Assalamualaikum. Nama aku Elle (bukan nama sebenar). Kalau penulisan aku disiarkan terima kasih pada admin. Dalam confession ni aku nak cerita pasal mak aku dan kawan dia yg aku namakan sebagai Sue.
Mak aku mula berkawan dengan mak cik Sue sejak pertengahan tahun 2013. Kalau diikutkan umur mak cik sue dengan mak aku berbelas tahun juga jaraknya. Mak aku jauh lagi tua dari dia. Sepatutnya aku panggil mak cik Sue ni akak je sebab dia tua 16 tahun je dengan aku tapi disebabkan anak dia dah ada yg sebaya dengan aku jadi aku panggil dia mak cik Sue.
Masa mula mak aku kenal dia memang aku nampak dia biasa je tapi lepas mak aku berhenti kerja dia mula tunjukkan diri sebenar. Mak aku kerja sebagai jaga sekolah rendah suatu ketika dulu dan bertahan selama tiga tahun je. Lepas berhenti mak aku kerja jdi cleaner di sekolah menengah dimana mak cik Sue berkerja sebagai security guard juga.
Mak aku akan habis kerja pukul 4 dan mak cik Sue akan suruh mak aku gantikan tempat dia sebagai guard ganti sampai pukul 7 iaitu tamatnya shift siang. Boleh bayangkan x betapa penatnya mak aku? Lepas habis kerja tu malam dia ajak mak aku berjalan lgi pergi bandar sampai balik tengah malam. Kita orang adik beradik tak ada masa dengan mak.
Dalam seminggu tu dua atau tiga hari je mak aku ada masa dengan kitaorang. Aku tak tahu kenapa mak terlalu ikut cakap mak cik Sue. Kadang tu masa yg mak aku gantikan kerja guard dia bayar lambat. Sampai berbulan bulan baru bayar. Kadang tu dia tak bayar guna duit dia bayar cara lain macam bawak mak aku pergi tempat yg mak aku nak tanpa duit minyak.
Tahun lepas pulak ada peristiwa yg buatkan keluarga aku malu. Masa tu raya. Kakak aku balik rumah sebab nak raya dengan keluarga. Masa tu kakak aku belum bertunang lgi. Bila dah habis cuti kakak aku dia pon nak balik rumah dia dekat bandar. Mak cik Sue yg selalu hantar kakak aku jdi malam tu dia hantar. Yang peliknya mak dia ikut sekali tak pernah ii mak dia lkut kalau kakak aku nak balik ke bandar. Pergi lepas maghrib tapi mak aku sampai rumah pukul 2 pgi.
Bila balik tu mak aku cerita apa yg terjadi. Dipendekkan cerita, masa dah nak sampai ke rumah kakak aku suami mak cik Sue yg bawa mak dan kakak aku masa tu x lalu pon jalan nak kerumah kakak.
“Naz kenapa tak kerumah anak aku?”
“Sue tak cakap dengan akak ke kita nak beraya rumah mak cik dia dulu?”
Mak aku speechless masa tu. Mak cik Sue tak bg tahu pon. Patutlah dia bawa mak dia masa tu. Nak tak nak mak aku ikut je diaorang. Sampai kat sana diajak mak. Makan semua dah siap duduk sambil berbual kat ruang tamu. Mak aku kata mak Minah (mak cik kpda mak cik Sue) asyik tengok kakak aku je sambil tersenyum je.
“Ni kira jadi lah kan?” kata mak Minah sambil pandang kakak aku.
(FYI kakak aku ni seorang Niqabis) Mak cik Sue dan mak dia tersenyum. Mak minah datang kat kakak aku sambil pegang tangan kakak aku.
“Boleh ye kahwin dengan anak mak cik.”
Mak aku cakap dia bagi duit raya kat kakak aku RM 50. Dua minggu kemudian kakak aku ditunagkan dengan sepupu mak cik Sue yg dah berumur 29 dan kakak aku 21 masa tu. Pertunangan tu dipersetujui kerana pujuk rayu mak aku dan keluarga mak cik Sue. Mak aku cakap kalau dah ada orang minang sekali jangan ditolak sebab takut lambat dpt jodoh.
Pertunangan tu tak bertahan lama sebab diputuskan oleh lelaki tu sendiri akhir tahun lepas melalui whatsapp. Beberapa hari kemudian dia minta maaf dan minta rujuk balik. Atas nasihat orang sekeliling kakak aku tak nak terima dia semula. Lepas tu mak cik Sue whatsapp kakak aku cakap yg bekas tunang kakak aku a.k.a sepupu dia dah tak betul sebab putus tunang kali kedua. Macam ii dia cakap untuk pujuk kakak aku. Dan kakak aku berkeras juga tak nak terima dia.
Bila dah jadi macam tu adik ipar mak aku pun cakap dengan mak aku yg dia nampak mak aku ni macam dah diguna gunakan oleh Mak cik Sue. Apa yg dia nak semua mak aku ikut. Tahun lepas masa pertunangan Mak Minah ada bgi duit pada mak aku untuk duit makan katanya tapi mak aku buat untuk beli barang kahwin kakak aku dengan anak dia tapi bila dah putus dia minta balik duit tu jadi mak aku pulangkan barang hantaran yg tak jadi tu separuh je yg separuh lgi pada mak cik Sue.
Bila dikira balik x cukup dengan duit yg dia bagi. Mak aku pon janji lah nak bayar lepas kakak aku kahwin (lepas putus tu ada orang yg masuk minang) tapi dia tak nak tangguh. Daripada awal tahun mak aku main undi untuk kumpul duit buat majlis. Bila lagi beberapa hari nak majlis tu mak aku kerja gantikan mak cik Sue kerja guard sambil tu boleh ambil duit undi dia yg mak cik Sue pegang.
“Sue duit undi aku yg kau pegang tu mana?”
“Maaf kak saya dah buat bayar duit yg akak hutang dengan Mak Minah. Selalu dia tanya saya pasal duit tu.”
“Kau tahu tak duit tu untuk majlis kahwin anak aku lgi beberapa hari. Kan aku dah cakap lepas anak aku kahwin aku bayar”
Mak aku masa tu marah gila dan terus balik. Duit yg mak cik Sue ambil tu lebih dari apa yg sepatutnya dibayar.
Mak aku pun ngadu dengan adik ipar dia. Tak lama lepas tu baru mak aku tahu yg duit tu digunakan oleh mak cik Sue bukan untuk bayar hutang atas bantuan pak cik adik ipar mak aku yg pandai ubatkan orang. Sampailah sekarang mak aku dah tak rapat dengan mak cik Sue. Disebabkan mak aku terlalu percaya pada dia mak aku kena pijak.
Minta maaf lah kalau panjang sangat. Apa yang aku nak sampaikan ialah jangan terlalu percaya seseorang sampai kita yg dipijak. Waspadalah dengan manusia yg jenis macam ni. Aku tak berdendam pun dengan mak cik tu cuma aku harap dia dapat ubah perangai yg suka menari diatas tangisan orang. Dan kerana kakak aku putus tunang lah dia dikenalkan dengan suami dia sekarang. Lepas dia amik duit mak aku kawan mak aku cakap keluarga hadapi masalah.
– Elle
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit