak Aishah. Suami ada dekat. Boleh tolong. Kami kena buat sendiri “. Isteriku hanya tersenyum mendengar pujian dari rakan2 sewad. Akhirnya isteriku dibenarkan pulang kerumah dan aku seperti biasa akan bantu isteriku sebelum keluar bertugas. Kadang2 si kakak meriba adiknya sambil menyuapkan botol susu. Sedikit demi sedikit luka isteriku telah sembuh sepenuhnya dan dapat bergerak dengan pantas. Dengan 2 orang anak kami ke hulur dan kehilir dengan kerata yang baru di miliki.

Kisah anak 3
Begitu cepat masa berlalu, anak gadisku telah berusia 8 tahun manakala anak lelakiku berusia 6 tahun. Isteriku di sahkan mengandung. Ketika pemeriksaan sekali lagi doctor berpesan proses kelahiran melalui pembedahan. Mereka tidak akan mencuba proses normal. Begitu cepat masa berlalu perut isteriku semakin membesar. Ketika membuat pemeriksaan, isteriku di dapati mengalami kencing manis. Kata doktor dia harus tinggal di wad sehingga bersalin. Aku keberatan sebab 2 orang anak amat memerlukan ibunya. Setelah berbincang dengan doktor, akhirnya doktor memberi kelonggaran bila aku berkata yang kami akan buat pemeriksaan yang kerap di klinik panel.
Seminggu sekali kami akan ke klinik untuk buat pemeriksaan. Ini semua untuk kawalan agar kencing manis isteriku tidak terlalu tinggi. Di akhir perjumpaan dengan doktor sebelum isteriku di masukkan ke dalam wad, doktor berjumpa dengan kami. Kata doktor kepada kami terlalu bahaya kalau rahim tidak di ikat. Sebab telah 3 kali melalui pembedahan. Aku memberi tempuh kepada doktor untuk berbincang dengan isteriku.
“ Bang….Kalau di ikat Siti tak dapat bagi zuriat dah dekat abang “. Katanya dalam tangisan

“ Abang lebih pentingkan keselamatan Siti. Bagi abang cukup lah kalau Allah nak bagi kita 3 orang anak. Kita didik anak2 kita elok2. Abang tak nak perkara yang tak elok berlaku dekat Siti kalau tak ikat “. Akhirnya istreriku bersetuju agar rahimnya di ikat demi keselamatan dirinya juga. Aku bersyukur mempunyai 3 orang anak. Akhirnya doktor meminta aku menandatangani borang persetujuan agar rahim isteriku di ikat. Aku tidak menyesal menandatangani borang tersebut. Janji isteriku selamat. Itu yang aku fikirkan ketika itu walaupun ada rakan2 yang berkata aku bodoh kerana membenarkan rahim isteriku di ikat. Kalau mereka, mereka tidak akan benarkan. Aku hanya diamkan saja. Itu hak masing2. Padaku nyawa isteriku lebih penting.

Saat di nantikan telah tiba. Isteriku telah selamat melahirkan seorang anak lelaki. Ini bermakna kami mempunyai 2 anak lelaki dan seorang perempuan. Aku membawa kedua2 anakku untuk melihat adik mereka. Anakku Hermawan terus cium adiknya. Begitu juga kakaknya Siti Zinnirah. Semua gembira di kurniakan ahli keluarga baru. Isteriku di benarkan pulang manakala anak kami di tahan akibat kekuningan. Akhirnya nama Ashraf bin Ariff Budiman menjadi pilihan kami. Setiap hari kami anak beranak akan ziarah Ashraf. Nurse memangku anak kami
“ Ashraf…..Buka mata. Tengok siapa yang datang “. Tiba2 anak kami membuka matanya sambil tersenyum. Kami semua tertawa gembira sebab itulah pertama kalinya Ashraf membuka matanya. Akhirnya isteriku di nasihatkan berada di rumah dan tidak bergerak banyak. Biar aku saja yang setiap hari ziarah anak kami. Pada hari kesepuluh kelahiran Ashraf, Ketika berada di tempat kerja isteriku menalipon
“ Bang…Tadi doktor talipon. Dia minta abang ke hospital “. Berdebar2 aku ketika dalam perjalanan ke hospital. Bila berada di sana terus doktor datang kepadaku.

“ En Ariff, Anak encik mengalami jangkitan kuman yang serius, Buah pinggangnya rosak “. Begitu lemah aku mendengar berita dari doktor, Bagaimana aku nak terangkan kepada isteriku. Bila tiba di rumah terus isteriku mendapatkan aku.
“ Bang…Apa kata doktor bang “. Aku hanya mendiamkan diri tapi dalam hati aku terlalu sebak
‘ Bang…Siti Tanya ni. Apa kata doktor sampai dia talipon “. Akhirnya aku tak dapat lagi menyembunyikan rahsia. Aku tidak pandai. Terus air mataku gugur ketika bercerita kepada isteriku. Menangis isteriku
“ Bang…Siti nak tengok Ashraf malam ni jugak “. Kata isteriku. Aku memujuk tapi tidak berkesan. Akhirnya aku bawa isteriku ke hospital
“ Ashraf….Buka lah mata. Emak dengan ayah datang ni “. Kata isteriku. Airmatanya sudah berguguran. Akhirnya anak kami membuka matanya sambil tersenyum. Dia menutup kembali matanya dan buka kembali. Senyumannya tidak pernah pudar. Isteriku cium anaknya. Terlalu rindu di pisahkan untuk sementara waktu

Bermula saat itu setiap hari kami ke hospital untuk menziarahi anak kami. 18 hari setelah kelahiran anak kami. Ketika aku sedang membuat latihan nasyid, abang ipar datang. Katanya doktor minta kami pergi ke hospital. Anak kami dalam kritikal. Bergegas kami ke hospital. Bila doktor melihat kami terus dia meluru kearah kami
“ Encik…. “. Dia terdiam seketika
“ Anak encik kritikal tadi. Kami dah buat sedaya upaya tapi gagal. Anak encik tidak dapat di selamatkan. Kami hanya menanti encik berdua untuk mematikan mesin pernafasan anak encik “. Terus isteriku jatuh terduduk. Aku izinkan doktor mematikan mesin dan terus mengangkat isteriku. Dia menjadi lembik

“ Bang…Anak kita tak ada bang. Siti dah tak boleh bagi zuriat dekat abang lagi “. Tangisnya. Aku peluk isteriku. Aku juga gagal mengawal perasaanku. Kami menangis di dalam wad
“ Tak apa Siti. Allah lebih sayangkan Ashraf. Kita masih ada lagi 2 orang anak “. Aku memujuk isteriku
“ Abang. Siti tak dapat bagi zuriat dah dekat abang. Abang jangan tinggalkan Siti “. Aku memeluk isteriku dan berjanji akan tetap bersamanya walau apa yang terjadi. Terlalu sayu aku melihat isteriku
Jenazah anak kami di semadikan pada waktu malam hari yang sama setelah hidup hanya 18 hari sahaja. Ramai di kalangan rakan2 mengucapkan takziah dan tahniah. Aku faham sebab anak itulah yang akan membantu kami kelak di akhirat tapi untuk menerima takdir ini terlalu berat lebih2 lagi isteri. Berkali2 dia merayu agar aku tidak meninggalkannya sebab tidak dapat memberi zuriat lagi kepadaku.
“ Siti. Abang bersyukur Allah bagi kita 2 orang anak. Biar kita didik anak kita. Demi Allah abang tak akan tinggalkan Siti. Abang sayang dan cinta Siti walaupun abang tau Siti dah tak dapat berikan zuriat dekat abang. Abang redho. Ini semua bukan kehendak kita Siti “. Akhirnya emosi isteriku terkawal bila aku berjanji tidak akan meninggalkannya. Akhirnya dari hari, minggu, bulan dan tahun emosi isteriku telah stabil. Kami telah dapat mengawal keadaan. Kehidupan kami berasama 2 orang anak terus bahagia. Hingga kini aku masih teringat akan kata2 agar tidak meninggalkannya tapi kita hanya mampu merancang, akhirnya dia yang pergi meninggalkan kami semua. Maka bernarlah firman Allah dalam surah Al Imran ayat 54 yang bermaksud: “ Mereka merancang, Allah juga merancang, Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang “. Isteriku Siti Aishah, Damailah engkau di sana bersama anak kita Ashraf. Moga suatu hari kita di pertemukan kembali

– Ariff Budiman

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit