Assalamualaikum. Aku Namika, sudah berkahwin dan tinggal berdua sahaja dengan suami. Sedikit pengenalan, aku dan suami bekerja.
Kami balik kerja sekitar jam 5 petang ke atas. Tentunya, balik kerja, penat dan apabila balik adalah masa untuk menguruskan rumah pula seperti memasak dan tentunya berehat.
Untuk pengetahuan, aku mengemas rumah seminggu sekali yang merangkumi basuh dan lipat baju, sapu dan mop lantai, cuci tandas dan lain- lain.
Oleh yang demikian, pada hari Isnin – Sabtu, aku akan pastikan rumah aku sentiasa teratur dan bersih sahaja.
Sebagaimana yang aku katakan tadi, aku dan suami orang yang bekerja dan kami hanya berjumpa rumah pada pukul 6 petang ke atas. Waktu pagi, kami akan keluar bekerja semula dan begitulah rutin kami sehari – hari.
Berikutan kehidupan kami yang agak sibuk, kami mengambil keputusan untuk tidak memelihara kucing atau peliharaan yang lain kerana kami tiada masa untuk menguruskannya.
Bukan kami tidak sukakan kucing, tetapi kesibukan kami yang membataskan kami untuk memelihara haiwan tersebut.
Selain itu, kami juga memikirkan jiran- jiran yang juga bekerja seperti kami, balik kerja, penat, nak urus rumah dan keluarga, jadi kami tidak mahu najis haiwan mengganggu jiran – jiran.
Kisahnya, jiran kami (selang sebuah rumah) ada memelihara kucing dan dia suka membawa balik kucing – kucing gelandangan ke rumahnya.
Jika kita fikir logik, kenapa orang buang kucing? Tentunya kucing itu bermasalah dan berperangai jahat.
Tapi, jiran aku kutip dan bawa balik. Alasan, kasihan.
Alhasil, rumah aku jadi mangsa tempat kucing – kucing tersebut datang melepak, berak kencing dan merosakkan harta benda aku seperti kereta aku dicakar, tempat duduk motor dicakar, sofa aku dicakar dan sebagainya.
Sedih rasa. Aku beli semua ini bukan dengan air liur. tapi dengan duit dan barang – barang ini bukan murah.
Nak dapat semua ini, aku perlu bekerja dari pagi hingga petang, 5 hingga 6 hari seminggu. Sedih. Aku sudah maklumkan kepada tuan punya kucing, tolong jaga kucing elok – elok.
Jangan dilepas ke rumah orang. Tetapi dia buat tidak endah dan tuduh aku benci kucing dan tidak kasihan kepada kucing. Hello.
Aku, kalau tidak duduk di taman perumahan, aku bukan sahaja akan bela kucing, lembu kambing ayam itik pun aku akan bela. Aku tidak kisah kalau jiran aku nak bela kucing, tapi tolong bela dalam rumah. Jangan lepas ke rumah orang.
Aku balik kerja, penat. Penat di tempat kerja dan penat menghadap jam di jalanraya. Apabila balik, tentunya aku nak hilangkan penat dan berehat di rumah yang aku beli ni bersama suami tersayang.
Ini tidak, balik rumah dan aku disajikan dengan najis dan air kencing kucing pula. Macam mana aku tak marah? Korang yang baca ni, jangan cakap soal dosa pahala ye iaitu dapat pahala mencuci najis kucing.
Isunya, aku penat. Balik nak kena cuci semua itu pula. Bukan sekali tetapi berkali – kali.
Akhirnya, aku ikut amarah, aku ambil taik kucing tu dan aku lempar je ke rumah tuan kucing.
Ada yang bagi cadangan, bagitahu tuan kucing dan minta dia bersihkan taik kucing tersebut tetapi aku bukan jenis yang nak menunggu orang balik kerja. Panggil dia dan minta dia bersihkan najis.
Aku orang yang mementingkan masa. Aku tak suka buang masa tunggu orang yang entah bila balik rumah. Jiran sebelah rumah aku, dah pindah walhal itu rumah yang dia beli sebab tidak tahan dengan masalah kucing ini.
Mereka pun dah bergaduh dengan pemilik kucing sedangkan pemilik kucing hanya menyewa di situ.
Aku tak tahu siapa pemilik rumah yang disewa kerana dia tidak pernah muncul. Kalau tahu, aku dah laporkan kepada pemilik rumah yang rumahnya teruk macam rumah hantu kucing.
Lantai porch, kotor dan berlumut. Tolong lah pemilik – pemilik kucing. Jika nak pelihara kucing, peliharalah betul – betul dalam rumah korang.
Jangan dilepas keluar sehingga ke rumah jiran. Kucing nak berak kencing atau rosak perabut, biarlah dalam rumah korang je. Jangan sakitkan hati jiran.
Dari baik, terus bermasam muka kerana kucing. Aku malas sebenarnya nak panjang – panjang isu ke PBT atau pihak – pihak berwajib lain.
Cukuplah beri ingatan kepada pembaca semua kerana aku tahu, isu seperti ini ramai yang hadapi.
Terima kasih kerana membaca.
– Namika (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Faham sangat. I pown ada jiran acah nak tunjuk kepada semua jiran jiran bahwa sheolz terpaling penyayang baik hati syurga molia 🤣
Jiran I olz nak dapat anak kucing baru. Maka sheolz telah MEMPERGUNAKAN kucing jalanan sebagai ibu tumpang untuk kacuk baka British Short Hair ka kucing Siam sheolz.
Lalu sheolz dan anaknya bagi kucing jalanan makan dan mengawan. Rupanya tiap malam kucing jalanan sheolz ajar masuk pagar rumah I olz sampai beranak. Bila I olz nak buang anak kucing itu she olz cari balik diam diam.
Depan I olz BERLAKON kejadian itu adalah kebetulan tapi sebenarnya sheolz dah lama rancang. Kah kah kah kah kah
Al kisah bermula episod bekas makanan menyemak depan rumah I olz juga kencing berak kucing.
Oh sebelum wujud kucing jalanan itew muncul sheolz sudah beberapa banyak kali BUAT TAIK yach! Kucing sheolz sendiri siap ada tag keluar dari rumah sheolz selamba badak datang depan pintu rumah I olz hanya untuk berak. I olz yang rushing cuma mampu cakap kucing dia berak sambil lalu sebelah husband sheolz.
Malangnya! I olz balik kerja tahi kucing sheolz masih di depan pintu. I olz bising sambil cuci walau penat pulang dari kerja sebab I olz is very the pembersih. Gitchewwww!! Tapi bila kerap sangat semenjak sheolz layan kucing jalanan sampai cirit birit berdekatan sekitar rumah I olz mengamuk jua.
Bila I olz naik hantu bising satu taman sheolz tuduh I olz tiada budi bahasa kah kah kah kah kah kah kah kah kah Sheolz cuma mampu jawab kucing tidak berakal fikiran itu sajor otak benak sheolz yang ego mampooooooooo jawab.
Maka sejak itu I olz is boolayan sheolz karna benak bengap bangangnya cara pemikiran sheolz.
Jiran jiran balik kerja nak keluar masuk kalau tak perasan kasut selipar terpijak kencing najis kucing terbawa masuk semoga sheolz TANGGUNGJAWAB pada Tuhan kelak jika solat jiran jiran TIDAK SAH karna tak sedar lepas wudhu terpijak sisa najis lalu di bawa terus ke surau atau masjid.
Nak BELA KUCING SAMPAI PENUH RUMAH SENDIRI BAU KEPAM HANCING SILAKAN.
Cuma jangan lepas sampai jiran jiran mengamuk. Ingat jiran semua suri rumah sepenuh masa boleh buat kerja amal layan kucing macam anak sendiri? Cukuplah kucing kucing u ollz sajorrrrrrr tidak boleh berfikir. U ollz sebagai insan GUNAKAN OTAK untuk berfikir. Bukan sama benak bebal serupa binatang peliharaan u ollz!
Insan baik tak cari masalah sama jiran terdekat. Tidak berpura pura. Mereka jenis jenis MENUNJUK TERPALING PENCINTA BINATANG tapi ANIAYA JIRAN JIRAN SENDIRI sedar sedarlah SATU TAMAN BENCI DALAM DIAM. Hidup bakalan makin HAUK bila ke penghujung USIA kerana hilang keberkatan hidup menyakiti jiran jiran. Balasan Tuhan akan kembali pada masa yang TEPAT.
Hanya PENCINTA BINATANG SEJATI yang berhati murni. Mereka tidak pernah menunjuk terpaling. Berbuat kebaikan kepada SEMUA MAKHLUK TUHAN. Tidak semata kucing dan anjing.
Sejenis TAK MAMPU URUS HIDUP SENDIRI tapi sibuk nak urus binatang sajorrrrrrr SUKA MENUNJUK TERPALING. Semua nak nombor syatuu! Bersaing saing iri hati. Hidup asyik harus BUKTIKAN SESUATU.
Kesimpulan: tiada manusia di dunia ini perlu menunjuk setiap amal perbuatan mereka jika mereka insan yang benar. Cukup Tuhan melihat segalanya dan sesama manusia dapat saksikan dan rasakan keikhlasan diri. Perlu MEMPERDENGARKAN, TAYANG, itu tanda diri sendiri lapar penghargaan insan lain.
Masalah saya TAK sama. (Pendapat dialu-alukan)
Saya PEMILIK (rumah PPR) dah duduk 19 tahun, sebelah saya ni PENYEWA, dulu anak dia yg duduk rumah sewa tu, TAKDE masalah. Sebelum PKP, ayah dia cerai then kahwin bini baru, sekarang bini baru dgn ayah dia yg duduk, siap bercucuk tanam sepanjang2 hall depan rumah, time siram pokok, banjir, bertakung la depan laluan ni ……… hhhmmmmmm, pastu dgn daun kering gugur tak pernah nak sapu, ditiup angin lalu depan rumah org lain…. Hhhhmmmm tabah je la tolong sapu/sodok sampah bagai.
KUCINGgggg…….., saya pun ada bela kucing, tapi kucing saya duk dlm rumah (saya kerja 9am – 6pm, masuk rumah, ngam maghrib) dan kucing saya KENCING/BERAK DALAM TANDAS!!! Tak payah pakai pasir kucing pun, tinggal tolong siramkan je, sbb masa kecik2 saya taruk bekas pasir kucing dlm tandas. Kucing saya kalau keluar jalan2 sabtu @ ahad je sbb saya cuti @ anak saya ada nak teman, takde yg teman tak boleh jalan (MESTI pakai tali sbb TAK KUASA NAK LARI KEJAR KALAU TERLEPAS & WAJIB BERTEMAN) walaupun keliling depan hall tingkat rumah je, janji kucing tak strees.
Ada je 2 @ 3 stray cat yg naik, kencing/berak kat tingkat rumah saya, depan rumah saya pun ada, saya bersihkan je sbb nak suh sapa yg angkat buang? taik kucing yg saya bersihkan/buang tu, saya nak tuduh kucing sapa?? tapi bila ada taik kucing rumah org lain, kenapa semua tuju kat kucing saya #@#*&^%$#@!#%^, ke sebab kucing saya corak RARE. Macam yg saya bgtau awal tadi, saya ni kerja 9am – 6pm, TAK ADA ORG DKT RUMAH, ANAK2 saya dkt U, stay kat PERAK & CYBERJAYA tuuuu, jadi masa bila pulak kucing saya keluar!??? Saya tak tinggalkan kunci rumah dkt kucing saya ya, tak ajar pun cara nak buka/tutup pintu. Jadi dah tentu la taik kucing tu BUKAN kucing saya yg berak!!! OTAK DAH TTINGGAL DKT MANA???? dahtu pegi membawang/jaja cerita dkt bawah flat saya dah kenapa …………………… speechless!! Mentang2 aku ni ibu TUNGGAL, tak suka berlonggok/membawang, geng ngan korangkan, ada je nak buat ceritakan. Dgn org datang bertandang rumah kau pun kau boleh jaja cerita tak elok agaknya, siap JELING2 aku sapu sampah depan rumah, kau dah kenapa??? KAU INGAT AKU TAKUT sbb AKU LONERANGERrrr???
Tingkat rumah saya ni pulak bukan rumah saya je ada bela kucing, hujung depan rumah saya bela kucing, depan rumah saya pun bela kucing, siap lepas bebas, mengiau2, bukanya kucing tu tak pernah lalu masa korang pun lalukan, ke buat2 tak nampak sebenarnya. TAPI kenapa mesti kata kucing saya yg berak!!!! Bila tanya kucing warna apa, kau jawab tak pasti pulak!!! MENOPAUSE ke??? Pastu tu boleh pulak terjerit2 tanya saya “KENAPA KUCING TU BERAK RUMAH JIRAN SEBELAH SAYA JE, KENAPA TAK BERAK RUMAH ORG LAIN” saya nak jawab apa? Bukannya SAYA YANG BERAK!!!! Dahla kau bersihkan SUKAHATI/TEKAK kau je longgok taik kucing tu dkt rumah aku, KAU DAH KENAPA??? GILA!!!!???? KAU CUCI HALL RUMAH KAU TAPI TAIK KUCING KAU LETAK RUMAH AKU, APA KE BODOH SANGAT ORG TUA SEKARANG NI???? Dah 1 kerja pulak aku tolong bersihkan/buangkan taik kucing yang kau longgok dkt rumah aku!!!!!!!! Aku ni dah dok 19 tahun, kau tu baru je 3 @ 4 tahun, dah la rumah ni aku beli, kau tu masih sewa dkt DBKL, memang tak sedar diri ORG TUA NI!!!!!!!!!!! Nasib baik la aku dok kenang kau org tua, kalau tak, dah aku bahasakan juga, aku ingat mak/ayah aku je, jap gi org mengata mak/ayah aku juga yg kena.
Aku setuju komen atas. Isteri abang juga bekerja tolong sara keluarga. Kami baru berumahtangga. Baru 25 tahun umur kami berdua. Belum mampu ada rumah sendiri. Walaupun kami cuma penyewa tapi kami setiap hari makan hati dan sakit hati dengan jiran sebelah sejenis suka tunjuk charity bagi makan anjing dan kucing liar. BILA BERAK TAK MAHU BUAT CHARITY PULA? TOLONG LAH CUCI. ANDA SUKA BERBUAT BAIK BUKAN?
Tak patut! Sabar sis. I tengah hadap setiap hari. Penat! I penat bertekak tak makan teguran. Bukan pencinta kucing tapi macam obses. Gila kawan kucing tak mampu kawan sesama manusia. I nak urus anak suami keluarga dan rumah sendiri kena jadi pencacai najis kucing jiran pula kah????????
Salam. Padu teruk komen pertama. Hah tepok! 👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻 Uncle syak ayat power datang dari acik porum wanita bekerjaya, ibu anak 4, suri rumah sambilan, jenis pandai urus multi task. Ayat padu teruk. Uncle nak share dalam grup pesbuk dan wasap perumahan. Moga penganiayaan terhadap jiran di hentikan. Ambil pengajaran dari teguran tepat ke hati. Beringat sampai mati. Salam Senin
Ese mudah je, datang cara baik, kita letak makanan dan minuman kat luar. Start buat perangai, terus tangkap bawak masuk kereta lepas kat pasar. Lebih 10 ekor ese buat cam tu. Pagi tadi pun ada sekor dah berminggu buat hal. Dapat terus ke pasar … 🤣
Masalah saya TAK sama.
Saya PEMILIK (rumah PPR) dah duduk 19 tahun, sebelah saya ni PENYEWA, dulu anak dia yg duduk rumah sewa tu, TAKDE masalah. Sebelum PKP, ayah dia cerai then kahwin bini baru, sekarang bini baru dgn ayah dia yg duduk, siap bercucuk tanam sepanjang2 hall depan rumah, time siram pokok, banjir, bertakung la depan laluan ni ……… hhhmmmmmm, pastu dgn daun kering gugur tak pernah nak sapu, ditiup angin lalu depan rumah org lain…. Hhhhmmmm tabah je la tolong sapu/sodok sampah bagai.
KUCINGgggg…….., saya pun ada bela kucing, tapi kucing saya duk dlm rumah (saya kerja 9am – 6pm, masuk rumah, ngam maghrib) dan kucing saya KENCING/BERAK DALAM TANDAS!!! Tak payah pakai pasir kucing pun, tinggal tolong siramkan je, sbb masa kecik2 saya taruk bekas pasir kucing dlm tandas. Kucing saya kalau keluar jalan2 sabtu @ ahad je sbb saya cuti @ anak saya ada nak teman, takde yg teman tak boleh jalan (MESTI pakai tali sbb TAK KUASA NAK LARI KEJAR KALAU TERLEPAS & WAJIB BERTEMAN) walaupun keliling depan hall tingkat rumah je, janji kucing tak strees.
Ada je 2 @ 3 stray cat yg naik, kencing/berak kat tingkat rumah saya, depan rumah saya pun ada, saya bersihkan je sbb nak suh sapa yg angkat buang? taik kucing yg saya bersihkan/buang tu, saya nak tuduh kucing sapa?? tapi bila ada taik kucing rumah org lain, kenapa semua tuju kat kucing saya #@#*&^%$#@!#%^, ke sebab kucing saya corak RARE. Macam yg saya bgtau awal tadi, saya ni kerja 9am – 6pm, TAK ADA ORG DKT RUMAH, ANAK2 saya dkt U, stay kat PERAK & CYBERJAYA tuuuu, jadi masa bila pulak kucing saya keluar!??? Saya tak tinggalkan kunci rumah dkt kucing saya ya, tak ajar pun cara nak buka/tutup pintu. Jadi dah tentu la taik kucing tu BUKAN kucing saya yg berak!!! OTAK DAH TTINGGAL DKT MANA???? dahtu pegi membawang/jaja cerita dkt bawah flat saya dah kenapa …………………… speechless!! Mentang2 aku ni ibu TUNGGAL, tak suka berlonggok/membawang, geng ngan korangkan, ada je nak buat ceritakan. Dgn org datang bertandang rumah kau pun kau boleh jaja cerita tak elok agaknya, siap JELING2 aku sapu sampah depan rumah, kau dah kenapa??? KAU INGAT AKU TAKUT sbb AKU LONERANGERrrr???
Tingkat rumah saya ni pulak bukan rumah saya je ada bela kucing, hujung depan rumah saya bela kucing, depan rumah saya pun bela kucing, siap lepas bebas, mengiau2, bukanya kucing tu tak pernah lalu masa korang pun lalukan, ke buat2 tak nampak sebenarnya. TAPI kenapa mesti kata kucing saya yg berak!!!! Bila tanya kucing warna apa, kau jawab tak pasti pulak!!! MENOPAUSE ke??? Pastu tu boleh pulak terjerit2 tanya saya “KENAPA KUCING TU BERAK RUMAH JIRAN SEBELAH SAYA JE, KENAPA TAK BERAK RUMAH ORG LAIN” saya nak jawab apa? Bukannya SAYA YANG BERAK!!!! Dahla kau bersihkan SUKAHATI/TEKAK kau je longgok taik kucing tu dkt rumah aku, KAU DAH KENAPA??? GILA!!!!???? KAU CUCI HALL RUMAH KAU TAPI TAIK KUCING KAU LETAK RUMAH AKU, APA KE BODOH SANGAT ORG TUA SEKARANG NI???? Dah 1 kerja pulak aku tolong bersihkan/buangkan taik kucing yang kau longgok dkt rumah aku!!!!!!!! Aku ni dah dok 19 tahun, kau tu baru je 3 @ 4 tahun, dah la rumah ni aku beli, kau tu masih sewa dkt DBKL, memang tak sedar diri ORG TUA NI!!!!!!!!!!! Nasib baik la aku dok kenang kau org tua, kalau tak, dah aku bahasakan juga, aku ingat mak/ayah aku je, jap gi org mengata mak/ayah aku juga yg kena.
Salam.. Puan YY.. Perkongsian puan , lebih kurang mcm i.. I single mom.. Menyewa rumah flat dan stay dgn anak².. Bela kucing 16 ekor.. Semua indoor.. I mmg jaga bab kebersihan najis kucing (nak elakkan jiran cari point utk komplen i) ..
Paling bengang bila stray cats naik atas (i stay tingkat 3), dan buat kerja, mereka akan perli i seolah² kucing² i yg buat. Bila berselisih, mesti i kena jeling..
Petang² berkumpul sesama dia, kita lalu, mereka berbisik²..
Mentang² i takde suami so mereka rasa boleh buat sesuka hati.
oh ye, penghuni blok i ni, mcm ada masalah mental. Mereka sengaja kutip anak kucing entah dari mana dan kemudian tinggalkan di tangga.
Biasanya waktu senja (time i balik kerja) dan tengah malam.
Kerana tak sampai hati, i pergi ambil anak kucing bawa balik dan bela. Asalnya kucing i cuma 5 ekor. Jadi banyak tu sbb i dok kutip anak kucing yg si malaun ni pedajal. Hanya Allah yg mampu balas perbuatan khianat mereka.
Mereka ni nak perli i bab najis stray cats.. Walhal longgok sampah depan rumah. Sampai berulat, berbau.. Klu i busuk hati, dah lama i gaduh dgn mereka.
Tapi takpe lah. Tak lama dah nak pindah. Sewa sini sbb dekat dgn tpt kerja dan sekolah anak.