Kerana “Kenapa Jodoh Aku Tak Sampai-Sampai”

Assalamualaikum ni first time aku nak confess dekat sini. Aku tak reti mengarang, maaflah kalau ayat berbelit-belit. Aku pon dah lama sebenarnya tak jenguk page ni sebab agak busy dengan life aku. Tapi malam semalam aku disuruh baca confession di page ni. Confession yang agak popular jugak rasanya sampai ramai yang share dan ada yang terasa. Confession yang aku maksudkan ialah “Kenapa Jodoh Aku Tak Sampai-Sampai” part1 punya.

Al-kisahnya malam semalam waktu aku dah siap-siap nak tido tetiba bertalu-talu WhatsApp masuk. Pelik jugak aku sebab melainkan waktu kerja memang WhatsApp aku tak pernah ada message masuk. Bos aku je yang rajin bagi kerja melalui WhatsApp, aku solo so memang takde siapa pon nak berWhatsApp. Rupanya angah aku yang hantar message. Message pertama je dah buat aku panas. “Kau yang tak laku, jangan nak salahkan adik beradik pulak, patutlah tak laku.” Membara jiwa ni, belum sempat aku balas semakin bertalu-talu pulak message masuk. Aku cuma reply “Apa cerita ni ngah? Cuba bagi peluang orang baca message kau dulu.” Dia reply “Kau jangan berpura-pura lah, buat-buat tak tahu pulak” lepas tu dia send screencaps confession si Nini tu. Dia cakap “Ni apa ni? Nak confess pon confess lah betul-betul, jangan nak buat-buat cerita pulak”.

Aku pon baca lah confession si Nini tu sambil kagum macam mana cerita keluarga kami boleh hampir-hampir sama. Patutlah angah aku terasa pedasnya sebab dia termakan cili rupanya. Nak kata 100% sama tu tak lah tapi ada part yang betul-betul serupa, memang mak dan abang aku ada bertekak sehari sebelum raya tapi atas sebab yang berbeza dari cerita si Nini tu. Abang aku jugak memang ada pinjam duit dari mak aku tapi jumlahnya takde lah sampai RM20k. Kakak-kakak aku pon memang ada yang tak pernah balik raya bersama suami mereka tapi takde lah sampai semua, ada yang ok je. Dan adik-beradik aku ni memang jenis tak reti menghulur bulan-bulan jugak tapi ada yang menghulur waktu raya. So aku rasa keluarga aku ok sikitlah kot berbanding keluarga si Nini tu.

Bab kemas rumah jadi maid tu aku rasa masalah yang typical bagi adik-adik bongsu perempuan yang solo. Aku zaman muda-muda dulu memang memberontak jugak, tapi bila dan masuk 30’s ni dah malas nak bising-bising, aku buat je kerja sebab kalau bising-bising pon buat habis tenaga dan air liur je. Sejujurnya walau aku ada rasa tak puas hati tapi aku tak berapa kisah sangat sebenarnya. Aku hidup cara aku dan terpulang kepada mereka nak hidup cara mereka. Andai mak abah aku terasa dengan perangai mereka, then itu dosa mereka. Aku rasa mak abah dah mendidik kami dengan terbaik, aku boleh je jadi manusia takkan mereka tak boleh kan?

Aku tak kawin, sebab aku sendiri tak bersedia nak kawin. Well tengok contoh adik beradik sendiri je pon dah boleh trauma. Kalau dapat suami yang ok boleh bertolak ansur bertapa beruntungnya lah, tapi kalau dapat suami yang nak kena ikut cakap dia je nak buat macam mana kan. Bab hibah tu pulak, cerita kami hampir sama tapi kurang drama. Takde lah sampai nak lawan lawyer, cuma ada tak puas hati sikit antara adik beradik. Bab harta-harta ni aku malas nak masuk campur sangat sebab bukan boleh bawak masuk kubur pon kan.

Masalahnya sekarang ni diorang semua dah pandang serong dekat aku. Diorang mati-matian cakap aku yang tulis confession tu tanpa beri peluang untuk aku beri penjelasan. Sekarang ni masing-masing dah block aku, sebab tu aku tulis confession ni. Harapnya disiarkan dan harapnya diorang baca. Ngah dan semua, kalau kau baca confession si Nini tu dan terasa, then patutnya kau bolehlah ambik yang jernih dan buang yang keruh. Orang takde masalah dengan kau pon ngah, orang bukan tak faham hidup kau macam mana. Orang bukan jenis budget bagus dan batak like macam yang kau kata tu ngah. Kita dah jadi adik beradik lebih 30 tahun, takkan kau tak faham lagi perangai adik kau ni ngah. Orang sedih ngah, orang sedih yang rupanya selama ni kau pandang orang ni macam tu. Ni confession ni pon bukan orang nak tulis, tapi dah korang block adik korang ni, apa lagi cara lain untuk selesaikannya. Kita semua dah lah duduk berjauhan. If you read this, please unblock me. Let me explain. And one more thing ngah, abah kita bukan bilal dan dia takde 10ekar kebun getah. Rasanya kau tak baca confession dia part yang ke2.

– Sofi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *