Kerana Kurang Hormat Pada Keluarga

Assalamualaikum and hai. Im Elena, 31, working home mom, mempunyai dua orang anak, dan dah 7 tahun berkahwin dengan Shah, seorang Engineer di sebuah kilang di utara tanah air.

Baiklah secara ringkas pengenalan diri aku. Aku adalah anak sulung dari 4 orang adik beradik, mama dan papa sudah seperated sejak dari aku darjah 4 lagi.

Mama seorang cikgu pencen dan tinggal di rumah dengan dua orang adik aku, Adam and Eleza. Both of them sudahpun bekerja. Adik kecik aku, Azim sekolah di sekolah berasrama penuh. Rumah mama tak jauh pun dari rumah aku, kira-kira 10 minit perjalanan.

Ibu suami aku a.k.a ibu mentuaku pula seorang widowed, fully housewife dari muda. arwah abah mentua meninggal sebelum aku kahwin dengan Shah lagi. Shah anak bongsu dari 4 adik beradik.

Ibu mentuaku juga tinggal di rumah peninggalan arwah dengan seorang kakak Shah, Kak Sarah yang belum kahwin lagi. Rumah ibu mertua aku ni pun dalam 15minit perjalanan je dari rumah aku jaraknya.

Eh terpanjang pula intro aku bercerita. Maaf. Aku dulu kahwin dengan Shah tak ada pun kena paksa ke, kahwin lari ke, buat benda yang tak elok ke.

In fact kedua belah pihak keluarga kami menerima baik perhubungan kami. Shah pun Alhamdulillah seorang suami yang bertanggungjawab dalam menguruskan hal rumah tangga dan bab nafkah segala Shah mmg tak pernah culas.

Aku kahwin 3 tahun baru mengandung. Mula-mula masa aku belum beranak, Shah ok saja dengan keluarga aku. Tapi lain pulak jadinya bila aku dah mula beranak pinak.

Aku beranakkan anak sulung aku, Ayden, belang Shah mula keluar. Aku mula nampak muka Shah annoyed bila dia nampak adik-adik aku dukung Ayden, agah Ayden. Bila mama aku datang rumah, dia macam tak suka. Dia cemik muka. Dia layan tak layan, sibuk nak lari duduk dalam bilik.

Aku boleh sabar lagi, sebab aku fikir, oh takpelah, dia jadi macam tak berapa nak bercakap dengan family aku, at least dia takde maki mama ke sembur adik2 aku ke. Dengan papa pun sama. Aku syak dia tak suka bini baru papa. Tak apa lah. Aku pilih untuk sabar dan back up sikit2 mana yang patut perbuatan dia tu. Yelah aku masa tu kurang cerdik sikit, pikir takut dosa kalau melawan cakap suami.

Shah still lagi bagi aku pergi rumah mama masa dia pergi kerja, tapi bila dia kerja saja aku boleh pergi rumah mama, lain2 waktu tak boleh. Dia kerja shift, masa ni aku still kerja office hours, jadi kadang-kadang bila dia kerja malam, aku singgah la kejap rumah mama bagi mama main dengan cucu kejap.

Yang peliknya, masa ibu dengan Kak Sarah dia datang rumah kami, dia nampak ceria pulak. Lain sangat tengok cara layanan dia.

Aku tak jugak salahkan ibu mentua aku, dia tak berapa nak main sangat pun dengan Ayden, mungkin sbb Ayden ni cucu dia yang ke 10 dah, dia pulak ada mengasuh cucu dia yang lain dah. Lain la dalam keluarga aku, Ayden cucu sulung, makcik pakcik Ayden pun semua bujang lagi, semua nak bagi perhatian kat Ayden. Tu pun jadi masalah pada Shah. Dia sibuk nak dengki busuk hati.

Shah pernah je buang toys yang papa aku belikan untuk Ayden. Tak sesuai dengan Ayden katanya. Bila family dia bagi Ayden apa2 hadiah hatta dari kedai eco sekalipun, dipujinya oleh Shah melambung lambung. Hadiah apa-apa yang family aku belikan Ayden, Shah tak pernah pun nak puji. Kalau keji tu ada lah.

Shah memang kawal habis habis anak dia bila dengan family aku. Dia tak cakap, tapi cara dia aku boleh nampak.

Selang dua tahun aku pregnant and selamat lahirkan baby girl pulak, we named her Aria. Aku pantang rumah mama, Mama was on there jaga aku sepanjang aku pantang. Dia berkeras tak bagi aku ambil confinement lady sebab dia yang nak jaga aku dan Aria.

So we decided to pay mama some amount of money sebab dah grateful gila dia tolong jagakan aku and Aria. Walaupun mama tolak, kami bayar jugak. Ayden kami hantar ke daycare. Habis je pantang, aku balik rumah aku, aku ingat things will turns normal.

Tapi aku silap. Shah makin teruk kawal anak anak aku. Tak boleh keluar singgah rumah mama sesuka hati dah. Kalau aku tersinggah sekejap then dia dapat tahu, dia buat silent torture kat aku. It was full of pressure. Padahal aku singgah tu bukan lama, ada la 10-15 minutes macamtu.

Kadang-kadang mama text aku, tanya pasal Ayden and Aria, aku macam mengelak nak cakap pasal cucu dengan mama. Kadang aku nangis sorang-sorang teringatkan mama.

Ditakdirkan suatu hari, aku off day, hari tu Shah kerja shift pagi kalau ikut jadualnya. Aku dah janji dengan mama aku nak balik rumah dia bawak cucu cucu sekejap untuk mama lepas rindu. Aku ketiduran terlepas subuh.

Lepas je subuh aku terjaga, aku tengok Shah ada je lagi sebelah aku. Dia tak pergi kerja rupanya pada hari tu. Aku pun terus text mama saying that aku tak jadi pergi rumah mama haritu, mama just reply okay to me.

The next two days, mama datang rumah aku dengan semua adik adik aku, bawak makanan nak makan sama-sama, Shah tak ada masa tu, dia kerja. Aku bukak phone mama, saja nak main game sebenarnya, tapi entah macamana aku terbukak whatapp conversation aku dengan mama. Yang peliknya, ada conversation yang aku tak pernah ingat pun ada sent kat mama macamtu.

Rupanya, pagi hari yang Shah tak pergi kerja dua hari lepas tu, dia text mama using my phone. Mama ada whatapp aku subuh tu. Mama bagi salam, and tanya aku, Elena jadi datang tak harini? Mama rindu la cucu cucu mama. Kalau tak larat drive, nanti Adam pegi ambik korang semua. Siap ada emoji love gelak lagi. Rupanya Shah dah reply kat mama pagi tu, reply yang aku ingat sampai mati.

Dia reply text kat mama, mama, ni Shah, harini Shah cuti, Elena tak boleh pergi rumah mama. Tak payah la asyik suruh Elena pergi rumah mama, agak agak la. kami pun ada kehidupan kami sendiri jugak. Pap. It hit my face so hard. Shah melampau.

Aku tengok mama dengan adik adik aku semua tengah senyum gelak2 set up lauk untuk kami makan tengahari. Aku jadi tak lalu makan. Aku pun dah tak ingat apa jadi lepas tu. Dalam kepala aku cuma satu, Shah. Cepatlah Shah balik kerja, aku nak confront dia apa sebenarnya yang dia dah buat dengan mama aku.

Shah balik kerja, aku dah macam orang gila. Aku menangis macam orang gila. And my mouth keep saying.. Mama.. Mama.. Mama.. Sampai hati buat mama aku macam tu.. Apa dosa mama aku.. Aku rasa masa tu Shah dah dapat hidu yang aku tau pasal kes ni. Dia biarkan je aku. Tak ada nak cuba pujuk ke apa.

Aku pun menangis sampai bengkak mata aku. Bengkak muka aku. Aria menangis, Aria nak susu. Shah hantar Aria pada aku untuk disusukan. Aku masih macam zombie. Menangis tersedu sedan sebut mama.. Mama.. Maafkan Elena mama..

Tiba-tiba Shah hentak pintu. Dia tanya aku,

“Sekarang apa masalah you?” then aku spontaneous jawab, the problem is you.

Aku mengamuk cakap dia tak ada hak nak kurang ajar dengan mama aku, aku boleh cuba bersabar selama ni dengan pelbagai perkara kurang ajar dia buat towards my family tapi bukan mama aku. Aku sabar Shah taknak join family day keluarga aku.

Aku sabar Shah taknak raya pertama rumah mama aku, aku sabar Shah tak nak bersembang dengan adik adik aku, aku sabar Shah tak nak involve kenduri kalau belah adik beradik aku.

Tapi Kenapa kau nak kena kurang ajar dengan mama? Kenapa kau nak cakap macamtu dengan mama? Tak boleh ke kau cakap elok-elok dengan mama? Kau ingat aku balik rumah mama tu hari-hari ke? Kau lupa ke siapa yang beranakkan aku? Susu siapa yang aku minum sampai aku besar ni. Kenapa kau kurang ajar melampau sangat?

Aku betul-betul all out. Aku geram. Aku pendam dah lama. Dia layan tak layan dengan adik adik aku, aku boleh sabar. Dia layan tak layan dengan papa aku, aku masih mampu sabar lagi. Tapi dengan mama pun dia nak buat? Dia memang melampau. Dia ada cakap kt aku malam kitorang bertengkar tu. Kenapa you melampau sangat. Aku jawab je balik, yang melampau tu you.

Shah halau aku balik rumah mama. Aku lawan cakap dia, kalau kau nak sangat aku buang keluarga aku demi kau,okay aku buang. Biar kau rasa kau kawin dengan yatim piatu sebatang kara kalau tu yang hati kau nak selama ni. Aku ada tersebut juga masa tu, entah la mungkin aku dah salah pilih menantu untuk mama. Shah speechless. Mungkin terkejut dan tak pernah tengok aku amuk macamni.

Sedangkan selama ni ibu Shah, kakak abang shah mengata aku belakang2,aku boleh je chill lagi malas nak amik port. macam la aku tak tau, sebab dah kantoi busuk mengata aku berjemaah, dorang ingat aku dah balik rumah aku masa tu, padahal aku ada je kat situ. lepas tu aku terdengar. Boleh je aku buat tak tau dengan segala kata2 dorang yang menyakitkan hati tu.

Mak Shah pernah je tuduh aku bomohkan anak dia, aku malas nk port lebih-lebih, aku layan je ibu dan adik beradik Shah elok-elok, sebab aku ada fikir, kita buat baik kat orang, mesti orang akan balas baik kat kita balik. I was wrong. Buktinya Shah tak ada pun nak layan family aku elok-elok.

Lepas kejadian amuk aku pada Shah tu, Aku ambik EL 3 hari. Kurung diri dalam bilik. Tak bercakap dengan sesapa. Anak2 semua Shah hantar pergi daycare. Aku duduk dalam bilik menangisi segalanya.

Tiba-tiba aku macam rasa, salah ke aku kawin dengan Shah? Aku salah pilih suami ke? Teringat muka mama, air mata aku tk dapat dibendung dan berderai lagi. Aku menangis bertubi-tubi.

Hari kedua aku decide utk grab my phone and call mama. Mama boleh pulak jawab kat aku, its okay takpe Elena, jangan sampai gaduh dengan Shah, Shah jaga Elena dan anak-anak dengan elok pun mama dah syukur Alhamdulillah dah.. Jangan gaduh dengan Shah, Shah letih tu kerja cari duit untuk Elena dan anak-anak.. take a good care of your family..

Dengar segala bait kata mama, aku menangis lagi. Macamana mama boleh setenang tu. Kalau la Shah tu menantu aku… Aku mintak maaf sesungguhnya kat mama. Masa tu Shah dah ketuk-ketuk pintu bilik merayu dengan aku, please im sorry, i ikut hati. Katanya.

Aku rasa Shah dah ada kesedaran sikit pasal salah dia. Aku cakap pergi mintak maaf dengan mama. Dosa kau dengan mama. Bukan dengan aku. Aku nampak Shah on the phone. Aku rasa dia call mama, entahlah. Sampai harini aku tak pernah tanya.

Hari ketiga aku minta maaf dengan Shah, aku pun dah chill sikit. Kami meneruskan hidup macam biasa. Tapi aku rasa kejadian ni dah tukar aku jadi luar biasa.

Sebulan lepas kejadian aku mengamuk, aku decide untuk resign kerja esekutif pemasaran ni, dan nak teruskan kerja dari rumah. Aku ada kedai kat shopee dan lazada. Shah tak ada objection. Aku pun jaga anak-anak kat rumah smbil bekerja.

Luaran orang nampak keluarga aku bahagia. Tapi sebenarnya bila ingat balik kejadian Shah kurang ajar dengan mama, aku masih menangis. Aku rasa aku semacam tak redha. Walaupun dah 2 tahun kejadian tu berlaku, aku rasa aku susah nak redha. Hari-hari aku doa supaya Allah lembutkan hati aku untuk sepenuhnya maafkan Shah.

But i cant. I just cant. Susah nak redha. Aku perasan bila isteri tak redha dengan suami, nanti jadi masalah balik pada hubungan tu. Shah selalu alami masalah kat tempat kerja. Benda yang dia buat selalu tak ada luck.

Kadang-kadang aku kesian juga dengan Shah, kadang-kadang aku keliru dengan perhubungan kami. Aku mcm canggung nk bergurau senda dengan Shah. Aku canggung nk cerita apa-apa hal family dengan Shah. Aku jadi pendiam. Aku jadi kurang ceria.

Mama pulak dah jarang text aku, dah jarang ajak aku pergi rumah dia, kalau mama nak datang rumah aku pun, dia akan tanya, Shah ada tak? Bila aku jawab Shah ada, dia macam mengelak nak datang. Adik-adik aku pun sama, aku terasa macam, they create a distance. Entah mereka mungkin takut kat Shah. Mungkin juga mereka dah serik dengan Shah.

Tapi mama aku still lagi layan Shah baik-baik. Hantarkan bubur masa Shah demam, belikan souvenir yang paling cantik paling mahal untuk Shah masa dia balik vacation, belikan baju raya untuk Shah, masakkan lauk favourite Shah. Tapi mama pass melalui aku je.

Dah jarang2 dia nak bertentang berhadap dengan Shah. Entahlah mama mungkin malas nak keruhkan keadaan. Tengok muka mama, aku rasa sebak. Mama masih mampu layan Shah baik2 walaupun Shah dah banyak buat taik kat dia selama ni.

Shah pulak tiba-tiba ada issue dengan family dia bab jual tanah apa entah la. Bab family memang aku takut nak masuk campur lebih-lebih. Even aku yang memang dah cakap awal-awal dengan Shah yang aku tak nak masuk campur pun, end up ibu Shah tuduh aku gak hasut Shah supaya bergaduh dengan abang kakak dia.

Macamana aku tahu ibu mertua aku tuduh aku? Well ibu mertua aku call aku dan cakap kat aku sendiri, tanya aku baik-baik konon suruh aku mengaku kot aku ada jumpa mana-mana bomoh sebab katanya anak dia tunduk betul dengan segala kata-kata aku.

Aku speechless nak jawab apa, aku cakap jelah, ibu, semua ini perbuatan syaitan. Demi Allah kalau betul Elena buat semua perbuatan syirik ni, biar Elena mati disambar petir. Sudahnya sampai sekarang ibu Shah nak tak nak tegur aku.

Semua kakak abang dia palau dia. Ibu dia pun macam dah termakan hasutan kakak abang dia, still dorang semua cakap aku ni guna gunakan Shah, sebab tu Shah sayang aku. Shah asyik dengar cakap aku sebab dah makan nasik kangkang katanya. Tak apa la bab tu aku tak nak ambik port. Tapi Shah dan seluruh keluarga dia memang ada masalah.

Dia ada mengadu dengan aku, dia cakap dia rasa macam family dia buang dia. Aku cuma boleh pujuk dan comfort dia. Jauh di sudut hati aku ada terdetik, mungkin Allah nak tunjuk kat Shah. Dulu dia buat family aku, sekarang family dia pulak buat dia.

Kadang-kadang aku bangun malam, aku tahajud and doa banyak2 sampai nangis, semoga suatu hari nanti Allah buka pintu hati aku untuk maafkan Shah sepenuh hati. Sekarang apa je perkara yang melibatkan family aku, aku tanya Shah bertubi-tubi.

Boleh ke i nak pergi rumah mama sekejap je? Boleh ke i nak call sembang lama2 dengan Eleza? Boleh ke i nak bagi mama rasa sikit masakkan ni? Boleh ke mama nak datang ni masa you ada kat rumah?

Aku tanya je semua benda. Aku nampak Shah macam banyak dah malu. Dia mesti akan jawab, tak payah la tanya teruk-teruk, i okay je. Biar dia sedar sikit, sebab dia pernah tak okay lah aku tanya teruk-teruk tu. Ive learn from the past.

– Elena (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *